Bulan Maulud
adalah bulan kelahiran Nabi kita Muhammad saw ia itu pada 12 Rabiul awal tahun
hijrah. Di Malaysia tarikh itu telah jatuh pada hari Ahad bersamaan 5hb
Februari 2012 tahun masihi. Cuti umum bagi rakyat Malaysia. Oleh kerana jatuh
pada hari Ahad, ia inya di tunda cuti ke hari Isnin. Hari Selasa pula cuti lagi
hari Thaipusam, bagi penganut agama Hindu. Beruntung rakyat Malaysia ni ye,
banyak betul cuti dalam setahun. Lagi lah orang macam aku ni, boleh di kata dah
cuti sepanjang hari. Alhamdulillah.
Berbalik cerita
bulan maulud ini ini, kebanyakan masjid masjid, surau surau, sekolah sekolah di
Malaysia ini akan menyambut hari kelahiran Nabi kita ini dengan mengadakan
ceramah ceramah berkaitan Nabi kita ini, ada juga yang membuat perarakan sambil
berselawat dan mengucap Salam kepada nabi kita ini, sebagai tanda memperingati
dan menunjukkan kasih sayang kita terhadap junjungan kita Nabi Muhammad saw. Di
masjid SHK ini majlis ceramah akan di adakan pada malam ini. Ia itu bermula
selesai solat Magrib. Penceramah undangan ialah ustat Norazman. Di ikuti solat
Isyak, seterusnya ada jamuan makan. Dengar khabarnya ada yang sumbang se ekor
kerbau untuk jamuan makan malam ni. Syukur alhamdulillah...muga bertambah
tambah murah rezeki beliau. Sebenarnya majlis ini telah pun bermula dari pagi
tadi di mana penduduk setempat bergotong royong menyediakan persiapan, termasuk
persiapan jamuan makan malam ni. Di ikuti pada sebelah petang ceramah khas
sambutan ini untuk kaum ibu ibu. Selesai solat Asar sempat juga mengadakan perarakan
oleh pelajar Sekolah Ugama dan di iringi oleh ibu ibu dan penduduk setempat. Begitulah
setiap tahun, akan di adakan majlis2 sebegini. Kekadang sampai terlewat bulan
maulud kerana menunggu giliran penceramah yang di undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan