Jumaat, 17 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul di Surau SH 04.



   Semalam juga berlangsung majlis Sambutan Maulidul Rasul di Surau (F) Serting Hilir 04. Majlis juga bermula dari pagi, petang hingga lah ke malam. Sebelah pagi Cuma gorong royong berkemas kemas saja, aku pun tak sempat nak pergi, sebab ke sukaneka warga emas di klinik. Tak masuk apa apa acara pon aku ni, umur belum capai 60 tahun. Cuma sekadar suka2 datang meramaikan sambil tangkap gambar. Sebelah petang rewang cincang daging. Seekor lembu juga tumbang, aku pun tak pasti mana datangnya lembu tu, tak kan pehak surau nak beli sampai sa ekor, rasa2 nya ada lah yang menyumbang. Alhamdulillah lah muga bertambah murah rezeki mereka. Pukul 4.30 ptg, siap cincang aku pun beransur ke pejabat pula, nak ambil baki pendapatan Felda. Alhamdulillah....ada juga lagi rezeki. Dan terus ke kelinik depan. Kebetulan tengah berjalan acara penyampaian hadiah2 dan cendrahari. Tunggu juga kot2 ada cabutan bertuah...sampai habais tak nyangkut pun. Tak pee aku tak kisah pun tu semua.

    Sebelum magrib aku ke surau semula. Biasalah magrib mana nak ramai yang datang, tapi alhamdulillah jugalah lebih ramai lah dari yang biasa. Acara kemuncaknya biasalah setiap tahun di adakan ceramah berkaitanada. Penceramah undangan kali ini ialah ustat Shahhirin (Guru Takmir Jempol). Bagus juga cara penyampaian beliau, terang, jelas dan mudah di fahami. Selesai solat Isyak, biasalah, mesti ada jamuan makan. Menu makan malam ni, nasi putih dengan kari daging/tulang lembu, rendang kacang campur dalaman lembu, juga daging lembu masak kicap serta ikan masin penambah selera. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hinggalah siap berkemas. Ada pula bawa berkat balik. Alhamdulillah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan