Jumaat, 10 Februari 2012

Beli baju Blok 04 (Wanita)



   Hari ini isteri aku dan kekawanya ke pekan Bahau untuk menunaikan Cek dan membeli kain baju seragam untuk ahli blok seramai 24 orang. Seronok sangat lah diaorang tu. Ketua Blok, blok 04 bagi lampu hijau dan bagi cek bernilai rm2,000.00 untuk tujuan tersebut. Sapa yang tak suka, dapat kain baju free, siap ada untuk tampong kos upah sekali. Dengar ceritanya sampai letih singgah tiap tiap kedai nak cari 24 pasang yang seragam, semuanya tak cukup kain, sampai tak tau mana kedai lagi nak singgah. Pening kepala di buatnya. Akhirnya mereka membuat keputusan belilah 2 colour, tapi hampir serupa lah. 14 pasang serupa untuk wanita melayu dan 10 pasang lagi untuk wanita india dan sorang cina tu. Baru boleh dapat. Pekan Bahau mana nak dapat kain banyak2 yg satu colour. Lain lah kalau beli di gedung2 besar bandar bandar besar, boleh lah dapat. Tapi bila masa pula mereka nak pergi.
    Setelah siap beli semua kain2 tu, siap klim duit minyak kereta, duit makan, ada lagi baki rm600.00 lebih. Duit tu cadang nak di bagi bagi pula sama rata sebagai upah menjahit kain baju tu. Tak kiralah cukup atau tidak untuk upahnya. Yang penting baki duit tu kena bagi sama rata 24 orang. Sebab itu duit Tabong Blok. Kalau pandai jahit sendiri, untung lah juga, duitnya tak kemana. Tapi kalau bagi upah orang lain jahitkan, kenalah bayar sendiri. Tak cukup duit upah tu kenalah keluar duit kocek sendiri. Kira OK lah tu kan. Bersyukurlah ....dah dapat kain baju Free. Untuk lelaki pula dengar ceritanya nanti dapat juga sorang sehelai T Shirt seragam. Tapi entah bila belum tau lagi. Sabar je lah tunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan