Selasa, 31 Januari 2012

Simpan data dan maklumat.


     Setiap awal bulan saja biasanya aku tak kemana mana, mengadap komputer saja berharian. Kerja ku mengisi atau menaip segala kerja atau perkara yang ku lakukan sepanjang bulan yang baru lepas ini. Serta mengemas kini kedudukan fail fail seterus nya menyalin ke pendrive dan ke Harddrive. Tak tau entah kenapa aku rajin berbuat begitu, dah jadi macam satu hobi pula. Macam macam rekod aku buat seperti diary, keewangan bulanan, rekod kenderaan, rekod homestay, diary ringkas anak anak dan isteri, bil bil bulanan, rekod perkahwinan, kematian, keewangan wayering dan macam macam lah lagi. Bukan untuk apa pun, aku Cuma untuk membuat catitan sebagai rujukan, senang nak mengetahui apa apa yang berlaku, apa yg aku buat dan bila tarikhnya, kesemuanya ada tercatit.
    Selain itu juga aku perlu mengemaskini kan data2, gambar2, video2 atau pun lagu2 yang baru aku download dari internet. Kesemuanya akan aku simpan di dalam folder khas di harddrive. Dah bayak benda2 tu aku simpan, nak buat ape yee. Entahlah aku pun tak tau, Cuma sekadar hobi sahaja. Kalau di fikir fikir bukannya perkara itu semua nak di bawa mati. Dah mati besok, semuanya tinggal. Cuma mana lah tahu ada anak2 yang ingin menyambung hobi ku itu atau sekadar rujukan mereka bila aku tiada nanti. Ingat2 lah hobi hobi juga, perkara untuk akhirat jangan sesakali di lupa. Buat segala yang di suruh dan tinggalakan segala yang di larang. Ini kerana hanya amalan baik, sedakah jariah dan doa dari anak2 yang soleh yang kita akan bawa dan di terima oleh Allah swt.

Program Biotech bersama masyarakat 2012.


   Tajuk di atas adalah merupakan program pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membuat program di Serting Hilir Komplek ini selama 3 hari 2 malam. Mereka semua tidur bermalam di rumah rumah keluarga homestay di sini. Dengan itu aku pun terlibat lah sama sebagai salah seorang pengusaha homestay. Aku menerima 4 pelajar perempuan sebagai anak angkat.
    Program bermula dengan kehadiran pelajar2 UPM yang menaiki 2 buah bas pada tengahari Ahad 29 Jan 2012. Sebaik sampai mereka di hidangkan makan tengahari di F’Best Homestay. Pada sebelah petang pengagihan anak anak anak angkat. Waktu magrib bawa kesemua anak anak angkat ke masjid kerana ada program tazkirah sehinggalah ke waktu isyak. Selepas itu ada majlis peresmian di dewan F’Best homestay.
    Pada hari ke dua, seawal jam 7.00 pg lagi kena hantar ke F’Best Homestay kerana ada program senamrobik, seterusnya program gotong royong di PDK SHK. Tengahari bawa balik kerumah untuk makan bersama keluarga. Jam 2.30 ptg hantar pula ke SMKSHK kerana mereka ada program penerangan bersama pelajar2 sekolah tersebut hinggalah jam 7.00ptg. 8.30 malam hantar lagi ke dewan F’Best Homestay, ada program kebudayaan, aku pun ikut sama ada di situ hingga jam 11.30 mlm.
    Di hari ke 3, hari ini, jam 8.00 pg hantar mereka ke padang petanqe di SH 07. Hingga jam 11.00 pg hantar balik ke dewan. Aku pun balik sekejap mengambil beg beg pakaian mereka dan membawa isteri sekali untuk majlis penutup. Di ikuti dengan jamuan makan tengahari. Pukul 1.00 ptg balik sekejap. Jam 2.00 ptg ke dewan lagi untuk majlis perpisahan. Tepat jam 2.45 petang mereka semua mula meninggalkan F’Best Homestay. Apa yang aku dan kami semua harapkan semuga pertemuan ini bukanlah yang terakhir, muga muga berjumpa lagi di masa akan datang. Atau sekurang kurang nya masih berhubung meski pun hanya melalui Telefon atau pun Face Book.

Isnin, 30 Januari 2012

Isteri ku batuk semput.



    Kesian aku tengok bini aku, terkena demam batuk dan semput pulak. Biasa tu tak lah seteruk ni sampai susah pulak nak bernafas. Aku pun tak dapat nak tolong, sekadar nasihat bolehlah. Pagi tadi dia boleh pergi sendiri ke klinik depan buat pemeriksaan dan menganbil ubat. Katanya sempat juga di pasangkannya alat bantuan pernafasan tu untuk mengurangkan semput tak bolh bernafas. Alhamdulillah lah, lega lah sikit katanya. Boleh lagi ke dapur untuk menyiapkan masakan. Kalau tidak payah juga, aku yang kena memasak.
    Kebetulan pula ada homestay di rumah ini. Petang semalam dapat juga dia pergi menjemputnya di pejabat. Empat budak perempuan dari Utm yang membuat program Biotech bersama masyarakat di sini. Dan isteriku masih dapat menyiapkan untuk makan malam. Magrib semalam akulah yang membawa budak2 homestay tu ke masjid untuk program tazkirah hinggalah selesai waktu isyak. Dan mereka menyambung untuk majlis peresmian di dewan homestay. Dah selesai jam 11 malam aku juga yang kena jemput kembali. Hari ini pun pelbagai lagi program homestay di jalankan. Aku hanya setakat dapat menghantar dan menjemput mereka balik sahaja. Tidak dapat bersama sama mereka. Badan aku pun rasa tak berapa sedap juga, sesekali terasa air hingus keluar dari hidung. Harap harap jangan lah pula aku demam juga.
    Walaubagaimana pun aku tetap bersyukur, walaupun isteriku demam dan semput dapat juga menyediakan makanan di rumah. Dan katanya pun di sebabkan adanya homestay ni lah semangatnya begitu kuat, kalau tidak terbaring sajalah jawapnya. Malam ni ada pula program makan makan babeque dan persembahan pentas di dewan F’Best Homestay. Harap harap sihatlah isteri aku dan dapat bersama pada malam ini.

Ahad, 29 Januari 2012

Pergi jemputan kenduri.



    Boleh kata tiap minggu ada jee orang buat kenduri kawen. Yee lah anak2 semua dah besar besar, dah kerja, mimang patut pun dah kawen. Hari ini satu lagi kenduri kawen rakan sekampung. Walaupun duk sekampung, tak semua di jemputnya datang rewang. Aku sekeluarga Cuma di hantar kad tanpa nama yang di bubuh di dalam peti surat di tepi jalan. Napa lah susah sangat kee nak jumpa orang nya, maka antar kad jemputan main taruh taruh gitu saja. Satu pagi tu aku jalan jogging, masih nampak ada kad kad yang tidak di ambil di peti surat, yang dah jatuh ke tanah pun ada. Macammana diaorang taruh kad tu, main campak jee kee, atau bebudak yang tak cukup akal di suruh antar kad kad itu. Cam ne lah kalau tak sampai kad tu ke tuannya, tak pergi lah jemputan kenduri tu.
    Macam aku ni lah, nasib baik kad tu selamat di dalam peti surat aku. Kalau tidak tak de lah jemputan. Wal hal berkali kali juga jumpa saudara yang nak buat kenduri tu, tak dee pula lawa lawa suruh datang ke rumah nya nak buat kenduri, macamlah aku ni bukan kawan dia, atau tak kenal dengan dia. Yee lah siapalah aku ni. Tapi tak kisah la itu semua. Tak ada buruk sangka aku terhadapnya. Munkin dia terlalu sibuk, sampai tak sempat nak mempelawa kawan terdekat. Kalau dah kad saja yang sampai, dah tentu aku datang jemputan makan sajalah. Siap makan, salam keruk terus balik. Tak de nak tunggu.

Jumaat, 27 Januari 2012

Proning rambutan.



    Musim buah buahan sudah mula berakhir, termasuk lah rambutan. Ada pun buahnya tinggal sikit sikit dan mulai kehitaman. Bukannya habis di makan pun, banyak di curi monyet dan jatuh jatuh kerana sudah terlalu lama masak. Cukup banyak rambutan berbuah pada musim ini, mimang tak terhabis nak makan sendiri. Apa lagi bebudak dah dah ada, siapa nak makan sebanyak tu. Harapkan aku macammana nak makan, gigi kacip dah tak ada, kalau nak makan kenalah potong dulu dengan pisau, kan ke payah tu nak makan rambutan. Tak pee lah, aku tak kisah semua tu. Nak bagi jiran jiran pun, diaorang pun banyak buah rambutan. Nak jual...tak dee lah, tak reti aku nak jual kat mana.
    Hari ini aku proning sepokok rambutan tu sampai habis betul dahan hujung hujung yang berdaun tu. Tinggalkan dahan besar dan pokoknya saja lagi. Biar dia bertunas baru nanti. Kata orang nanti pokoknya akan lebih cantik, sebab semuanya berdaun baru. Dan akan menghasilkan buah yang lebih bermutu. Insyaallah la tu.

Selasa, 24 Januari 2012

Tanam ubi kayu


Tanam ubi kayu.
    Dah lama tak makan ubi kayu. Ubi goreng, ubi rebus atau di buat getuk. Atau juga di buat kueh kueh berasaskan ubi. Sesekali terasa juga nak memakannya. Tapi sayang ubi yang di tanam dulu dulu dah terlalu tua, dah jadi kayu. Yang di makan hanya pucuknya saja lagi. Hari ni pun masak lemak pucuk ubi kayu. Tentu sedap makan tengahari ni.
    Pagi ni baru aku nak tanam semula ubi kayu. Tanah tambak dah di siapkan beberapa hari dulu, kat tepi rumah je. Tanah dah mati, dah kematu, dah tak ada baja, susah pokok ubi nak subur. Yang kat belakang paya tu aku dah cangkul, ratakan dan buat batas ubi. Insyaalah empat atau lima bulan lagi, boleh makan ubi lagi. Harap harap tak ada lah musuh yang membinasakan nya. Dulu2 babi banyak, monyet pun jahat juga, habis semua di galinya. Harap2 kali ni jangan di kacau nya lagi tanaman aku.

Isnin, 23 Januari 2012

Jogging, sampai terkopak tapak kasut.



    Seperti biasa pagi pagi aku berjoging bersama isteri aku. Tapi pagi ini setelah separuh perjalanan, agak sukar sikit berjalan kerana sebelah tapak kasut ku dah nak tetanggal, dah melambai lambai. Terpaksalah perlahankan langkah dan penuh hati hati. Jangan sampai tertanggal terus. Kalau dah tanggal, jawapnya berkaki ayam lah sebelah kaki. Lagi pun kasut tu dah lama, rasanya dah lebih setahun kut. Dan bukannya jenis yang mahal, kasut murah jee, belas belas ringgit jee. Memang patut pun ia nya akan tanggal. Dah sampai ajal nya. Tapi aku tak kisah pun itu semua. Hati aku puas juga hari ini dapat berjalan mengikut trek yang biasa ku lalui.
    Kebetulan pula hari ini anak ku nak keluar ke pekan Bahau. Apa lagi aku pun kirimlah pada dia untuk beli kasut baru. Tak tau lah ada ke kedai yang bukak sempena Tahun baru Cina ni. Kalau tak ada kedai cina yang bukak, tak dapatlah esok aku nak berjoging lagi, kena cutilah untuk beberapa hari sebelum dapat kasut baru. Nak pakai seliper jee, tak sedap pulak, di buatnya putus tali seliper, haaa, kena berkaki ayam juga. Lagi parah. Aku harap harap adalah kasut baru untuk esok.

Ahad, 22 Januari 2012

Anak2 cucu semua balik


   Sempena Tahun Baru Cina yang agak panjang ini, tentunya ramai penghuni kota balik ke kampung masing masing. Termasuklah juga semua anak anak, menantu dan cucu ku balik berkumpul sekeluarga. Jarang benar suasana seperti ini dapat di rasa. Hanya pada hari hari tertentu sahaja, seperti minggu ini, Cuti tahun Baru Cina.
   Malam ini kita suka suka sekeluarga, sambil membakar satey sendiri dan makan bersama sama sekeluarga. Bukan satey saja, macam macam lagi makanan lain yang ada, ayam goreng, ikan siakap masak 3 rasa,udang goreng dan lain lain. Nana juga balik bawakan kueh donat moden yang di beli nya di Seremban. Mewah sungguh makan malam ni. Anak anak semua belanja. Alhamdulillah.

NBQ 1552


     Ini lah moto Kristar Modenas 110 yang aku beli pada 05.05.2005. Dah berubah wajah. Dah jadi hijau putih. Dulu warna putih perak dgn hitam saja. Sejak Suhaimi bawak mulai awal tahun 2009, baru hari ni moto tu ada di bawa balik ke sini. Selalunya amy balik nak bas atau bawa moto kawan sahaja, tapi kali ini dia bawa sendiri moto ini. Almaklumlah dah cantik pun, tak segan lah nak mambawa balik. Suhaimi dah repair luar dalam, habislah rm900.00 katanya.
Lagi pun amy dah kerja, dah ada pendapatan sendiri, tak kisah lah dia nak baikkan atau cantikan lagi moto itu. Dah jadi macam moto dia sendiri sahaja. Hari tu ada berangan nak beli moto baru, tapi tengok harganya mahal mahal sangat agaknya, tak jadi dia beli moto baru. Moto lama juga yang di repair nya. Apa yang aku harapkan, biarlah dia membawa nya dalam keadaan selamat selalu, jauhkan dari mala petaka atau apa jua perkara yang tidak di ingini.

Khamis, 19 Januari 2012

Ganti jaring nyamok.



    Sejak mula pasang dulu baru ni nak ganti. Dah rebut, berlubang di sana sini. Bukan setakat nyamuk, burung pipit pun boleh masuk. Dah buat sarang di dalam bilik. Tiap hari di angkutnya sampah ke dalam bilik nak buat sarang. Nak buat macammana, dia pun nak hidup dan beranak pinak juga.
     Hari ini aku ganti semua net jaring yang dah reput tu dengan yang baru. Biarlah burung tu nak bersarang di lain tempat. Dah letih menyapu sampahnya setiap hari. Aku tak marah pun, dah jadi resam hidup di dunia ini. Tidak ada yang kekal untuk selamanya di dunia ini.

Rabu, 18 Januari 2012

Bergunting Ala Botak



   Dah jadi kegemaran aku tua tua begini. Kalau bergunting nak pendek2, guna mata mesin no 1 sahaja. Senang di urus, tak perlu di sikat, tak perlu bubuh minyak, kurang penggunaan shampo, selesa, tak de rasa gatal kepala, cewah macam2 laa tu. Dah tua ni apa nak fesen fesen sangat, bukannya nak mengurat anak dara lagi. Sedar diri tu dah tua, dah banyak uban pun. Lagi pun bini aku mimang suka aku berambut begini. Bergunting pendeknya untung juga, lama sekali baru bergunting, boleh sampai 3 bulan, haaa kan jimat tu.
   Lain lah masa bujang dulu, rambut kena rapi selalu. Walau pun aku pernah berambut panjang, rambut kena jaga selalu, tak de bau hapak. Tak de berserabai, kemas jee selalu. Selalu pergi salon cuci rambut, lebih2 lagi kalau amoi yang cucikan, rasa nak jee tiap hari di buatnya. Ha ha haaa itu semua cerita lama, Cuma sekadar kenang kenangan. Sekarang tak buat lagi dah, cuci rambut dgn amoi. Cuci sendiri cukuplah, pas tu bawa bergunting pendek kat kedai depan tu. Habis cerita.

Sabtu, 14 Januari 2012

Dah setahun Laktop aku.




    Alhamdulillah tak terasa dah setahun usia laktop aku. Tak pernah meragam, tak pernah rosak, hari2 on tak ada apa masalah. Okey saja. Begitu pantas masa berlalu, rasanya baru jee beli, rupanya sudah setahun berlalu. Alhamdulillah sekali lagi, mintak2 biarlah ia ok sepanjang hayat nya.
    Dari 300GB hardDisk yang ada, Cuma tinggal 60 GB saja lagi. Bukanya apa, penoh dengan lagu2, vid/mov dan gambar2 sahaja. Dari semalam lagi aku dah buat salinan di HardDrive 500GB luaran. Juga buat salinan melalui DVD bunner. Lebih dari sepuluh keping DVD aku gunakan. Ok laa tu. Dan yang tinggal aku delete kan mana yg tak penting. Kini hadrdisk laktop aku sudah mempunyai ruang lebih 120GB lagi. Baru lah ringan sikit perjalanan nya.

Jumaat, 13 Januari 2012

Rombongan Pengantin ke Kelantan



    Sabtu, 14 Januari 2012, 12:29:21 pagi: Malam ini tinggal lah aku kesorangan dirumah. Isteri dan anak ku ikut rombongan 1 bas ke Kelantan mengiringi pengantin anak salah seorang jiran ku. Dah selalu sangat isteri ku ikut dalam hal2 rombongan pengantin ni. Dan aku pun dah biasa sangat tinggal kat rumah. Memang malas aku nak pergi, tak berminat pun. Pada aku tak kisah, kalau isteri ku nak ikut, aku tak pernah melarangnya.
    Nak harapkan aku yang membawa ke mana mana, jarang dan jauh sekali. Habis2 pun setakat pergi Bahau untuk shoping atau membayar bil dan sebagainya. Atau juga setakat balik kampong sahaja. Tak minat kalau aku nak bawa bersiar2 atau pun melancong. Jadi kalau ada peluang begini, biarlah dia ikut pergi. Asal tidak membuat apa2 perkara yang di larang atau di tegah oleh ugama sudah lah. Dan aku senantiasa mendoakan agar mereka semua selamat sampai ke destinasi, dan selamat kembali ke rumah.

Khamis, 12 Januari 2012

Pergi ke Rahmatullah


    Sudah lama dia sakit, sudah lama dia menanggung derita akibat serangan Kenser Tulang. Dah kerap kali keluar masuk hospital, namun apakan daya kita, Tuhan lebih menyayangi nya. Dia telah kembali ke Rahmatullah di awal pagi tadi. Dari semalam lagi dia sudah kelihatan terlalu nazak, nak di bawa ke hospital pun, Doktor pun dah tak boleh buat apa apa lagi. Hanya berserah kepada takdir yang maha Esa. Malam tadi sempat di bacakan surah Yasin beramai ramai di rumahnya, agar dapat di kurangkan derita yang di tanggungnya. Kalau nak sembuh, sembuhlah sebaiknya, kalau dah sampai ajalnya segerakan lah. Tak sanggup lagi kita melihat keadaan nya. Sama2lah kita mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat dan di gulungkan ke dalam orang2 yang beriman.
    Yang aku maksudkan ialah anak salah seorang jiran di sini. Masih muda lagi baru lepas mengambil pepereksaan SPM. Begitu lah resam hidup di dunia ini, yang hidup pasti akan menemui mati. Cuma kita tidak tahu bila kita akan menempuhnya. Oleh itu beringat lah wahai semua kawan2, adik2 dan anak2 sekelian, ajal boleh menjemput kita bila2 masa sahaja, tak kira masih muda atau sebaliknya. Kita yang mengaku sebagai umat Islam wajib menjalankan segala yang di perintahNya, dan meninggalkan segala apa yang di larangNYA.

Selasa, 10 Januari 2012

Temuramah wakil Produa di F’Best Homestay.



     Tak di sangka pula petang ini aku di panggil untuk menyertai program temuramah promosi dari Produa. Sebenarnya aku bukan lah calon sebenar, hanya sekadar menggantikan tempat seseorang yang tidak dapat menghadirkan diri. Alhamdulillah jugalah, walau pun agak penat menunggu lamanya hingga lebih 2 jam di temuramah, agak berbaloi juga di beri nya saguhati sebanyak RM100.00. semuanya berkisar dalam hal hal promosi penjualan kereta Myvi dari 660cc hingga 1000.00cc. Cuma soalan2 nya agak berbelit belit, atau berulang2, silap2 jawap boleh terkena balik diri sendiri. Nasib baik mereka tak paksa kita membeli kereta itu.
      Sebenarnya mereka yang menjadi ejin2 promosi ini bermalam di rumah2 homestay di sini. Termasuklah tiga orang wanita yang menjadi anak angkat aku, untuk tidur dan makan selama 2 malam. Itu juga satu pendapatan sampingan. Alhamdulillah. Jadi tak ada lah rasa janggal sangat, sebab dah agak mesra dengan mereka bertiga ini, semuanya ramah2 dan tak ada segan2. jadi kita pun tak ada rasa malu2 juga dengan mereka. Petang ni juga mereka semua balik, tak sabar katanya nak jumpa suami dan anak masing2. mudah mudahan mereka semua selamat sampai balik ke rumah masing masing.

Isnin, 9 Januari 2012

Balik Kampung Temeris



     Sudah lama tak balik kampung. Rasanya balik sekejap hanya pada Hari Raya Aidil Fitri lalu sahaja. Itu pun balik ke rumah kak Long sahaja. Dah tak berani nak pijak rumah orang Tua tu. Ye lah dah tak ada apa apa hak untuk kita, semua nya telah di serahkan kepada bekas menantu kesayangan orang Tua tu. Jadi nak balik kemana lagi, kalau dah tak ada kampung halaman. Kesian orang tua tu, sudah di perbodohkan dan di perguna gunakan oleh bekas menantu nya untuk merebut semua harta yang ada. Baik juga semua anak2 yang lain tidak mengamok, tidak berhasad dengki, walaupun di hati wujud penyesalan dan kekecewaan. Nak buat macammana lagi, nasi sudah menjadi bubur.
     Hari ini balik kampung pun sebab ada nya kematian salah seorang Pak Saudara, seorang yang amat di kenali penduduk setempat, beliau (Allahyarham) juga seorang Imam dan guru mengaji. Tak patut kalau tak datang menjenguk walau pun sekejap, sebagai penghormatan kita yang terakhir. Sebaik sampai tadi jenazah telah siap di kafankan dan hendak di sembahyangkan. Tunggu lah sehingga selesai di kebumikan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Al-Fatihah untuk allahyarham. Kami mendoakan semuga Rohnya di cucuri rahmat, di ampuni segala dosa2nya dan di gulungkan bersama2 mereka yang di terima oleh ALLAH swt, sebagai penghuni syurga yang telah di janjikan. Amin.........

Rabu, 4 Januari 2012

Tambah tanah tepi rumah



     Balik jogging buatlah kerja sambilan di rumah. Dah 3 pagi aku mula menambak tanah di tepi rumah. Tapi bukannya banyak pun, sepagi Cuma 5 kereta tolak sahaja. Itu pun lebih kurang 1 jam juga. Tanah perlu di cangkul di atas bukit tu dan di bawa turun berkereta sorong. Baik juga menurun bukit, kalau menaik memang tak terdaya menolaknya. Buat lah sikit sikit, lama lama siap juga nanti. Dah tua tua ni jangan kerja lasak lasak sangat, takut nanti jem, langsung tak boleh buat apa apa. Buat kerja sekadar menjaga kesihatan, daripada duduk saja kat rumah tak buat apa apa, ada baiknya buat kerja kerja sampingan yang berfaedah.
      Cadang nanti dah siap tambak tu nak tanam ubi kayu saja. Dah tentu subur pokok ubi nya. Tanah asal kat bawah tu dah mati, dah padat dan dah tak ada baja. Jadi kalau nak tanam apa apa kenalah ambil tanah lain yang lebih subur. Tanah yang aku tambak tu adalah tanah hitam dan tanah bekas tapak pembakaran sampah dulu. Mudah mudahan projek aku ini akan berjaya. Buka untuk apa.. sekadar keperluan keluarga sendiri sahaja. 

Selasa, 3 Januari 2012

Jogging



     Baru dua hari aku memulakan jogging sebagai azam tahun baru ini. Terasa juga sakit sakit, lenguh lenguh seluruh anggota badan, terutama di bahagian kaki. Al maklumlah tak pernah di buat buat, sekarang baru tau. Lagi pun kerja dah tak ada. Dulu kerja bertukang rumah atau wayering, badan senantiasa bergerak kesana kemari, macam bersenam jugalah. Tapi kini duk makan tidur jee. Mana badan tu tak naik. Tiap tiap kali timbang pasti berat bertambah, makin risau di buatnya. Nasib baik tiada darah tinggi dan kencing manis.
     Alhamdulillah, walaupun agak penat berjalan satu jam, tapi badan ada rasa bersemangat dan bertenaga, tidaklah nampak lesu atau tak bermaya. Insyaalah aku akan terus berjoging sepanjang tahun ini, itu pun kalau tiada apa apa halangan yang mengganggu. Kalau boleh aku nak turunkan berat badan aku ke tahap normal dengan cara berjoging ini. Tak mahu lah menggunakan atau memakan apa apa ubat yang sering di iklankan. Insyaalah... dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Isnin, 2 Januari 2012

Beli kereta sorong baru



     Sudah lama sangat kereta sorong yang ada tu, rasanya dah lebih 5 tahun, dah patah pun besi bengkok di depannya itu. Walaubagaimana pun ia masih boleh di gunakan untuk kerja2 ringan untuk mengangkut sampah. Angkut tanah atau pasir dah tak boleh lah, takut langsung ranap, langsung tak boleh guna lagi. Jual kat besi buruk jee laa jawapnya.
     Pagi ini aku beli satu lagi kereta sorong baru, warna hijau, harganya Cuma RM75.00. boleh lah tu untuk kegunaan sendiri kat rumah saja. Bukannya untuk bawa kerja menolak buah sawit lagi. Kalau untuk kerja tolak sawit kenalah beli yang baik sikit tu, harganya Rm110.00, tapi tak payah lah, beli yang hijau ni pun cukup lah. Pagi ini aku dah mulakan untuk mengangkut tanah hitam di depan stor tu, bawa ke tepi rumah untuk tambak mana yang rendah. Boleh tanam ubi nanti, subur lah ubi tu. Pagi ni baru dapat tolak 4 kereta, esok2 sambung lagi. Buat kerja begini seperti juga bersenam, keluar peluh,  baru lah sihat tubuh badan. 

Pakat Walimatul Urus / Perkahwinan



    Isnin, 02 Januari 2012. petang ini tadi baru berlangsungnya mesyuarat penubuhan Pakat Walimatul Urus atau perkahwinan. Ia bertujuan tidak lain dari untuk mengumpulkan duit untuk tujuan perkahwinan anak. Setiap kali ada majlis perkahwinan ahli, semua ahli wajib mengeluarkan duit seorang rm200.00. ketetapan ahli hanya boleh 30 orang. Ini bermakna kita akan mendapat rm6,000.00. banyak tu, kalau nak kumpul sendiri duit sebanyak tu, boleh jadi payah juga, lebih2 lagi dalam keadaan pendapatan yang tidak menentu ini. Tak lama lagi sawit pun nak di tebang, dah tentu pendpatan makin kurang.
     Elok sangatlah di tubuhkan pakatan ini, kita boleh menabung, ibarat main kutu juga. Cuma bezanya kutu ini akan di bayar sekiranya ada majlis perkahwinan saja di antara ahli. Cuma satu takutnya kalau2 ada yang majlis berjalan hampir serentak, sebulan 2 atau 3, parah juga nak cari rm400.00 atau rm600.00. mintak2 jangan lah begitu, pakat kenalah pakat pakat, kalau boleh di jarak2kan lah, kalau dah tak boleh barulah terpaksa jua. Di sinilah amat pentingnya kejujuran, kalau dah dapat dulu jangan teragak agak nak membayar kemudian, sehingga habis semuanya mendapat bahagian. Semuanya perlu wajib mengotakan janji. Itu lah yang sama2 kita harapkan.

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Simpan segala Data.
     Tahun baru sudah muncul 2012. Selamat tinggal tahun 2011. sudah tentunya pelbagai kenangan manis mau pun pahit telah kita lalui. Tinggal lagi ingat atau tak ingat saja. Bagi aku setiap tahun pasti ada saja Diary yang mencatit segala kenangan2 lalu, bagi mengingat apa jua yang berlaku di sepanjang tahun. Nak ingat kat kepala, boleh jadi lupa. Banyak perkara yang aku simpan sebagai rujukan di dalam komputer atau Laktop. Takut juga komputer rosak, sudah pasti segala maklumat yang aku catit atau buat itu hilang.
     Maka si setiap awal bulan akan aku pindahkan segala data ke dalam Harddisk luaran (USB). Lebih2 lagi awal tahun ini, pastikan semak cukup2 agar semua data di kemaskini dengan sebaiknya. Selain itu berserah dan bertawakal saja lah pada ALLAH supaya semuanya itu disimpan dengan baik. Kita hidup di dunia ni pun bukannya lama sangat, sementara hidup ni saja kita perlukan benda2 itu. Yang kita bawa hanyalah Amal Ibadah kita terhadap ALLAH swt.