Isnin, 2 Januari 2012

Pakat Walimatul Urus / Perkahwinan



    Isnin, 02 Januari 2012. petang ini tadi baru berlangsungnya mesyuarat penubuhan Pakat Walimatul Urus atau perkahwinan. Ia bertujuan tidak lain dari untuk mengumpulkan duit untuk tujuan perkahwinan anak. Setiap kali ada majlis perkahwinan ahli, semua ahli wajib mengeluarkan duit seorang rm200.00. ketetapan ahli hanya boleh 30 orang. Ini bermakna kita akan mendapat rm6,000.00. banyak tu, kalau nak kumpul sendiri duit sebanyak tu, boleh jadi payah juga, lebih2 lagi dalam keadaan pendapatan yang tidak menentu ini. Tak lama lagi sawit pun nak di tebang, dah tentu pendpatan makin kurang.
     Elok sangatlah di tubuhkan pakatan ini, kita boleh menabung, ibarat main kutu juga. Cuma bezanya kutu ini akan di bayar sekiranya ada majlis perkahwinan saja di antara ahli. Cuma satu takutnya kalau2 ada yang majlis berjalan hampir serentak, sebulan 2 atau 3, parah juga nak cari rm400.00 atau rm600.00. mintak2 jangan lah begitu, pakat kenalah pakat pakat, kalau boleh di jarak2kan lah, kalau dah tak boleh barulah terpaksa jua. Di sinilah amat pentingnya kejujuran, kalau dah dapat dulu jangan teragak agak nak membayar kemudian, sehingga habis semuanya mendapat bahagian. Semuanya perlu wajib mengotakan janji. Itu lah yang sama2 kita harapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan