Ahad, 22 Januari 2012

NBQ 1552


     Ini lah moto Kristar Modenas 110 yang aku beli pada 05.05.2005. Dah berubah wajah. Dah jadi hijau putih. Dulu warna putih perak dgn hitam saja. Sejak Suhaimi bawak mulai awal tahun 2009, baru hari ni moto tu ada di bawa balik ke sini. Selalunya amy balik nak bas atau bawa moto kawan sahaja, tapi kali ini dia bawa sendiri moto ini. Almaklumlah dah cantik pun, tak segan lah nak mambawa balik. Suhaimi dah repair luar dalam, habislah rm900.00 katanya.
Lagi pun amy dah kerja, dah ada pendapatan sendiri, tak kisah lah dia nak baikkan atau cantikan lagi moto itu. Dah jadi macam moto dia sendiri sahaja. Hari tu ada berangan nak beli moto baru, tapi tengok harganya mahal mahal sangat agaknya, tak jadi dia beli moto baru. Moto lama juga yang di repair nya. Apa yang aku harapkan, biarlah dia membawa nya dalam keadaan selamat selalu, jauhkan dari mala petaka atau apa jua perkara yang tidak di ingini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan