Rabu, 23 November 2011

Tanam 5 anak kelapa

      Sayang tanah terbiar selepas projek kolam ikan jiran sebelah tu terbiar lama. penuh dengan semak samun. Kolam nya pun dah hampir separuh di tutupi oleh kiambang, rumput dan lain lain tumbuhan liar. Kalau nak bela semula bukan nya suatu kerja yang mudah untuk membersihkan nya semula. Yang ada di kolam itu ikan haruan, keli liar dan ikan2 semula jadi yang tak di bela. Tidak ketinggalan binatang pemusnah seperti biawak, memerang atau pun ular.
      Beberapa minggu lepas, aku tebas bersihkan ban di bahagian belakang kawasan ku. Alhamdulillah, terang sikit bahagian belakang rumah ku. dan telah pun aku tanam pisang beberapa pokok di ban tersebut. Pagi tadi aku tanam pula 5 pokok anak kelapa. Harap harap ia nya akan membesar tanpa ganguan apa apa lagi. Kelapa asal semuanya sudah tinggi tinggi, tak dapat nak mengait nya, harapkan ia gugur sendiri sahaja. Sudah ada tanam yang baru, boleh lah di jadikan pengganti. Kalau aku dah tak sempat merasa pun, boleh untuk keperluan anak cucu aku di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan