Khamis, 14 Julai 2011

Papan tanda Blok 04

     Dah di saat akhir, baru suruh nak buat, boleh siap kee?. Tak boleh lah. Badan dan berumur mana boleh di paksa paksa nak buat kerja macam orang muda. Masa tinggal 2 hari dari semalam mula buat, esok patut mesti siap. mana nye boleh siap. Dah lah kerja sorang sorang, letih bukan kepalang. mau tak mau buat jee lah pelan pelan. petang tadi baru siap plasta, esok nak menyimen melantai pulak. Lusa pasang bumbung, mengecat, taruh bunga, Ehhhh banyak lagi kerja nya.
      Felda menganjurkan semua blok blok di dalam rancangan mesti membuat papan tanda nama ahli blok masing masing. Felda bagi peruntukan RM300.00 saja, selebihnya kenalah blok itu sendiri yang tanggung. Ada blok yang membelanjakan lebih RM3000.00 untuk tujuan tersebut, memanglah cantik dan teguh. Tak hairan pun kalau ianya menang nanti. Tapi ada juga blok yang belum membuat papan tanda tersebut, kesian......................... apa sebabnya tak tau lah.
     Bagi blok 4 ini, nak bertanding dah tak sempatlah untuk tahun ni, sehari 2 lagi pengadilan akan di buat. Melepaslah nampaknya blok 04. Kalau tengok pada rupa tu, mau juga harganya mencecah lebih RM2000.00. Insyaallah lah tahun depan boleh lah masuk bertanding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan