Isnin, 11 Julai 2011

Guna Celcom b.band Percuma

     Petang ini aku dah mula aktifkan Celcom b.band yang di beri percuma bersama Netbook hari tu. Pek permulaan harganya cuma RM25.00 untuk masa sebulan. Ini bererti ianya akan habis tempohnya pada 10 ogos 2011 nanti. Berbaloi tu, sebulan ni free saja. Akan datang kalau nak sambung barulah tambah nilainya. Tentang kelajuan nya OK jugak lah, lebih kurang dengan DiGi yang aku guna sebelum ini. Guna DiGi sehari RM2.00, kalau sebulan dah RM60.00. Untung juga guna Celcom ni.
      Tak tau lah kalau dah mula tambah nilai Topop Celcom ni nanti, berapa di kira sebulan aku belum tau, sebab belum sampai masanya untuk mencuba. Apa apa pun aku amat amat bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian Kerajaan Malaysia ini. Mana ada negara lain buat macam ni untuk rakyatnya. Apa lagi kita sokonglah 1 MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan