Sabtu, 16 Julai 2011

Musim Durian Sudah Tiba

     Asal sendawa terasa durian, Malam ni aku tak makan nasi, cuma makan Durian dan Ayam KFC saje. Bini dan anak menantu aku tadi balik kampung, kutip durian Atoknya. Khabarnya tersangat banyaknya lah buah durian tahun ini, puas betul mereka makan. Adalah di bawa balik lebih kurang 20 biji, Aku pun bedal lah habis juga lah sebiji, tak larat nak makan banyak banyak. Takut pening kepala, Naik darah tinggi pulak nanti.
     Anak aku yg no 3 pulak balik petang ni belikan ayam KFC sampai lebih RM50.00. Tu pun aku bedal seketul setengah saja laratnya. Rasa nak termuntah pulak. Jangan sampai esok pagi tak bangun sudah lah. Rezeki kerja tengah banyak ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan