Selasa, 19 Julai 2011

HARD DRIVE 500GB

      Hari ini satu lagi Gajed komputer baru aku beli ia itu HARD DRIVE 500GB (imation). Ia sebenarnya merupakan satu alat untuk simpanan segala data seperti gambar, musik, video dan sebagainya. Cukup mudah di gunakan, ia cuma memerlukan sambungan USB saja. Nak menyalin data cuma perlu Copy dan Paste saja. Atau lebih mudah dengan cara menyeret saja terus Fail/Folder dari komputer/Laktop ke Hard Drive.
       Atau pun kalau membuat data baru, boleh saja terus savekan ke HardDrive tersebut. Kalau nak pindahkan data ke komputer lain pun boleh, cuma cabutkan sambungan USB dan cucukkan ke komputer lain, Tak perlu install apa apa, komputer akan bertindak sendiri mencari nya. Begitu mudah dan canggih nya dunia maya kini. Kadang kadang terfikir macam tak masuk akal pula, macammana benda itu boleh menyimpan data sebegitu banyak. Cuma AWAS jangan sampai rosak jee. Kalau dah Rosak, tak dapatlah nak tengok apa apa lagi isi kandungannya. Hilang lah jawapannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan