Ahad, 10 Julai 2011

Netbook Baru

     Semalam hari Sabtu, adalah hari penyerahan netbook kepada hampir 500 murid SMKLB. Termasuklah anak aku yang bersekolah di asrama itu. Penyerahan di sempurnakan oleh YB Adun Lui. Ini adalah merupakan peringkat yang kedua SMKLB membuat program tersebut. Sepatutnya anak anak dan semua ibu bapa patut bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang memberikan sumbangan itu melalui inisiatif jalur lebar Negara.
      Kalau nak beli sendiri, munkin juga berfikir 2 atau 3 kali. Bukannya barang murah, harganya setiap satu hampir RM1000.00. Cubalah kira berapa jumlah RM yang kerajaan sumbangkan kepada murid murid yang menerimanya, aku dengar Kerajaan malaysia nak sumbangkan sehingga 1 juta unit netbook kepada murid murid sekolah di Malaysia ini.
      Kalau dah terima sumbangan tu, gunakan lah sebaik munkin kepada perkara perkara yang bermanafaat atau berfaedah. Semuanya ada di hujung jari saja, kalau yang baik kita cari, baiklah hasilnya. Oleh itu berwaspada dan berhati hatilah selalu bila melayari internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan