Rabu, 29 Ogos 2012

Kumpulan Marhaban Raya GPW.


Kumpulan Marhaban Raya GPW.
     Rabu, 29 Ogos 2012. petang ini kumpulan marhaban raya GPW SH04 dah sampai kat rumah ini. Atas permintaan ramai diaorang mahukan isteri aku buatkan bubur lambok. Mimang istimewa. Aku rasa pon tak de orang lain boleh menandingi kesedapannya dengan orang lain yang buat. Satu sejarah hari ini, habis licin 1 periok besar. Sampai diaorang mencari sendiri ke dapur, tengok sendiri periok yang dah licin. Baik juga dapat koret koret sikit, dapat lah 3 sudu je aku merasa. Alhamdulillah.
    Program begini mimang tiap2 tahun GPW buat selepas raya. Tapi sejak kebelakangan ni macam dah kurang sambutan, dah makin kurang yang mahu mengambil bahagian. Baru semalam bermula, hari ni dah sampai kat rumah ni. Selalu kalau ramai yang ambil mau sampai seminggu baru sampai giliran. Walaubagaimana pun masih ramai yang mengikut, Cuma diaorang malas nak ambil saja. Tak pe lah juga. Seronok sebenarnya dan bagus di buat amalan begini. Harap2 biarlah ia berterusan sepanjang masa2 akan datang.

Amy bawa kereta balik kerja.


Amy bawa kereta balik kerja.
     Isnin, 27 Ogos 2012, se awal jam 5.00 pagi Amy dah stat gerak balik ke Bangi. Jangkanya si Nana tu nak balik naik bas saja pada petang Ahad tu. Amy pula balik bermoto pagi Isnin. Dah ayahnya bagi offer pinjamkan kereta, suka sesangatlah bebudak tu. Tu yang kena balik awal pagi, sebab Nana nak masuk kerja jam 7.00 pagi. Alhamdulillah,, selamat mereka sampai jam 7.00pagi. Bukannya apa, sebab hari Jumaat nanti cuti lagi Hari Merdeka, dah cuti lagi 3 hari. Kan susah kalau naik bas, nak kene jemput dan hantar lagi. Ada lebih baik suruh je amy bawa kereta. Bolehlah nanti balik semula ke SH pada petang Khamis tu ia itu malam jumaat. Lagi pun minggu ni ayahnya tak guna pun kereta. Tak de rancangan nak kemana mana.

Hari keluarga di Palong 01.


Hari keluarga di Palong 01.

  Sabtu, 25 Ogos 2012. jam 3.00 ptg mula bergerak arah ke Palong 1. Amy je yang driver. Mula pergi ikut jalan Palong, dekatlah sikit, tapi jalannya tak berapa elok. Alhamdulillah tak sampai 1 jam sudah sampai. Rupa2nya orang yang pertama sampai. Yang lain belum ada kelihatan, tunggu jee la, hingga jam 6.30 petang baru semuanya datang. Hari pula hujan agak lebat. Alhamdulillah, ramai anak anak buah, cucu cicit berkumpul, adalah lebih 50 orang. Atehnya yang belanja dan buat program ni. Ateh belanja sate dan air minuman kotak je. Senang tak payah basuh cawan. Lagi pun kat rumah abang ngah tu, tak de sape dah tinggal dia sorang je. Anak2nya semua dah berumah sendiri di lain lain tempat. Selepas magrib baru lah semuanya beransur balik kerumah masing. Alhamdulilllah, berjaya juga kiranya program yang ateh buat tu.

Beraya ke kampung Temeris dan Lakai.


Beraya ke kampung Temeris dan Lakai.
    Khamis, 23 Ogos 2012. hari raya ke 5 baru nak beraya ke kampung Temeris. Tu pun 2 buah rumah je. Ia itu rumah kak Long dan rumah Wak Buang. Ada bekas rumah mertua sendiri, malas dan tak pon singgah. Dah jadi hak orang lain nak buat cam ne. Padahal bapak mertua masih ada lagi. Terpaksalah orang tua tu yang datang kerumah kak Long kalau nak jumpa kita orang. Nak buat cam ne, itu sajalah jalan yang ada. Selesai 2 buah rumah berkunjung, kami meneruskan perjalanan ke lakai pula. Rumah abang ipar saja. Sempatlah solat zohr di sana. Juadah raya pun agak istimewa ada mee kari. Alhamdulillah, kenyang juga perut. Pukul 4.00ptg kami meneruskan perjalanan balik. Singgahlah shoping sikit kat Aktif BSJ dan sampai ke rumah kira kira jam 6.30 petang. 

Selasa, 28 Ogos 2012

Balik N9 singgah di PD.


Balik N9 singgah di PD.
    Rabu, 22 Ogos 2012. pukul 10.00 pagi stat gerak arah ke Negeri Sembilan. Anak sulong pun ikut balik sama, jadi 2 buah kereta lah. Menjelang tengahari sampailah di hentian rehat Seremban. Apa lagi cari makanlah untuk tengahari tu. Sebaik habis makan, bincang punya bincang bebudak membuat keputusan nak singgah kat PD. Apa lagi terus sajalah menuju ke PD. Alhamdulillah sampai PD, orang pun agak ramai juga. Apa lagi bebudak ni dah tentu nak mandi laut. Hanya aku dan bini aku jee yang tak mandi laut. Yang lain semuanya mandi, termasuklah cucu yang kecil tu. Sampai pukul 4.00ptg barulah beransur meninggalkan PD meneruskan perjalanan balik.
    Sampai di Bahau berhenti lagi rehat makan lagi. Aku sorang jee yang tak makan, Cuma order air kopi Tongkat Ali dan goreng pisang jee. Cukuplah tu, perut pun masih terasa agak kenyang. Akhirnya jam 7.30ptg baru sampai ke rumah. Alhamdulillah.... selamat segalanya.

Tidur semalam di rumah cucu.


Tidur semalam di rumah cucu.
    Selasa, 21 Ogos 2012, hari raya ke3 dah stat meninggalkan kampung halaman. Pukul 4 petang bergerak, pukul 6.00 ptg sampailah di rumah anak cucu di Kapar. Alhamdulillah, tak de jem sangat jalan, biasa sajalah, perjalanan lancar. Kenderaan semua bergerak lancar. Berehatlah satu malam tidur di rumah anak cucu. Tak de kemana mana pun. Badan penat, tidur pun agak awal. Nak bukak Facebook pun rasa malam. Rehat sajalah. Sebab esk nak meneruskan perjalanan balik ke Negeri Sembilan. Semuga di permudahkan perjalanan esok dan di selamatkan sepanjang perjalanan.

Hari raya Aidilfitri 1 Shawal 1433.


Hari raya Aidilfitri 1 Shawal 1433.


    Ahad, 19 Ogos 2012 telah di tetapkan untuk seluruh umat islam di Malaysia berhari raya. Ini bermakna tahun ini Cuma 29 hari sahaja kita berpuasa. Tak kisah lah tu, sebulan juga namanya. Di pagi raya di kampung biasalah. Sebaik mengambil sedikit makanan untuk di rasa, terus ssaja ke masjid berdekatan. Biasalah kalau sembahyang raya mimang sesak masjid, sampai ada yang tak dapat nak solat. Nak buat cam ne. Lagi pun kan solat sunat je. Berkumpul, bertemu dan bermaafan itu lebih baik di pagi raya. Aku nasib baik ada tempat untuk solat. Sebaik habis solat dan khutbah, aku terus balik saja. Malas nak ikut baraan. Lagi pun dah tinggal bebudak je yang baraan, peringkat cucu2. balik kerumah pun rehat je, tak kemana2 hari ini, melayan tetamu yang datang sahaja.
     Cuma pada raya kedua baru keluar beraya, tu pun Cuma 3 buah rumah jee. Mula2 rumah pak busu di parit 16(sebelah emak), kerumah busu parit 8(sebelah ayah). Last sekali ke tebuk berihun, rumah akak ipar(along). Abang along dah meninggal tahun lepas. Ptg balik ke parit 11 rehat jee. Malam pula adek Ucu belanja makan KFC. RM250.00 dia belanja beli ayam goreng, makan ramai2. kebetulan anak sulung serta cucu pun ada, dia beraya di kampung Bagan Datoh, dah nak balik ke Kapar, singgahlah di rumah neneknya. Esok pun kita orang nak stat balik. Mudahan selamat perjalanan.

Tolong buat dan bakar lemang


Tolong bakar lemang.

    Sabtu, 18 gos 2012. jam 8.00 pagi aku sudah ke pekan bersama isteri untuk mencari bahan keperluan juadah hari raya. Maka sesaknya lah jalan nak menuju ke pasar tu, nak letak kereta pun susah, terpaksa berjalan agak jauh. Tu kira awal pagi lagi keluar, kalau dah lewat lagi payah nak masuk pasar tu. Kata orang jem gila. Alhamdulillah, siap beli sikit2, balik lah, cukuplah setakat apa yang ada. Tak perlu berboros boros dalam berbelanja.
    Pada sebelah petang pula kena tolong Ucu nak buat lemang. Dia dah siapkan buluh 25 batang dengan pulut 6 kilo. Dan 12 biji kelapa dah siap parot. Tinggal nak isi dan bakar sahaja lagi. Pukul 4.00 ptg dah mula bakar, hinggalah pukul 7.00 ptg. Alhamdulillah masak sudah, dapatlah berbuka dengan juadah lemang.

Balik kampung halaman di Selangor


Balik kampung halaman di Selangor.
     Jumaat, 17 Ogos 2012. Selepas solat jumaat kira2 jam 2.30 ptg kami memulakan perjalanan untuk balik ke kampung. Baik juga anak bujang tu dah ada lesen memandu kereta, senanglah ayah ibunya duduk saja. Nampaknya perjalanan pun lancar sahaja. Sebelum sampai singgah sekejap di Bangi untuk mengambil kamera dan menjenguk seorang lagi anak yang masih bertugas di situ. Anak tu balik lewat malam sikit, tumpang kereta tunang sepupunyanya yang juga akan balik ke kpg Selangor sana. 
  

  Jam 5.45 kami pun sampai di Kapar, di rumah anak sulong yg menetap di situ. Rehat untuk solat dan berbuka puasa. Jam 9.00mlm baru meneruskan perjalanan balik ke Sg Besar. Alhamdulillah, perjalanan pun lancar. Jam 10.40 mlm sampai dirumah Emak di kampung Selangor. Syukur alhamdulllah.

Khamis, 16 Ogos 2012

Qhatam Quran 30 juzuk



    Khamis, 16 Ogos 2012. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt yang telah memberikan kesempatan dan keupayaan untuk menghabiskan 30 juzuk bacaan Al Quran di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Hari ini masuk 27 Ramadhan, ini bermakna aku membaca nya lebih dari 1 juzuk setiap hari. Masa yang sering aku lakukan setiap kali lepas solat subuh dan aku sambung pula selepas solat zohor. Begitulah rutin harian ku. Alhamdulillah, belum sampai hariraya, belum sampai 30 hari dah selesai. Apa yang sangat2 aku harapkan biarlah setiap ayat Quran yang aku baca itu dapat di terima oleh Allah swt, dan di beri ganjaran secukupnya. Mudah mudahan kehidupan kami semua bertambah berkah, bertambah iman, bertambah kesenangan baik di dunia mahu pun di akhirat nanti. Ameen .....

Isnin, 13 Ogos 2012

Ganti satu tayar kereta.



    Isnin, 13 Ogos 2012. pagi ini aku bekesempatan ke pekan Bahau bersama isteri. Biasalah shoping barang barang dapur. Tambah lagi tak sampai seminggu lagi nak menyambut hari raya. Nampak agak sesak kat Bahau pagi ni, sampai nak parking nak bayar bil pun tak dapat. Selesai shoping terus saja menuju arah balik, singgah dikedai tayar pekan Mahsan. Tujuan utama nak cek semua tayar kereta tu, al makmaklumlah sebelum raya ni cadang nak balik kampung Selangor. Pastinya kereta dalam keadaan baik. Setelah di periksa ada sebuah tayar tu yang dah agak mengembang beserta dengan rim nya yang ada kemek sedikit. Ini di sebabkan terlanggar lubang di jalan raya beberapa minggu sebelumnya. Tu yang jadi tak sedap ketika memandu. Mau tau mau terpaksalah ganti sebuah je tayar tu. Sebab yang lain masih OK.      Kemudian di buat pemereksaan berkomputer kesaimbangan tayar2 tersebut. Di test nya ke jalan raya berkali kali. Setelah pomen tu puas hati barulah di serahkannya kepada kita. Hemmm..... boleh tahan kosnya rm170.00 juga rabak. Tak pee lah demi kelesamatan. Apa yang kami harap harapkan semuga perjalanan kami sekeluarga nanti berjalan lancar,  selamat sampai dan selamat kembali, tanpa apa apa perkara yang tidak di ingini berlaku. Ameen....

Khamis, 9 Ogos 2012

Mesin rumput rosak lagi.



    Jumaat, 10 Ogos 2012. kononnya hari ni nak awallah buat kerja mesin rumput. Tapi entak apa silapnya puas nak stat tak hidup hidup pulak. Apa lagi letak sajalah dulu tinggalkan untuk baca surat khabar. Pukul 9.30pagi, aku pun keluar untuk membeli plug mesin rumput. Balik je terus pasang dan stat lagi. Berpuluh kali stat, sampai berpeluh peluh tak juga hidup. Hai apa la penyakit mesin ni. Akhirnya aku bawa mesin itu ke kedai Aru, anaknya cuba servis dan stat, pun tak hidup juga. Dia kata ni nak kena tunggu Aru yang buat. Nak buat macammana, aku terpaksalah balik saja dulu. Tak dapatlah mesin rumput hari ini.

Duit Hari Raya.



    Khamis, 09 Ogos 2012. petang ini semua peneroka Felda dapat duit lagi. Ia itu susulan dari YAB Perdana Menteri kita mengumumkan akan memberi duit raya sebanyak rm400.00 setiap peneroka. Janji itu telah di tepati. Syukur alhamdulillah. Petang ni juga di keluarkan duit caruman hari raya peneroka selama setahun. Aku mencarum Cuma rm30.00 sebulan jadi dapatlah penuh sebelas bulan sebanyak rm330.00. kalau nak simpan sendiri belum tentu juga dapat kumpul sebanyak tu. Alhamdulillah sekali lagi. Hari ni saja dapat rm730.00. cukup sangatlah untuk duit hari raya. Ni ada satu lagi yang di tunggu, boleh jadi minggu depan ia itu hasil bulanan sawit bagi bulan Julai. Rasa rasa rm1000.00 lebih tu kut. Ini memandangkan buat sawit yang masih ada dengan harga yang agak baik.
   Sesuatu yang menyedihkan awal pagi ini dapat berita seorang isteri seorang peneroka SH04, telah kembali ke rahmatullah. Al fatihah untuk allahyarhamah dan salam takziah untuk keluarga beliau. Alhamdulillah menjelang tengahari tadi selesailah semuanya selamat di kebumikan di tanah perkuburan FSHK.  

Isnin, 6 Ogos 2012

Cermin mata percuma Yayasan Felda.



    Selasa, 07 Ogos 2012, hari ini tarikh pengambilan cermin mata percuma yang di sumbangkan oleh Yayasan Felda pada kira kira sebulan yang lepas. Alhamdulillah, terima kasihlah banyak2 pada Felda. Di gugusan Serting Hilir ini saja lebih 500 orang mendapat manafaat percuma itu, termasuklah aku, isteri dan seorang anak aku. Tapi tu la cermin matanya, kalau dah buat untuk jauh, tak boleh untuk dekat, begitu juga sebaliknya. Aku ni terpaksalah ambil pilihan tempah untuk yang dekat saja. Sebab aku rabun dekat. Keperluan untuk membaca atau mengadap komputer saja. Memandang jauh kira masih ok lagi lah, tak de apa masalah sangat. Walaubagaimana pun terima kasih sekali lagi pada Yayasan Felda yang memberi sumbangan ini.

Khamis, 2 Ogos 2012

Ulang tahun Perkahwinan ke 26 tahun.



     Jumaat, 03 Ogos 2012. hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan aku dengan isteri ku. Alhamdulillah, syukur sesangat syukur ke hadrat ALLAH swt. Masih dipanjangkannya  usia, dikekalkan lagi kesihatan dan kebahgian dalam rumah tangga kami. Dah masuk 26 tahun, dah lebih ¼ abad. Anak anak pun dah besar besar, tinggal sorang je lagi yang sekolah, tu pun dah tingkatan 4. Anak yang sulung dah pun kahwin dan beranak sorang, dan menetap bersama suaminya di Kapar Selangor. Jadi bererti aku ni dah bercuculah sudah. Dah dapat title Atok dah. Yang no 2 dan no 3, bujang dan dara lagi, pun dah bekerja. Kebetulan  kedua duanya bekerja di sekitar tempat yang sama ia itu diBangi. Alhamdulillah, tak de lah lagi emak bapak nak tanggung. Cuma sorang je lagi anak yang duduk kat rumah ni, sebab sekolah kat sini. Kalau tidak tinggallah berdua jee semula. Macam baru baru kahwin. He hee heee.... Apa apa pun Doa dan harapan aku sekeluarga, kekalkan lah kesihatan, keamamanan, kesejahtraan dan kebahgiaan kami.


Sambung lesen Memandu


.
     Jumaat, 03 Ogos 2012. hari ini tamat tempoh lesen memandu aku. Sebenarnya semalam lagi aku sudah membayar untuk menyambungnya lagi di pejabat JPJ Bandar Seri Jempol. Tapi kali ini lain sikit. Tarikh mati di samakan dengan tarikh ulang tahun kelahiran kita. Senang lah nak mengingatnya. Baik juga apa yang dibuat oleh JPJ nih. Oleh kerana dibuat penyelarasan begini maka bayaran tambahan di kenakan sebanyak RM15.00. jadi jumlah yang perlu dibayar RM45.00. Tapi tak pe jugak masih lagi untung, sebab tarikh mati lesen aku pada 10 Jun 2014. ini bermakna 1 tahun 10 bulan lagi. OK lah tu. Harap2 selepas penyelarasan ini di buat tidak ada lagi rakyat yang terlupa bila lesennya mati. Itulah sebenarnya kendak JPJ dan kerajaan Malaysia  kita.

Meter TNB di ganti baru.



     Khamis, 02 Ogos 2012. petang ni juga aku sekeluarga agak terperanjat di datangi 2 orang yang tidak dikenali. Dia cakap nak potong api. Buat suspen saja. Lepas tu baru dia cakap lagi, potong kejap jee, nak ganti meter katanya. Ohhhh kata ku, gantilah, memang dah rosak pun meter tu agaknya, sebab 2 bulan lepas tak de kena bayar bil. Penggunaan di bawah rm20.00. padahal kita guna macam biasa saja. Biasanya tidak kurang rm45.00 sebulan. Ni dah ganti meter, tau lah. Kata orang meter baru ni lebih laju dari yang lama. Kita tengok sajalah dulu. Pada rasa aku tak kan meter tu di buat tidak mengikut piawaaian, mestilah dia buat betul2 untuk ketepatan mengira penggunaan bil bulanan kita. Diaorang ni saja, ialah dah biasa bayar sikit atau tak kena bayar sebab meter rosak, sekali dah di ganti baru, haa baru tau, banyak pulak kena bayar bil. Tak pee lah. Kita yang guna. Pandai2 lah. Jangan asyik nak salahkan orang lain jee. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kita harus tau, banyak barang atau perkakas letrek kita, banyaklah sikit kita kena bayar. Semuanya adalah untuk kemudahan dan kesenangan kita juga.

Ganti katil baru.



     Khamis, 02 Ogos 2012. hari ini aku dan isteri keluar ke pekan Bahau. Biasalah awal2 bulan ni nak bayar ansuran kereta dan shoping barang barang dapur. Keluarkanlah sikit duit kat Maybank tu buat tambah2, lagi pun nak tau berapa baki simpanan yang ada. Al maklum lah bank pakai cucuk ni tak dapat nak tau selalu berapa baki, sebab jarang jarang pun dapat cucuk. Alhamdulillah ada saja sikit sikit duit tunai untuk belanja. Kisah harini setelah selesai bayar kereta dan shoping kat Econsave, maka beransurlah balik, bukan terus balik singgah pula kat BSJ, bayar lesen memandu. Dan sempat singgah kat kedai perabut. Tanya punya tanya, belek punya belek berkenan satu katil tu. Tegak gayanya, bentok kotak saja. Harga pun berpatutan. Apa lagi aku setujulah dan terus bayar cash. Taukeh tu cakap petang nanti antar. Kami pun balik.
      Puasa ni biasalah lepas zohor tidur, tak sedar aku bila cina tu datang hantarkan katil. Bini aku jee yang tau. Apa lagi aku pun keluarkan katil yang lama dan terus pasang yang baru. Gayanya pulak tak kena, tak pee lah, esok2 kalau tak selesa boleh pusing balik kedudukannya. Alhamdulillah, dah test naik, cuba goyang2, henjut kuat2. dah tak goyang dan tak berbunyi menciut lagi. Itu lah yang aku hendak. Harap2 tahanlah katil kali ini sampai sepanjang hayat kami. Syukur alhamdulillah...

Rabu, 1 Ogos 2012

Berbuka puasa di Masjid.



     Rabu, 01 Ogos 2012. hari ini bersamaan 12 Ramadhan 1433. ini bermakna sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa. Alhamdulillah, masih di panjangkan usia kita, masih di beri kesempatan untuk hidup di dunia ini, masih di beri kenikmatan yang sementara. Syukur sesangat syukur ke hadrat Allah swt. Puasa tahun ni pun aku rasa ok saja, dapat menghadapinya dengan tenang, aman dan gembira. Dapat mentadarus Al quran dan dapat mengerjakan solat Tarawih serta witir di malam hari.
      Hari ini pihak masjid akan mengadakan majlis berbuka puasa beramai ramai di masjid. Jadi kena datanglah sebelum waktu berbuka. Selepas berbuka bolehlah terus magrib berjemaah, seterusnya Isyak dan tarawih. Tabung masjid pun dah banyak duitnya. Apa salahnya sesekali buat jamuan untuk berbuka puasa beramai ramai. Seronok juga. Tidaklah semestinya nak tunggu YB datang beri sumbangan baru nak buat majlis berbuka puasa. Kita ada duit sendiri kita buat ramai ramai, seronok juga. Semuga majlis ini akan berjalan dengan lancarnya nanti. Amin ya rabbal alamin.