Tak tahu kenapa agaknya semangat raya tahun ini amat berkurangan. Dah rasa malas nak beraya kemana mana, macam tak ada semangat dan tak ada keseronokannya lagi. Tak seperti tahun tahun lepas, walau pun dah lebih seminggu raya, semangat tu masih ada lagi, mahu lagi berhari raya ke rumah jiran jiran terutamanya jiran blok. Tahun ni rasa macam dah malas........... memang tak patut kan. Tapi insyaallah kut sehari dua lagi baru terbuka hati ini untuk berhari raya.
Begitu juga halnya jiran jiran, aku tertanya tanya juga kenapa seorang pun belum ada yang sampai berhari raya ke rumah aku. Mereka juga dah tak ada semangat kee, tak tau pulak aku. Bukan hanya jiran, saudara mara pun tak ada yang datang beraya, sepi sungguh raya tahun ini.
Aku harapkan perkara sebagini janganlah berpanjangan, esok lusa kut baru semangat raya tu datang lagi. mudah mudahan. amin............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan