Khamis, 8 September 2011

Jamuan Hari Raya Pengurus2 FSHK.

      Petang tadi berlangsungnya majlis jamuan Hari raya dari pengurus2 Felda SHK di dewan F'Best Homestay SH04. Pelbagai juadah di sediakan, ada ketupat (nasi himpit), lemang, rendang ayam, kuah sambal kacang, bihun goreng, kueh muih, tembikai dan macam macam lagi. Ia di buat gabungan Felda SH01 hingga SH 07.
       Tapi sayang tak begitu ramai yang datang. Wal hal khabarnya semua di hantar surat jemputan. Kemana mereka pergi, tidor jee kee, atau saja malas nak datang. Atau pun mereka masih berpuasa 6, tu sebab malas nak datang. Tak tahu lah aku apa sebab nya.
      Apa yang aku harapkan, kalau ada majlis2 sebegini datanglah beramai ramai bagi memeriahkan lagi majlis. Jangan sampai jadi pembaziran, makanan sudah di sediakan begitu banyak, akhirnya ke tong sampah. Wallahualam.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan