Isnin, 26 September 2011

Buat Tempat Bunga Baru

     Yang lama dah nak roboh, almaklumlah dah lebih 10 tahun, reput kena siraman air, hujan, panas dan di makan anai anai. Ye lah di buat dari kayu mana nak tahan lama. Kali ini aku buat dari konkrit simen. Insaalah tak reput lagi lah kut. Kalau anai anai nak makan juga pasti patah gigi anai anai tu. Kesian dia tak dapat makan lagi. Entah macam mana aku dapat idea tu, sebelum ni berkali kali bini aku suruh ganti saja dengan kayu hutan, tapi aku buat dekkk jeee. Ni dah terfikir nak buat dari konkrit saja, sebab terpandang pasir lama ada selonggok, baru bata pun ada. Besi2 lama pun ada. Cuma modal belikan simen se kampit. Dah buat cukup pun. bukan main girang dan seronok lagi bini aku. Alhamdulillah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan