Majlis ini sebenarnya sudah pun berlangsung pada 19 Sept lalu, cuma baru hari ni ada kesempatan menaipnya. Tiap tiap majlis seumpama ini di adakan. Tapi mengikut apa yang aku perhatikan semakin lama kini semakin kurang sambutannya. Tak tau kenapa. Dah makin kurang orang yang datang, sedangkan makanan begitu banyak di sediakan, siapa nak makan banyak2 begitu membazir sahaja. Kita nak bawak balik pun nak buat apa banyak2, makan 2 org jee lagi.
Munkin juga lah anak2 dah ramai yang besar panjang, ramai yang dah keluar, sudah bekerja atau menyambung pelajaran, jadi dah kurang lah yang hadir. Tak seperti 5 atau 6 tahun lepas, anak anak ramai masih kecil, meriah lah, seronok lah. Kini yang tinggal kita kita yang dah tua tua ni. Begitulah lumrah alam agaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan