16 September adalah hari penubuhan Malaysia. Hari penyatuan Semenanjung tanah melayu dengan Sabah dan Serawak. 31 Ogos pula hari Merdeka. Merdekanya Tanah Melayu dan jajahan Inggerish. Setiap tahun di adakan sambutan hari merdeka ini pada tiap tiap 31 ogos. tapi tahun ini berbeza, ia di adakan pada 16 September. Ini munkin di sebabkan 31 ogos tempohari bersamaan jatuhnya hari Raya Aidil Fitri yang kedua. Tak kan lah mereka nak menyambut hari merdeka pada suasana Hari Raya. Jadi elok jugalah di raikan pada 16 September untuk tahun ini. Tahun depan tak tau lah lagi.
Hari ini semua cuti lah. Tapi bagi aku cuti pun tak de apa makna nya. memang dah hari hari cuti. Kerja aku kalau ada pun tak kira masa, sebab aku bekerja sendiri sahaja. Kekadang orang kerja aku cuti, orang cuti pula kekadang aku kerja.... begitulah kehidupan ku. Apa apa pun selalu2 lah berdoa agar di sihatkan tubuh badan ini, rohani dan jasmani, sementara kita masih bernyawa di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan