Jam 6.20ptg tadi isteriku mula bergerak menaiki kereta bersama 4 orang lainnya ke Seremban. Sebaik sampai di Seremban mereka menaiki bas pula menuju ke Langkawi Kedah. Bas tersebut membawa peserta2 homestay dari seluruh negeri sembilan. Sebenarnya program ini adalah untuk seluruh pengusaha homestay di seluruh negara Malaysia.
Apa yang di fahamkan, tujuannya untuk berkumpul di sana ialah untuk memperkenalkan masakan tradisi negeri masing masing. Jadi dari F'Best Homestay sini, mahu memperkenalkan masak lomak cili api. Ia itu masak Lomak cili api Daging Salai + rebung. Hui pasti sodap tu.
Apa apa pun sama sama lah kita mendoakan semuga selamat sampai, dan selamat membuat promosi tersebut dan selamat kembali ke negeri masing2. Kalau boleh biarlah kito monang...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan