Khamis, 15 September 2011

Abang ku kembali ke rahmatullah

     Jam 10.30pg tadi aku mendapat panggilan telefon, mengatakan abang ku telah kembali ke rahmatullah. Terasa sedih dan hiba tiba tiba, sambil mengucap inna lillahi rajiun. Waktu itu aku berada di BSJ untuk mengganti bateri kereta dan membayar bil. Hati ku jadi tidak tenang lagi, walau bagaimana pun aku terus bersabar, beristigfar dan mengucap kepada ALLAH swt.
      Sebenarnya abang ku itu sudah lama sakit, mula tenat dan di masukkan ke hospital sejak awal puasa tempohari. Selepas itu beliau sudah tidak boleh bangun lagi, hanya terlantar di katil. Sedih memang sedih melihat keadaan yang sebegitu. Bagaimanalah tabah hati isteri dan anak2 nya yang menjaga beliau semasa sakit. Dua hari lepas sekali lagi di kejarkan ke hospital kerana keadaannya yang semakin tenat. Bertungkus lumus para doktor untuk memulihkannya, namun apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya, Malaikat izrail telah di tugaskan mencabut nyawanya.
      Marilah sama sama kita berdoa, moga di ampuni segala dosa dosanya dan di gulungkan kedalam orang2 yang beriman. Moga rohnya di cucuri rahmat, di lapangkan kuburnya, di jauhkan dari siksa neraka dan di beri kelonggaran untuk memasuki syurga mu ya ALLAH. Amin......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan