Jumaat, 30 September 2011

PROJEK BAKTI MURNI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

     Petang semalam aku terlibat lah sama dalam pengambilan anak anak angkat pelajar2 dari IPT seluruh Malaysia yang datang berkumpul di zon Serting ini, Khabar nya lebih 450 pelajar yang datang di bagi bagikan kepada lebih 200 keluarga angkat dari 3 gugusan ia itu, Raja Alias, Serting Hilir komplek dan Gugusan Palong. Mereka tidur di rumah2 keluarga angkat selama 3 malam.
     Aku dapat 2 orang lelaki ia itu sorang dari Azerbaijan dan sorang lagi dari Iran. Susah juga berbahasa dengan mereka ni, org putih, melayu, arab... semuanya tau sikit2, kalau tak faham juga keluarlah tangan kaki guna bahasa isyarat... Dah nasib laa tuh. Asalkan jangan mereka tersinggung dah la, tapi nampaknya OK baik baik saje. selalu kata OK... thank you jee.

Isnin, 26 September 2011

Buat Tempat Bunga Baru

     Yang lama dah nak roboh, almaklumlah dah lebih 10 tahun, reput kena siraman air, hujan, panas dan di makan anai anai. Ye lah di buat dari kayu mana nak tahan lama. Kali ini aku buat dari konkrit simen. Insaalah tak reput lagi lah kut. Kalau anai anai nak makan juga pasti patah gigi anai anai tu. Kesian dia tak dapat makan lagi. Entah macam mana aku dapat idea tu, sebelum ni berkali kali bini aku suruh ganti saja dengan kayu hutan, tapi aku buat dekkk jeee. Ni dah terfikir nak buat dari konkrit saja, sebab terpandang pasir lama ada selonggok, baru bata pun ada. Besi2 lama pun ada. Cuma modal belikan simen se kampit. Dah buat cukup pun. bukan main girang dan seronok lagi bini aku. Alhamdulillah.....

Jamuan Hari Raya JKKR,GPW,Koperasi&Belia SH04

     Majlis ini sebenarnya sudah pun berlangsung pada 19 Sept lalu, cuma baru hari ni ada kesempatan menaipnya. Tiap tiap majlis seumpama ini di adakan. Tapi mengikut apa yang aku perhatikan semakin lama kini semakin kurang sambutannya. Tak tau kenapa. Dah makin kurang orang yang datang, sedangkan makanan begitu banyak di sediakan, siapa nak makan banyak2 begitu  membazir sahaja. Kita nak bawak balik pun nak buat apa banyak2, makan 2 org jee lagi.
     Munkin juga lah anak2 dah ramai yang besar panjang, ramai yang dah keluar, sudah bekerja atau menyambung pelajaran, jadi dah kurang lah yang hadir. Tak seperti 5 atau 6 tahun lepas, anak anak ramai masih kecil, meriah lah, seronok lah. Kini yang tinggal kita kita yang dah tua tua ni. Begitulah lumrah alam agaknya.

Jumaat, 16 September 2011

Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan.

    16 September adalah hari penubuhan Malaysia. Hari penyatuan Semenanjung tanah melayu dengan Sabah dan Serawak. 31 Ogos pula hari Merdeka. Merdekanya Tanah Melayu dan jajahan Inggerish. Setiap tahun di adakan sambutan hari merdeka ini pada tiap tiap 31 ogos. tapi tahun ini berbeza, ia di adakan pada 16 September. Ini munkin di sebabkan 31 ogos tempohari bersamaan jatuhnya hari Raya Aidil Fitri yang kedua. Tak kan lah mereka nak menyambut hari merdeka pada suasana Hari Raya. Jadi elok jugalah di raikan pada 16 September untuk tahun ini. Tahun depan tak tau lah lagi.
     Hari ini semua cuti lah. Tapi bagi aku cuti pun tak de apa makna nya. memang dah hari hari cuti. Kerja aku kalau ada pun tak kira masa, sebab aku bekerja sendiri sahaja. Kekadang orang kerja aku cuti, orang cuti pula kekadang aku kerja.... begitulah kehidupan ku. Apa apa pun selalu2 lah berdoa agar di sihatkan tubuh badan ini, rohani dan jasmani, sementara kita masih bernyawa di dunia ini.

Khamis, 15 September 2011

Isteri Aku ke Langkawi Kedah.

     Jam 6.20ptg tadi isteriku mula bergerak menaiki kereta bersama 4 orang lainnya ke Seremban. Sebaik sampai di Seremban mereka menaiki bas pula menuju ke Langkawi Kedah. Bas tersebut membawa peserta2 homestay dari seluruh negeri sembilan. Sebenarnya program ini adalah untuk seluruh pengusaha homestay di seluruh negara Malaysia.
     Apa yang di fahamkan, tujuannya untuk berkumpul di sana ialah untuk memperkenalkan masakan tradisi negeri masing masing. Jadi dari F'Best Homestay sini, mahu memperkenalkan masak lomak cili api. Ia itu masak Lomak cili api Daging Salai + rebung. Hui pasti sodap tu.
      Apa apa pun sama sama lah kita mendoakan semuga selamat sampai, dan selamat membuat promosi tersebut dan selamat kembali ke negeri masing2. Kalau boleh biarlah kito monang...........

Abang ku kembali ke rahmatullah

     Jam 10.30pg tadi aku mendapat panggilan telefon, mengatakan abang ku telah kembali ke rahmatullah. Terasa sedih dan hiba tiba tiba, sambil mengucap inna lillahi rajiun. Waktu itu aku berada di BSJ untuk mengganti bateri kereta dan membayar bil. Hati ku jadi tidak tenang lagi, walau bagaimana pun aku terus bersabar, beristigfar dan mengucap kepada ALLAH swt.
      Sebenarnya abang ku itu sudah lama sakit, mula tenat dan di masukkan ke hospital sejak awal puasa tempohari. Selepas itu beliau sudah tidak boleh bangun lagi, hanya terlantar di katil. Sedih memang sedih melihat keadaan yang sebegitu. Bagaimanalah tabah hati isteri dan anak2 nya yang menjaga beliau semasa sakit. Dua hari lepas sekali lagi di kejarkan ke hospital kerana keadaannya yang semakin tenat. Bertungkus lumus para doktor untuk memulihkannya, namun apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya, Malaikat izrail telah di tugaskan mencabut nyawanya.
      Marilah sama sama kita berdoa, moga di ampuni segala dosa dosanya dan di gulungkan kedalam orang2 yang beriman. Moga rohnya di cucuri rahmat, di lapangkan kuburnya, di jauhkan dari siksa neraka dan di beri kelonggaran untuk memasuki syurga mu ya ALLAH. Amin......................

Khamis, 8 September 2011

Jamuan Hari Raya Pengurus2 FSHK.

      Petang tadi berlangsungnya majlis jamuan Hari raya dari pengurus2 Felda SHK di dewan F'Best Homestay SH04. Pelbagai juadah di sediakan, ada ketupat (nasi himpit), lemang, rendang ayam, kuah sambal kacang, bihun goreng, kueh muih, tembikai dan macam macam lagi. Ia di buat gabungan Felda SH01 hingga SH 07.
       Tapi sayang tak begitu ramai yang datang. Wal hal khabarnya semua di hantar surat jemputan. Kemana mereka pergi, tidor jee kee, atau saja malas nak datang. Atau pun mereka masih berpuasa 6, tu sebab malas nak datang. Tak tahu lah aku apa sebab nya.
      Apa yang aku harapkan, kalau ada majlis2 sebegini datanglah beramai ramai bagi memeriahkan lagi majlis. Jangan sampai jadi pembaziran, makanan sudah di sediakan begitu banyak, akhirnya ke tong sampah. Wallahualam.......

Selasa, 6 September 2011

Semangat Raya dah kurang

    Tak tahu kenapa agaknya semangat raya tahun ini amat berkurangan. Dah rasa malas nak beraya kemana mana, macam tak ada semangat dan tak ada keseronokannya lagi. Tak seperti tahun tahun lepas, walau pun dah lebih seminggu raya, semangat tu masih ada lagi, mahu lagi berhari raya ke rumah jiran jiran terutamanya jiran blok. Tahun ni rasa macam dah malas...........  memang tak patut kan. Tapi insyaallah kut sehari dua lagi baru terbuka hati ini untuk berhari raya.
     Begitu juga halnya jiran jiran, aku tertanya tanya juga kenapa seorang pun belum ada yang sampai berhari raya ke rumah aku. Mereka juga dah tak ada semangat kee, tak tau pulak aku. Bukan hanya jiran, saudara mara pun tak ada yang datang beraya, sepi sungguh raya tahun ini.
     Aku harapkan perkara sebagini janganlah berpanjangan, esok lusa kut baru semangat raya tu datang lagi. mudah mudahan.  amin............

Isnin, 5 September 2011

Kena demam campak.

     Hari minggu kelmarin dah balik nak sambung kerja. Dan semalam (Isnin) pergilah klinik, setelah di periksa, doktor bagi cuti 1 minggu, sebab kena demam campak. Penyelia kerjanya pula suruh balik cuti. Apa lagi terpaksalah balik. Senja semalam terpaksalah ibu nya ke Bahau, jemput dia balik ke rumah.               Alhamdulillah, selamat dah sampai jam 9.00 malam tadi. Rehat sajalah Nana......  mintak mintak cepat lah senang penyakit tu nanti. Minggu  depan bolehlah sambung kerja.

Ahad, 4 September 2011

Anak2 semua dah balik

     Hari ini hari minggu, hari terakhir cuti hari raya. Hari ni juga 3 orang anak2 ku meninggalkan rumah ini kembali ke destinasi masing masing. Maka tinggal lah kembali berdua. Sunyi sepi mula terasa, apakan daya kita sudah lumrahnya alam. Pastinya semua ibu bapa yang berumur panjang akan merasai situasi bagini.
     Bagitu juga halnya dengan zaman aku dulu, sebaik habis cuti perayaan, semua adik beradik ku meninggalkan ayah dan ibu, demi tugas dan kerjaya masing masing. Sehingga kini pun ibu ku masih ada di kampung. Tapi syukurlah ada salah seorang adik ku yang tinggal berdekatan dengan rumah ibu ku, di situ lah ibu ku tinggal untuk meneruskan kehidupan. Rumah pusaka sudah di tinggalkan kosong, dah nak roboh pun.    
    Tak kisah lah itu semua. yang penting kita bersykurlah banyak banyak di atas segala nikmat hidup dan nikmat sehat yang ALLAH swt berikan pada kita.

Jumaat, 2 September 2011

Balik kampung sendiri (Felda)

    Hari ni dah raya ke empat. seawal jam 8.30pagi lagi aku sudah memulakan perjalanan untuk balik ke rumah ku sendiri. Alhamdulillah, lancar perjalanan hari ni, tidak seperti perjalanan masa balik Selangor tempohari. Pukul 1.15 dah sampai Bahau, apa lagi perut dah lapar, pusing pusinglah pekan bahau cari kedai makan, banyak yang tutup. Jumpalah satu kedai melayu, apa lagi singgah saja lah. Malangnya dah tak ada pilihan, nasi dan lauk cuma cukup cukup untuk kita 5 orang makan. Semuanya dah habis. Alhamdulillah kenyang juga lah perut. Pukul 3.00 ptg dah sampai rumah. Penat...................... apa lagi solat Zohor dan tidur....ZZZ. 5.30ptg baru bangun. Tak de lah nak kemana mana lagi hari ni, rehat sajalah.

Khamis, 1 September 2011

SELAMAT HARI RAYA KE 3.

   Dah masuk hari Raya ke 3, baru aku dapat masuk ke laman blogger ini. Sibuk jee, maklum lah hari raya kan. Raya pertama, pagi biasalah pergi masjid. Hjuiii ramainya umat islam menunaikan solat Aidil fitri, sampai ke luar, ada yang tak dapat sembahyang sebab dah penuh tempat. Balik sembahyang mula lah berangkat ke kampung, ziarah kubur dan rumah kak long. ptg pula beraya kat palong saja.
   Raya kedua, seawal jam 7 pagi dah mula bergerak ke kampung Sg Besar. Pagi jalan ok lah,  dah sampai Kapar. Sebaik saja masuk arah ke K Selangor...... alamat jem teruk, jalan sikit2 dah berenti, jalan sikit berenti, nak buat cam nee, kenderaaan terlalu banyak. Akhirnya, masuk lah jalan sotkat, jalan bankenal.... dah lah jalannya teruk, pun ramai juga orang lalu kat situ, apa nak buat sabar jee lah. Jalan yang sepatutnya sampai dalam tempoh 2 jam akhirnya mencecah 5 jam baru sampai.... Ponek nyo laa hai. Nak buat cam nee. HARI RAYA punya pasal. Ok SELAMAT HARI RAYA. jumpa juga aku orang tua ku.