Khamis, 4 Ogos 2011

Internet Lembab

     Dah 4 malam aku nak bukak blog ini, tapi tak dapat dapat, baru malam ni dapat bukak, itu pun kena tunggu lebih 10 minit. Semalam dan kelmarin  tunggu sampai hampir 1 jam tapi tak muncul muncul. Boring betul di buatnya, buang masa betul. Macam mana orang nak minat bukak internet kalau macam ni selalu.
     Aku ni di kira orang yang minat juga hal internet ni, tapi kalau dah nak bukak sesuatu tunggu sampai berjam jam, boring lah, menyampah jadi nya. Apalah perlunya ada internet kalau susah nak bukak sesuatu laman. Contohnya nak bukak surat khabar lah, tunggu sampai berjam jam, buang masa, tapi tak muncul muncul, apa faedahnya. Lebih baik beli saja surat khabar biasa, senang dan pantas dapat maklumat.
      Kenapa internet tidak di buat berkelajuan tinggi macam TV. TV tu senang pulak bukak nya, padahal percuma saja, senang dengar dan melihat berita. Sedangkan TV pun ramai orang tak suka tengok berita, apa lagi melalui internet, nak cari dan tunggu berjam jam........... tak payah lah.
      Aku rasa lah, kalau internet ini berkelajuan tinggi macam TV, pasti ramai juga penggunanya. Melalui internet berbayar, macam aku ni RM2.00 sehari, tapi kalau tak ada hasil yang di perolihi dan hanya membuang masa saja berjam jam melihat screen kosong putih apa guna nya.
      Entah lah.................... Dah boring aku dengan internet ni. Harap MAAF.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan