Isnin, 22 Ogos 2011

Berbuka puasa bersama MB di masjid SHK.

       Citer ni sudah pun berlalu ia itu pada 17 Ramadhan bersamaan 17 Ogos tempohari. Tinggal lagi tiada kesempatan untuk aku menulis di dalam blog ini.
       Dari pagi lagi ahli qariah masjid SHK sudah bergotong royong menyediakan persiapan untuk majlis tersebut. 2 ekor lembu tumbang di sembelih untuk menjamu tetamu yang datang. Juga lauk lauk tambahan lain seperti sambal ikan keli, pejeri nenas dan macam macam lagi. Biasa lah tuu. Bukan sikit belanja di perlukan, tapi tak kisah lah, Negeri/Negara kita mampu mengadakannya. Kalau kita lihat di luar Negara, ada yang kebuluran, tiada makanan akibat kemarau, atau masalah lain seperti peperangan atau pergaduhan sesama kaum.
       di Negara kita.......... Syukur Alhamdulillah, tidak terjadi semua itu. Negara kita aman, tiada kekurangan makanan, bah kan melimpah limpah makanan. Apa saja bentuk makanan yg di kehendaki semua nya ada. Tidak keterlaluan kalau aku katakan, orang di Malaysia ini tidak akan mati kebuluran, tetapi sebaliknya boleh mati kerna banyak makan. Renung renungkan lah...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan