Rabu, 24 Ogos 2011

Broadband Celcom 3G

     Dua hari lepas aku beli satu lagi Broadband baru dari Celcom siap dengan modem nya sekali. Kali ini aku nak cuba melanggan Celcom RM48.00 untuk sebulan. Modem nya kena beli lagi lah RM100.00.
     Sebaik saampai kat rumah, aku pun cubalah pasang kat laktop aku untuk install. terus cuba melayari internet. Alhamdulillah nampak lebih laju dari broadband Digi yg aku guna sebelum ini. Terasa juga puas sedikit hati ini. Seebelum ini aku guna Digi prepaid dgn kadar RM2.00 sehari, kalau sebulan dah jadii RM60.00. Sedangkan kelajuan nya aku tengok tk pernah melebihi 150kb/saat. Tapi setelah guna Celcom ini kelajuannya boleh mencapai 750kb/saat, kira laju lah tu. Kalau tengok Video tak lah sangkut2 lagi, melainkan line saja kekadang kurang clear. Walau bagaimana pun syukurlah Alhamdulillah, terasa lah seronoknya bila mengadap internet yang laju begini. Itu belum lagi guna pekej yang RM98.00 punya, itu sudah pastilah laju sesangat. Insyaalah kalau keadaan mengizinkan satu hari nanti akan aku meencubanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan