Ahad, 7 Ogos 2011

Amy dah dapat kerja

     Pagi tadi riuh rendah rumah ni, anak anak balik. Tapi mula petang tadi kembali sunyi tinggal berdua. Amy dan Nana dah balik semula keBangi. Shafiq pula dah balik ke asrama. Nana dah lebih 2 bulan lah kerja kat Bangi tu. Tapi kerja di TASKA dekat situ. Dan Nana kini pun telah di tawarkan  menjadi Cikgu Tadika pula. Baguslah kalau begitu.Tapi Amy besok baru stat kerja. Entah apa nama kerja nya, aku tak tahu menyebut nya, tapi ada kaitan lah dengan apa yang di pelajari nya selama ini, ia itu  bidang Animasi.
     Tempat kerja nya pun dekat Bangi juga, ia itu tempat Amy praktikal tempohari. Dari pada 4 orang kawannya yang sama sama praktikal di situ dulu, hanya Amy sorang saja yang di pilih dan di panggil nya untuk terus bekerja dengan Bos nya itu. Kata Bos nya Amy OK boleh buat kerja dan bagus........ Alhamdulillah Tak susah susah Amy nak cari kerja, kerja pula mencari dia. Tengok pada keputusan pepereksaan nya pun memang cukup baik, terbaik dari keseluruhan pejajar kolej nya. Syukur Alhamdulillah.
       Ayah harap teruskan lah kerja se baik baik nya, sehingga mendapat kepercayaan dari majikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan