Dah lebih setengah abad umur ku baru dengar perkataan Hari Bapa ni, munkin sebelum ni dah ada, tapi aku tak perasan. atau tak kisah dengan nya. Lagi pun ta dee siapa pun sebelum ni nak ucapkan selamat hari bapa pada aku. Jadi aku pun tak kisah. Jangan kan hari Bapa, hari lahir sendiri pun selalu tak ingat. Sejak kebelakangan ni sajalah ada anak anak yang memperingatinya. Alhamdulillah. Sungguh pun begitu tak de lah aku buat apa apa sambutan pun, tak de lah nak potong kek kee, nak buat jamuan kee...... tak dee semua tu.
Walau bagaimana pun aku tetap selalu bersyukur di atas nikmat panjang usia dan di permurahkan rezeki yang Allah berikan selama hidup ini. Sempena hari bapa ini juga tidak lupa aku ucapkan SELAMAT HARI BAPA, pada semua insan insan yang bergelar bapa, semuga tanggung jawap mu menjaga, mendidik, melindungi dan memberi nafkah kepada anak anak, isteri dan keluarga terus berkekalan dan di redai Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan