Malam ni aku baru balik dari rumah seorang Ahli Blok yang membuat kenduri Doa Selamat dan tahlil umum di rumah beliau. Doa selamat memohon agar Isteri beliau akan selamat menjalani pembedahan memasang semula sebahagian tempurung kepala nya yang di buka beberapa bulan lalu, akibat sakit yang mencengkam bahagian kepala otak beliau. Ngeri rasa mendengarnya. Apakan daya kita, hanya doktor doktor pakar saja yang mampu melakukannya. Bagi aku hanya mampu mendoakan agar beliau selamat menjalaninya, Selamat dari awal sehingga selesai dan dapat hidup sihat seperti sedia kala. Amin................
Cerita pasal kenduri nya tadi, beliau tidak menjemput kaum perempuan untuk membuat persiapan kenduri, semuanya di lakukan oleh keluarga beliau sahaja. Tak kisah pun ..........sikit pun kami tak kecil hati. Lagi pun beliau tu memang pakar dalam bidang masak memasak kenduri. Memang sedap sungguh masakan beliau, Nasi minyak dengan Kurma beriani daging, kari ayam dan acar timun/nenas. memang sungguh sedap makan........... tak sedar bertambah juga makan kerana lazak nya. Sewaktu nak balik di bekalkan pula Nasi serta lauk sekucupnya untuk hidangan orang rumah masing masing.Terima kasih lah banyak2 wahai saudara ku.......... Semuga bertambah berkat lagi kehidupan saudara sekeluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan