Petang tadi banyak kenderaan di jalan raya. Maklum lah cuti sekolah dah berakhir hari ni. Munkin ada yang menghantar anak anak balik ke Asrama, munkin juga nak balik ke tempat kerja, munkin ada yang nak balik kampung atau munkin juga ada hal-hal yang perlu di uruskan di luar sana. Biasa laa tu. Negara makin maju, pendapatan penduduk makin meningkat, tentunya kenderaan di jalan raya juga bertambah tambah dari tahun ke tahun. Contohnya kat Felda ni jee lah, hampir ke semua peneroka nya memiliki kereta, bah kan ada yang 2 atau 3 buah kereta se isi rumah.
Aku pun keluar juga petang tadi, hantar anak balik Asrama, Masa pergi hari hujan pulak tu, ada tempat tertentu hujan lebat, sampai kabur pandangan mata, tak dapatlah nak pandu laju. Walau bagaimana pun aku tetap juga bersyukur, ada jugak kereta sendiri walau pun saisnya kecil sahaja. Sekurang kurangnya tak lah basah kuyup ketika memandu. Tidak seperti dulu.............kalau bermotosikal jee tentunya basah kuyup. Syukur Alhamdulllah...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan