Pagi tadi aku dan isteri ke SMKLB, kerana sekolah itu mengadakan hari terbuka untuk mengambil dan menandatangan keputusan pepereksaan pertengahatan tahun anak anak. Agak dukacita bagi aku kerana keputusan anak aku di katagorikan GAGAL. Kata cikgu nya, sekiranya 8 mata pelajaran yang di ambil itu ada yang gagal walau pun 1 mata pelajaran, maka keputusan nya di kira GAGAL.
Ini yang dukacitanya, anak ku yang duduk di asrama tu keputusannya BI dan MT markahnya tak sampai 40%, itu di kira E, jadi gagal lah keputusannya. Aku merasa amat kecewa, dulu masa bersekolah di sini SMKSHK, keputusan pepereksaannya memang agak teruk, banyak yang gagal. Tapi pada awal masuk asrama keputusan terus meningkat, aku merasa agak seronok dan bangga lah. Tapi kini kembali merundum.
Ya ALLAH, aku memohon ke hadrat mu ya ALLAH, terangkan hati anak ku itu, agar dapat menerima pelajaran dengan sebaiknya, dapat memaham apa yang di ajar cikgunya. Aku sangat sangat berharap ya Allah semuga anak ku akan menjadi manusia yang berilmu, beramal, bertakwa dan berguna terhadap agama, bangsa dan negara. Amin...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan