Setiap tahun di adakan mesyuarat agung koperasi, pastinya kehadiran ahlinya cukup ramai, biasanya lebih 90% ahlinya akan datang. Kenapa?............. Sebabnya setiap kehadiran akan di bayar elaun kehadiran sebanyak RM50.00 setiap ahli. Bukannya lama pun, bermula jam 2.30ptg, dan biasanya habis jam 6.00 atau 6.30ptg. Di tambah pula dengan banyaknya hemper cabutan bertuah, tak kurang 50 hamper akan di bagi bagikan kepada mereka yang mendapat no bertuah. Tu yang seronok sangat tu.
Tahun ini pula Dividen yang di berikan oleh Koperasi sebanyak 15%. Jadi bermakna kalau seseorang ahli tu ada saham bernilai RM1000.00, dia akan mendapat dividen sebanyak RM150.00. Campur elaun kedatangan RM50.00, jumlahnya RM200.00. Itu di kira sudah cukup lumayan.
Tahun ini mesuarat agung di resmikan oleh Ahli Parlimen Jempol, Dato' Lillah Yasin, tentunya lebih meriah lagi dengan kehadiran beliau. Dan beliau juga memberikan peruntukkan RM5000.00 untuk memasang Ekon di pejabat Koperasi. Selepas tu nanti sejuk lah selalu pada ahli ahli lembaga Koperasi yang bertugas di situ. Bagitu juga dengan sesiapa ahli atau sesiapa juga yang berurusan dengan koperasi akan mendapat kenikmatannya.
Nampaknya tahun demi tahun koperasi ini, bertambah dari segi keuntungannya. Alhamdulillah........... mudah mudahan ianya akan terus maju. Tahun ini mesyuarat pun di adakan di Dewan F'Best Homestay. Satu dewan besar yang di lengkapi ekon. Yang lepas lepas di adakan di balai raya sahaja, bersebelahan pejabat Koperasi, tahun ini nampaknya sudah ada perubahan. Ye lah koperasi pun dah makin maju dan makin meningkat. Mudah mudahan ianya akan terus berkembang maju, terus memperluaskan usaha perniagaan dan perkhidmatannya. Agar mendapat keuntungan dan pulangan yang lebih memuaskan di masa masa akan datang. Amin..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan