Rabu, 29 Jun 2011

Mengecat semula tembok pagar.

     Hemmmmmmmmmmm  barulah nampak berseri seri. Sebelum ni nampak kusam jee, cat lama dah luntur, dah berkulat. Setelah di sapu cat baru, barulah nampak meriahnya. Ada orang yang lalu menegur, Hai nak sambut Raya Ke?. Aku gelak jee. Bukannya kira nak raya jee, kalau dah lama tak di cat semula, patut pun di cat semula. Barulah nampak ceria nya.
      Dari semalam lagi aku dan isteriku mengecat, tu pun tak siap lagi, esoklah sambung mengecat bahagian pintu. Kebanyakan orang pintu pagar di buat dari besi, tapi pintu pagar aku di buat dari kayu, agak pelik kan?. Tapi itulah kenyataan, Aku buat sendiri jee pintu tu dari bekas papan lantai rumah Felda, Hanya aku belikan sebatang besi gelongsor dibawahnya dan 2 buah roda besi. Canggih tu, nak bukak atau tutup tolak jee ke tepi. Ok esok aku sambung lagi, bubuh gambar sekali.

Selasa, 28 Jun 2011

Hari terbuka SMKLB.

     Pagi tadi aku dan isteri ke SMKLB, kerana sekolah itu mengadakan hari terbuka untuk mengambil dan menandatangan keputusan pepereksaan pertengahatan tahun anak anak. Agak dukacita bagi aku kerana keputusan anak aku di katagorikan GAGAL. Kata cikgu nya, sekiranya 8 mata pelajaran yang di ambil itu ada yang gagal walau pun 1 mata pelajaran, maka keputusan nya di kira GAGAL.
     Ini yang dukacitanya, anak ku yang duduk di asrama tu keputusannya BI dan MT markahnya tak sampai 40%, itu di kira E, jadi gagal lah keputusannya. Aku merasa amat kecewa, dulu masa bersekolah di sini SMKSHK, keputusan pepereksaannya memang agak teruk, banyak yang gagal. Tapi pada awal masuk asrama keputusan terus meningkat, aku  merasa agak seronok dan bangga lah. Tapi kini kembali merundum.
     Ya  ALLAH, aku memohon ke hadrat mu ya ALLAH, terangkan hati anak ku itu, agar dapat menerima pelajaran dengan sebaiknya, dapat memaham apa yang di ajar cikgunya. Aku sangat sangat berharap ya Allah semuga anak ku akan menjadi manusia yang berilmu, beramal, bertakwa dan berguna terhadap agama, bangsa dan negara. Amin...............

Ahad, 26 Jun 2011

Durian ku berbuah lagi

      Alhamdulillah................ kalau ada rezeki dapatlah lagi makan durian sendiri tahun ini. Dari 4 pokok yang ada cuma 2 yg berbuah. Yang dekat rumah, nampaknya cuma 2 butir jee nampak buahnya. Tapi yg kat belakang paya tu, boleh tahan, hampir lah 100 buah agaknya sepokok. Puas makan tu kalau ada rezeki, al maklum lah, tupai banyak, kera pun banyak..... siapa dulu lah nanti.
       Hampir sepagi tadi aku menebas jalan dan sekitar pokok durian kat belakang paya tu. Al maklum lah dah lama tak ke belakang paya. Lagi pun jiran sebelah tu buat kolam ikan, tapi dah terbiar berbulan bulan lamanya, batasnya di tumbuhi semak samun, sampaikan dah setinggi dada, letih menebasnya. Alhamdulillah.... dan terang pun jalan. Lepas ni kena lah selalu ke belakang paya............. manalah tau... durian dah mula gugur..

Sabtu, 25 Jun 2011

Penerangan untuk Tanam semula

CATATAN PADA 21 JUN 2001 (Ketinggalan)
      Di Balai raya petang tadi berkumpul lah sebahagian besar peneroka untuk mendengan taklimat atau penerangan mengenai proses tanam semula oleh Felda. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, cuma ada beberapa peneroka yang mengemukakan soalan soalan yang agak panas, namun semuanya dapat di jawap dengan cara baik oleh pengurus pengurua yang bertindak sebagai penceramah.
      Bagi aku lah, tak de apa apa masyalah pun sekiranya Felda yang menguruskan kebun untuk tanam semula. Lagi senang, tak dee susah payahnya, serah jee kat Felda. Sara hidup dapat tidak kurang rm1000.00 setiap bulan. Dah tiga tahun kalau belum keluar hasil pun masih ada pendapatan ia itu pendahuluan pendapatan Felda. Apa susahnya. Kalau nak buat sendiri semua kena modal sendiri, mana nak cari modal RM40,000 atau 50.000. Hei tak payah lah. Bagi jee lah kat Felda. Hutang ngan Felda bukannya perlu bayar duit kocek sendiri pon. Pokok sawit tu lah nanti yang bayar bila dah keluar hasil.

Tukar Baju Baru

     Dah hampir 17 tahun rupanya dia telah berkhidmat dengan kita. Tak pernah dia buat ragam. Ragam kecik kecik tu biasa lah, tak de masalah pun, ganti jee spepart OK lah dia. Ni dah hampir 17 tahun dia memakai baju kulit yang sama, dah retak di sana sini, dah berlobang, dah buruk, dah pudar dan dah calar balar di sana sini. Kesian jugak.
      Dari petang semalam, sambung pulak pagi tadi, aku tukarkan dia dengn baju baru. Dulu baju warna biru, kini tukar warna hitam pulak, Dah siap pakaikan....... Huiiiiiiiiiiiiii Cantik juga. Macam baru beli laa......
       Ehh Ehh....apa yang  baru beli tu............... MOTOSIKAL lah. Bukan nya beli baru............. cuma ganti bodySet saja yang baru.... pasang pulak sendiri jee.

Khamis, 23 Jun 2011

Forum Perdana Hal Ehwal Aqidah

       Alhamdulillah ...........Malam ini tadi baru berlangsung satu Ceramah Forum mengenai Aqidah Islam di masjid SHK. Bermula selepas solat magrib. Selesai Majlis Forum barulah solat Isyak dan jamuan makan di sediakan sebelum balik. Alhamdulillah agak ramai juga yang hadir, Yee lah bukannya selalu ada majlis majlis besar sebegini di adakan di sini. Di tambah pula dengan adanya jamuan makan yang di sediakan, pastinya ramai yang akan datang. Semuga Allah membukakan hati pada mereka mereka yang masih kelam atau samar samar atau tak nampak langsung itu untuk menghadiri majlis majlis sebegini di masa masa akan datang. Amin................................

Isnin, 20 Jun 2011

Pergi Klinik

      Setiap 3 bulan sekali lah aku kena datang ke klinik untuk cek kesihatan dan mengambil ubat TDT. Alhamdulillah, macam biasa saja, Tekanan darah normal 110/70. Kencing manis, OK 4.2 saja normal lah tu. Paru paru, jantung semua OK. Cuma satu masalahnya Berat badan bertambah, naik sekilo lagi.  Hai entah lah, nak kata makan tak banyak.......... biasa jee. Malam selalu tak makan nasi, kadang kadang jee makan.
      Agaknya tak pernah bersenam, yee lah tu. Doktor suruh bersenam atau jogging, aku menyengih jee. Insyaalah lah........ akan aku cuba buat senaman kat rumah dulu. Pasang DVD lelagu rancak sikit, atau lagu Poco Poco....... haaa boleh lah bersenam dengan bini sekali. Insyaalah.......

Ahad, 19 Jun 2011

Sfq Mendaki Gunung Angsi.

19 Jun 2011. 
  Semalam lagi rombongan SMKLB bertolak ke Ulu Bendul termasuklah anak aku Sfq. Semalam bermula mendaki gunung Angsi Ulu di Bendul dan bermalam di khemah di puncak gunung tersebut. Pagi tadi baru beransur turun. Sepatutnya petang tadi dah selamat sampai balik ke sekolah.
     Pukul 5.00ptg tadi Sfq antar mesej mengatakan mereka semua masih berada di Ulu Bendul. Tak tau lah apa sebabnya mereka tak dapat Balik segera. Cadang cadang ayah dan ibunya nak ke Sekolahnya, tapi tak jadilah. Sebab mereka munkin akan sampai balik pada waktu malam. Sfq pun dah antar mesej mengatakan ibu ayah tak payah lah datang. Esok jee katanya. Nampaknya esok jee lah ayah ibunya baru datang menjenguk nak bagi duit belanja dll. Apa apa pun ayah dan ibu doakan semuga semuanya selamat sampai balik dan tidak ada berlaku apa apa perkara yang tidak di ingini.


Sabtu, 18 Jun 2011

SELAMAT HARI BAPA

     Dah lebih setengah abad umur ku baru dengar perkataan Hari Bapa ni, munkin sebelum ni dah ada, tapi aku tak perasan. atau tak kisah dengan nya. Lagi pun ta dee siapa pun sebelum ni nak ucapkan selamat hari bapa pada aku. Jadi aku pun tak kisah. Jangan kan hari Bapa, hari lahir sendiri pun selalu tak ingat. Sejak kebelakangan ni sajalah ada anak anak yang memperingatinya. Alhamdulillah. Sungguh pun begitu tak de lah aku buat apa apa sambutan pun, tak de lah nak potong kek kee, nak buat jamuan kee...... tak dee semua tu.
      Walau bagaimana pun aku tetap selalu bersyukur di atas nikmat panjang usia dan di permurahkan rezeki yang Allah berikan selama hidup ini. Sempena hari bapa ini juga tidak lupa aku ucapkan SELAMAT HARI BAPA, pada semua insan insan yang bergelar bapa, semuga tanggung jawap mu menjaga, mendidik, melindungi dan memberi nafkah kepada anak anak, isteri dan keluarga terus berkekalan dan di redai Allah swt.

Khamis, 16 Jun 2011

Giliran Yasin Blok 04 di surau.

     Serting Hilir 04 bukannya ramai penduduknya. Cuma ada 9  blok. Tiap tiap minggu bergilir mengadakan majlis bacaan Yasin atau Tahlil di surau. Malam ni dah giliran blok 04 semula, rasa baru jee buat yang lepas. Terasa begitu pantas masa berlalu. Yee lah, bukannnya banyak blok pun, lebih kurang 2 bulan sekalilah ambil giliran.
     Tentang menu pula, cukup simple. Nasi putih lauk gulai telor itik + bacang, ikan caru goreng, sambal terung, celur pucuk ubi dan sambal belacan. Tu pun dah cukup selera makan. Cuma kehadiran ahlinya saja yg biasanya kurang memuaskan. Yang biasa biasa datang tu lah orang nya. Kebetulan pula petang ni GAJI felda keluar, masing masing ribu ribu pendapatannya, munkin juga mereka lebih suka makan kat luar, atau malas nak keluar rumah, takut rumah di masuk orang pulak nanti. Apa apa pun tu andaian karut jee.......
      Dalam pada tu sama sama lah kita berdoa agar terbuka pintu pintu hati mereka yang biasa leka dengan hal duniawi tu, untuk kembali ke jalan yang di redai ALLAH. Amin............

Rabu, 15 Jun 2011

Printer pulak buat hal

     Dah lama juga aku tak buat document untuk di print. Malam ni aku buatlah sekeping surat kepada ARB, beritahu mengenai pindaan wasiat Terakhir. Tak de pindaan pun, tu pasal lah kena bagitau juga. Setelah siap aku taip, aku print lah. Malangnya setelah separuh kertasnya masuk, lalu tersangkut. tak boleh nak teruskan print. aku pun berusaha lah mengeluarkannya. Setelah aku buka rupanya sudah banyak semut bersarang di dalam nya. Mati akal aku sekejap..... Lalu aku ambil spray dan semburkan ke dalam printer. kemudian aku bersihkan setakat mana yang boleh.
      Aku cuba lagi printer........ pun tak boleh juga, bersihkn lagi. dan buat beberapa kali test printer serta gunakan perisian pencucinya, cuba lagi.............pun tak boleh juga. Dah letih rasanya, rasa esok nak antar jee ke kedai komputer untuk print. Aku pun buat salinan di pen drive. Aku tak putus asa aku cuba lagi dan cuba lagi sampai aku restat komputer beberapa kali. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. dapat lah aku printer surat berkenaan. Tak jadilah antar ke kedai esok, tinggal nak poskan saja esok. Nasib baik printer tu tak rosak.............. Alhamdulillah............

Isnin, 13 Jun 2011

Kenduri Doa Selamat

     Malam ni aku baru balik dari rumah seorang Ahli Blok yang membuat kenduri Doa Selamat dan tahlil umum di rumah beliau. Doa selamat memohon agar Isteri beliau akan selamat menjalani pembedahan memasang semula sebahagian tempurung kepala nya yang di buka beberapa bulan lalu, akibat sakit yang mencengkam bahagian kepala otak beliau. Ngeri rasa mendengarnya. Apakan daya kita, hanya doktor doktor pakar saja yang mampu melakukannya. Bagi aku hanya mampu mendoakan agar beliau selamat menjalaninya, Selamat dari awal sehingga selesai dan dapat hidup sihat seperti sedia kala. Amin................
     Cerita pasal kenduri nya tadi, beliau tidak menjemput kaum perempuan untuk membuat persiapan kenduri, semuanya di lakukan oleh keluarga beliau sahaja. Tak kisah pun ..........sikit pun kami tak kecil hati. Lagi pun beliau tu memang pakar dalam bidang masak memasak kenduri. Memang sedap sungguh masakan beliau, Nasi minyak dengan Kurma beriani daging, kari ayam dan acar timun/nenas. memang sungguh sedap makan........... tak sedar bertambah juga makan kerana lazak nya. Sewaktu nak balik di bekalkan pula Nasi serta lauk sekucupnya untuk hidangan orang rumah masing masing.Terima kasih lah banyak2 wahai saudara ku.......... Semuga bertambah berkat lagi kehidupan saudara sekeluarga
     

Ahad, 12 Jun 2011

Cuti Sekolah dah Habis

     Petang tadi banyak kenderaan di jalan raya. Maklum lah cuti sekolah dah berakhir hari ni. Munkin ada yang menghantar anak anak balik ke Asrama, munkin juga nak balik ke tempat kerja, munkin ada yang nak balik kampung atau munkin juga ada hal-hal yang perlu di uruskan di luar sana. Biasa laa tu. Negara makin maju, pendapatan penduduk makin meningkat, tentunya kenderaan di jalan raya juga bertambah tambah dari tahun ke tahun. Contohnya kat Felda ni jee lah, hampir ke semua peneroka nya memiliki kereta, bah kan ada yang 2 atau 3 buah kereta se isi rumah.
      Aku pun keluar juga petang tadi, hantar anak balik Asrama, Masa pergi hari hujan pulak tu, ada tempat tertentu hujan lebat, sampai kabur pandangan mata, tak dapatlah nak pandu laju. Walau bagaimana pun aku tetap juga bersyukur, ada jugak kereta sendiri walau pun saisnya kecil sahaja. Sekurang kurangnya tak lah basah kuyup ketika memandu. Tidak seperti dulu.............kalau bermotosikal jee tentunya basah kuyup. Syukur Alhamdulllah...............

Sabtu, 11 Jun 2011

Jemputan kenduri Kawen

     Hari ini ada lagi majlis kenduri kahwin di blok 01, SH 04. Oleh sebab aku dapat kad saja yang di hantar ke peti surat, jadi aku datang jemputan waktu makan tengahari sajalah. Sebaik sampai aku terus jee, senduk nasi dan lauk sekali. Kena pulak hari ni ada gulai kari kambing, fuh... berubah lah selera sikit, selalunya kenduri kawen ni orang buat masak lempap lembu dan ayam pencen jee. Hari ni lain ada kari kambing. Aku dah tak ambik lauk lain, ada rendang ayam, tapi tengok pun rasa tak selera nak mengambilnya. Cukuplah lauk kari kambing dan sedikit kuah dalca, kena dengan nasi minyak...ok laa tu. Tapi bila dah makan. tak berapa juga selera nya.................. entahlah kenapa.
      Kebetulan juga Pengantin sedang bersanding, dapat lah melihat kedua mempelai. Memang cantik, memang lawa, bagai heroin hindustan. Apa tak nya emak dan bapaknya memang keturunan india. Apa apa pun aku ucapkan selamat berbahagia, semuga panjang jodoh, di kurniakan anak anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa nya. Amin.....................

Jumaat, 10 Jun 2011

Hari Lahir ku ke 51

     Pertamanya aku banyak banyak mengucap syukur ke hadrat ALLAH swt yang telah memanjangkan lagi umur ku sehingga kini. Bersyukur juga di atas segala kenikmatan kesihatan, kebahagiaan, kesejahteraan, keamanan, kesenangan serta kemurahan rezeki yang ALLAH berikan. Sesungguhnya aku mengucap Tiada Tuhan lain yang ku sembah melainkan ALLAH, dan Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH. Semuga ALLAH mengampuni segala dosa dosa ku dan mengulungkan aku ke dalam orang orang yang beriman. Taat segala perintah NYA dan menjauhi segala apa yang di larang NYA. Amin......................................
     

Khamis, 9 Jun 2011

Guna Broadband MAXIS

     Semalam topop DIGI aku dah habis tempoh. Jadi hari ni aku guna lah Broadband MAXIS yang Ucu bagi tu. Boleh lah juga pakai, cuma dia slow sikit, lambat nak bukak sesuatu laman, kena sabar lah banyak banyak. Kalau tak de sifat sabar.............. memang tak boleh guna benda ni, membosankan.
      Aku cubalah download satu lagu MP3, nak tau ...... sampai 1 1/2 jam baru dapat 1 lagu. Tu nasib baik tak terputus talian. Kali kedua aku turunkan lagu, dah hampir 1 jam, baru 60% turun, tetiba terputus pulak talian. Alamak.............!!!, penat jee tunggu, tak dapat nak teruskan, kenalah ulang semula dari awal. Tak kah ini amat membosankan dan amat mengecewakan.
       Tak seperti Broadband DIGi Prepaid yang aku guna sebelum ini, tak pernah putus di tengah jalan. Ada masa talian lancar, download lagu cuma mengambil masa 10 ke 15 minit sahaja. Tapi ada juga kalanya talian slow............... masa tu kekadang hampir 1 jam juga baru dapat 1 lagu. Tengok lah dulu talian, kalau waktu laju boleh lah turun lagu banyak2.
       Aku cadangkan pada Ucu, potong jee la perkhidmatan MAXIS tu sehabis bulan ni. Tak payahlah bayar lagi RM48.00 tiap tiap bulan. Aku pun malas nak menggunakan nya. Cukuplah sekadar aku gunakan Digi Prepaip aku ini, kalau nak online baru topop......... kalau tak nak simpan jee, tak perlu bayar apa apa.

Isnin, 6 Jun 2011

Mesyuarat Agung KOPERASI

     Setiap tahun di adakan mesyuarat agung koperasi, pastinya kehadiran ahlinya cukup ramai, biasanya lebih 90% ahlinya akan datang. Kenapa?............. Sebabnya setiap kehadiran akan di bayar elaun kehadiran sebanyak RM50.00 setiap ahli. Bukannya lama pun, bermula jam 2.30ptg, dan biasanya habis jam 6.00 atau 6.30ptg. Di tambah pula dengan banyaknya hemper cabutan bertuah, tak kurang 50 hamper akan di bagi bagikan kepada mereka yang mendapat no bertuah. Tu yang seronok sangat tu.
      Tahun ini pula Dividen yang di berikan oleh Koperasi sebanyak 15%. Jadi bermakna kalau seseorang ahli tu ada saham bernilai RM1000.00, dia akan mendapat dividen sebanyak RM150.00. Campur elaun kedatangan RM50.00, jumlahnya RM200.00. Itu di kira sudah cukup lumayan.
      Tahun ini mesuarat agung di resmikan oleh Ahli Parlimen Jempol, Dato' Lillah Yasin, tentunya lebih meriah lagi dengan kehadiran beliau. Dan beliau juga memberikan peruntukkan RM5000.00 untuk memasang Ekon di pejabat Koperasi. Selepas tu nanti sejuk lah selalu pada ahli ahli lembaga Koperasi yang bertugas di situ. Bagitu juga dengan sesiapa ahli atau sesiapa juga yang berurusan dengan koperasi akan mendapat kenikmatannya.
       Nampaknya tahun demi tahun koperasi ini, bertambah dari segi keuntungannya. Alhamdulillah........... mudah mudahan ianya akan terus maju. Tahun ini mesyuarat pun di adakan di Dewan F'Best Homestay. Satu dewan besar yang di lengkapi ekon. Yang lepas lepas di adakan di balai raya sahaja, bersebelahan pejabat Koperasi, tahun ini nampaknya sudah ada perubahan. Ye lah koperasi pun dah makin maju dan makin meningkat. Mudah mudahan ianya akan terus berkembang maju, terus memperluaskan usaha perniagaan dan perkhidmatannya. Agar mendapat keuntungan dan pulangan yang lebih memuaskan di masa masa akan datang. Amin..............

Ahad, 5 Jun 2011

Nana nak beralih kerja

     Hari ini dah kembali tinggal berdua, Sfq dah ikut akak nya nak duduk di kapar 4  atau 5 hari. semasa cuti sekolah ni. Nana pula nak kerja kat Bangi pula ikut akak sepupunya kerja di TASKA. Tak pee lah, elok lah tu nak cuba hidup berdikari. Nana tadi cuma tumpang akaknya sampai Bahau jee, pas tu dia naik bas sendiri ke Seremban dan naik komuter ke Bangi, sepupunya ada tunggu di sana, Alhamdulillah, dia telefon petang tadi dah selamat sampai ke tempat yang di tuju. Katanya esok stat lah kerja. Entah lah, tahan atau tidak.... tak tau lagi, biarlah dia mencubanya dulu. Mudah mudahan selamat saja semuanya.

Sabtu, 4 Jun 2011

Kenduri Kahwin

     Dari petang semalam lagi sudah bermula rewang kenduri kahwin anak perempuan seorang jiran di blok 06. Awal pagi tadi pula, sembelih pula se ekor lembu, siap cicang dan masak se jenis jee............. masak lempap. Masakan kegemaran orang negeri sembilan. Lagi pun masak lempat ni senang kerja nya, main lebur jee............ dah masak sodap yo makan nyo.
      Sekarang ni memang musin orang buat kerja kenduri kahwin, hari ini jee kawasan sini ada 3 tempat. Belum lagi kat lain lain tempat. sebenarnya ada juga kenduri kahwin anak jiran kat kampung, malas pulak nak balik, padahal bukannya jauh sangat pun, 45 mnit sampai lah, tapi kalau dah malas tu.. apa nak buat kan?. OK lah apa apa pun aku ucaapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, pada sesiapa yang melangsungkan hari perkahwinannya hari ini. Semuga berkekalan sepanjang hayat.

Jumaat, 3 Jun 2011

Amy nak duit belanja

      Biasa lah tu........... kalaau poket dah kosong, antar lah mesej kat ibunya, pesan ngan ayah kata nya, Tak ada dia nak antar terus mesej kat HP ayah nya, tak tau kenapa, segan agaknya, baik juga ayahnya tak kisah cam nee dia nak minta duit, Alhamdulillah setakat ni ada jee rezeki untuk dia, ada jee duit ketika dia mintak.
       seawal jam 7.00 pg lagi tadi aku dah keluar sekali antar Sfq tuisen, kemudian terus ke Bahau, minum kejap, pas tu balik lah. tak dee nak tunggu atau melepak lama lama.
       Petang tadi pula mulakan rewang kenduri kahwin kat rumah jiran blok 06, kalau dah ramai orang nya, mana ada kerja sangat. Jadi awal lah aku balik. Kul 6.00 ptg anak cucu aku pula sampai, cuti 2 hari, bukan main gembira lagi hati neneknya, dah lama tak jumpa cucunya. Alhamdulillah................

Rabu, 1 Jun 2011

Puteh dah beranak

     Sejak petang tadi gelisah jee puteh ke sana kemari, mengiau ngiau, tak tentu arah, kejap kejap menyelongkar laci dan sudut tertentu. Bini aku syak lah ni mesti nak beranak ni. bini aku pun kurunglah kat bilik air, taruhkan 1 kotak beralaskan kain. mula mula tu bising juga, lama lama senyap, bini aku pun intailah, dah sah lah tu, putih dah beranak, sebab dia sedang menjilat jilat sesuatu di dalam kotak yang di sedikaan itu.
      Lepas magrib tadi tengok lagi, dah sah ada 3 ekor anak kucing yang masih basah baru lahir. Alhamdulillah................. mudah mudahan puteh dan anak2 nya terus selamat hidup.

Bapak dah lari...............

     Tak sampai 24 jam duduk di sini, bapak dah melarikan diri. Apa sebabnya tak tau, yang selalu keluar dari mulutnya hanyalah risau..risau......... tak sedap hati. entah apa yang di risaukan tak tau lah sebenarnya. Kisahnya bermula pagi tadi, pagi2 lagi bapak dah mula keluar rumah katanya nak jalan jalan, makan angin, pas tu balik. kemudian bini aku bawak ke klinik depan cek kesihatannya, OK jer tak de darah tinggi, tak ada kencing manis, cukup normal, tapi katanya kepala rasa pusing.... ntah kenapa agaknya, munkin banyak sangat fikir yang bukaan bukan jee tu.
      Ketika bini aku leka kat dapur, ada panggilan telefon dari jiran kat depan tu mengatakan ada nampak bapak kat jalan sana, laju jer berjalan, kejap2 toleh ke belakang, ada jiran tu cuba pujuk nak bawa balik, orang tua tu tak mahu. apaa lagi suruh lah Sfq pegi cari atoknya ............... tak jumpa pulak, sekali lagi panggilan telefon mengatakan bapak dah kat jalan besar sana, pergi lagi tengok, tapi dah tak ada......
      Bini aku pun telefon anak buahnya, suruh tengok kat bas stand Bahau, memang yee, bapak baru turun dari bas, di tanya nak kemana, katanaya nak balik kampung. anak buah tu pujuklah naik keretanya, mulanya tak mau jugak, lama2 mau juga katakan nak antarkan balik kampung. Tapi sebenarnya anak buah aku tu bukan nak antar ke kampong, tapi antar balik kerumah Ateh di rompin. apa lagi marah sangatlah orang tua, tapi nak buat macam mana, kereta laju tak kan nak turun melompat........
       Sampai jee kat Rompin.... terus kena marah oleh Ateh. .............. kenapa melarikan diri....... kenapa nak balik kampung yang dah tak de apa apa tu........... Payah betul orang tua ni. Menyusahkan anak anak jer, orang nak menyenangkan kehidupaannya, api kepayahan dan kesusahan jua yang di kehendakinya. Hai entahlah............. berdoa sajalah pada ALLAH semuga di bukakan pintu hatinya untuk menerima kata kata baik dari anak anak nya........ amin