Isnin, 2 April 2012

Shafiq ke Karnival Belia Felda di Dataran Merdeka KL.



    Jam 12.00 tengah malam 31 Mac, 2 buah bas mula bergerak dari perkarangan Masjid SHK ke KL. Ini bererti lebih kurang 80 orang yang pergi dari Felda gugusan SHK ini. Program ini melibatkan seluruh Felda yang ada di Malaysia ini, berkumpul di Dataran Merdeka untuk membuat satu rekod dalam Book of Malaysia. Dengar ceritanya lebih 20 ribu yang hadir pada majlis tersebut. Bebudak memanglah seronok dapat pergi macam tu, inikan pulak percuma, di bagi lagi elaun makan rm15.00 seorang. Program itu berlangsungnya hari ini lah 1 April, jam 7.30pg semua sudah berkumpul di situ, tu lah sebabnya mereka kena pergi dari jam 12 tengah malam lagi. Ada siaran langsung kat TV satu pagi tadi, sayang tak dapat tengok sebab pergi rewang kat kenduri jiran 1 blok. Alhamdulillah, magrib tadi dah selamat semuanya sampai balik. Selesai saja solat aku terus menjemput Sfq di masjid untuk balik ke rumah.
     Jam 8.30 mlm ni pula Amy menalifon mengajak ibunya dan Sfq pula ke Bahau. Padahal dia belum sampai lagi kerumah setelah dari pagi semalam meminjam kereta, alasannya nak pergi kerja kesorangan semalam. Tak nak pulak dia cari kereta sewa, tahan balik jauh2 semata2 nak pinjam kereta. Malam ni Yang aku peliknya tak penat ke bini aku tu nak pulak ke Bahau dah jauh malam, padahal dah seharian penat rewang kat kenduri. Begitu juga Sfq, tak penat ke, dah berharian berjalan jauh ke KL, nak pulak lagi ikut. Pelik memang pelik. Tapi aku bagi juga amaran pada diaorang tu.....jangan sampai keterlaluan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan