Jumaat, 2 Mac 2012

Tebang pokok kelapa.



    Sudah lama aku bercadang nak tebang saja kelapa yang ada kat depan di Taman Pesona tu. Maka hari ni sampailah masanya. Anak dan menantu aku tolong sama, seronoklah sikit buat kerja ramai ramai. Pokok kelapa tu dah tua juga, hampir 24 tahun. Tapi tak lah tinggi sangat, Cuma pucuknya mencecah kabel letrek di atasnya. Kelapa tu jenis rendah, lagi pun hidup di tanah tinggi, tempat yang kurang air, maka pembesaran nya juga terbantut. Buahnya pun kecil kecil sahaja. Jarang sangat di ambil untuk kegunaan harian. Jadi elok sangatlah di tebang saja. Benihnya pun aku dah tanam semula 5 pokok di tanah ban belakang paya. Mintak2 hiduplah sebagai ganti.
     Hari ini puaslah makan kelapa muda. Kelapa yang sedang di buat inti pun ada. Umbutnya juga di ambil untuk di masak tengahari ini. Sedap, manis rasanya, lagi pun dah lama tak makan umbut kelapa. Tu yang buat terasa sangat sedapnya. Alhamdulillah, ramai yang buat tak lah letih sangat, siap kemas semua sampahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan