Malam ini sekali lagi giliran
bacaan yasin di surau SH04 di sediakan oleh blok 4. Perkara ini sebenarnya
sudah begitu lama di adakan di surau ini, yang mana tiap tiap minggu akan
bergilir mengadakan bacaan yasin atau pun tahlil. Di SH 04 ini ada 9 blok. Ini
bermakna setiap hampir setiap dua bulan sekali akan sampailah giliran blok itu
semula. Alhamdulillah ianya masih berjalan lancar. Bila tiba giliran blok itu,
maka blok tersebutlah yang akan menyediakan menu untuk jamuan selepas habis
majlis. Tak kiralah nak masak apa pun, terserah pada kemahuan atau kemampuan
blok itu sendiri.
Giliran blok 4 malam ini,
menunya rengkas sahaja. Nasi putih berlauk rendang betik campur ayam. Kononnya
nak buat gulai itek, tapi tak jadi, sebab itik terlalu mahal, lagi pun sukar
nak mendapatkannya. Jadi cukupkan lauk yang biasa biasa sahaja. Cuma agak
sedikit dukacita tentang kehadiran sahaja. Ada ahli blok yang langsung tak nak
datang, baik lelaki mau pun perempuannya. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu.
Dah macam tak nak bercampur dengan orang langsung pulak. Kalau bagitu,
macammana kalau dia nak buat kenduri nanti di rumahnya?. Duduk di Felda ni
kenalah rajin bercampur masyarakat, jangan duk mementingkan diri sendiri
sahaja, sibuk dengan kerja dia sendiri sahaja, sampai tak pedulikan jiran2. tak
baik begitu. Entahlah aku pun tak berapa faham dalam hal2 ini. Pada aku lantak
dialah, sendiri mau ingat sajalah. Tentang kehadiran orang ramai pun begitu
juga, yang mana dah biasa2 datang itulah orang nya. Nak kira peratus tak sampai
10 peratus agaknya. Nak buat macamana, kalau hatinya tak terbuka, duduk sebelah
atau hampir sangat dengan surau pun, tak nak datang. Apa apa pun aku mengharap
dan mendoakan semuga terbuka pintu hati mereka2 ini nanti. Kita hidup di dunia
ini hanya semantara, akhirat jua yang kita tuju. Sama2lah kita memperbanyakkan
amal ibadah kita semua. Amin ya rabbal alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan