Sejak bulan puasa tahun lalu
kereta tu tak pernah lagi jalan keluar. Dan tak pernah stat pun, entah kan
hidup atau tidak belum teragak nak cuba. Kereta tu dah jadi macam stor saja,
tempat simpanan perkakas kerja wayering aku. Di sebabkan dah tak ada kerja,
maka terbiar begitu saja. Mana semut tak bersarang di dalamnya. Pagi ini aku
keluarkan semua barang dan perkakas yang tersimpan di bonet mau pun di dalam
kereta. Simpan semua barang dan perkakas tersebut di dalam stor belakang rumah
sahaja. Dah kosong kereta tu, Cuma abuk2 dan sampah2 kecil saja lagi yang
tinggal. Nanti2 lah aku akan kemaskan lagi. Hari ni rasa letih pulak, tak tau
kenapa, rasa macam tak ada tenaga langsung pulak nak buat kerja, sampai rasa
menggigil kaki dan tangan. Jadi aku rehat sajalah dulu sambil menaip cerita
hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan