Sabtu 17 Mac 2012. Balik dari
rumah pengantin di Seremban singgahlah di Bahau. Hajat nak belikan Shafiq
sebuah gitar Kapok. Masuklah ke kedai Aneka Bahau, tengok harganya, semua
paling kurang rm98.00. cuba mintak kurang, katanya dah offer, tak boleh lagi
kurang. Tak beli dulu, masuk pula Pasaraya Billion, cuba tengok2 dan cari
sampai ke tingkat atas, tak ada pulak berjual gitar. Jadi keluar sajalah dari
Billion. Bagi saja RM100.00 pada Sfafiq dan suruh sahaja dia beli sendiri di
kedai Aneka tu. Sebenarnya aku malas nak tolong pilih2 takut pula tak berkenan
di hati dia. Jadi biarlah dia sendiri yang pilih, biar puas hati dia.
Alhamdulillah di belinya sudah, ke perhati betul2 sebiji macam rupa gitar yang
pernah aku beli dan miliki semasa zaman bujang aku kelmarin. Agaknya tu lah,,,
sikit sikit ada juga ikut ayahnya. Kemana lagi kuah kalau tak tumpahkan ke
nasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan