Dah lebih 3 bulan moto ini tak
bergerak, terletak saja di bawah garaj tu. Cam ne nak gerak, stat tak hidup,
minyak selalu meleleh kat kok, selalu terbuang gitu saja. Tayar pula tak de
angin. Lagi pun moto lain ada dua lagi, jadi yang itu macam tak penting sangat,
kemana je nak membawa nya pon. Sebelum ni pun perjalanannya amat sedikit,
sekitar 30km sahaja sebulan, isi minyak tak pernah lebih rm5.00 dah cukup untuk
sebulan. Kemana nak pergi guna moto tu, ke kebun tak lagi, kerja luar pun tak
lagi, nak kekedai pun jarang2. gitulah kalau dah ada kenderaan lain. Petang ini
aku bawa ke kedai Aru. Aru servis sahaja, dah OK balik. Senang jugalah kot dah
ada 3 moto yang elok elok. Lagi pun moto tu ada lampu, boleh keluar malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan