Jumaat, 30 Mac 2012

Pasang siling di stor Blok 04.



    Jumaat, 30 Mac 2012, dari semalam lagi aku dah mulakan pasang kayu dan siling di dalam bilik stor blok 4. bilik sebesar 7’x 11’ untuk menempatkan pinggan mangkuk, periok kuali bagi barang pakatan blok. Puncanya aku teragak nak pasangkan siling di sebabkan monyet yang gemar mengembur dan melarikan barang2 tersebut. Selain dari monyet ia munkin boleh juga menghalang dari tikus, tupai dan habuk2 sampah yang begitu banyak di bawanya masuk oleh tikus dan angin. Kebetulan semalam stor itu sudah di kosongkan, senanglah aku membuat kerja. Semalam lagi aku sudah menyiapkan pasang siling. Hari ini buatkan pula satu lagi rak 2 tingkat di dalamnya dan membersihkan segala sampah sarapnya. Alhamdulillah, selesai sudah. Tinggal lagi petang ni lepas asar cadang nak simen sikit di antara siling dengan batu dinding yang ada sikit2 lubang itu, biar ia betul2 rapat jadinya nanti. Mintak2 lepas ni bersih dan terjagalah hendaknya perkakas blok itu. Ada dua lagi perkara yang agak sukar di kawal ia itu semut dan anai anai. Macammana nak buat tu?.

Rabu, 28 Mac 2012

Gotong royong angkut dan pasang balai khemah.



    Rabu, 28 Mac 2012, jam 3.00ptg bermula kerja2 gotong royong ahli blok 04 mengangkut perkakas pinggan mangkuk, periok kuali, khemah2, kerusi meja dan sebagainya ke rumah seorang jiran ahli blok yang hendak mengadakan kenduri kahwin anak beliau pada hari sabtu dan ahad ini nanti. Alhamdulillah boleh di kata perkakas blok mencukupi dan sudah cukup banyak. 4 trip lori membawanya. Dan kerjasama ahli blok pun kira ok jugalah, semua lelakinya datang, selalunya tak semua ada, ni nampaknya pecah rekod, semua datang. Alhamdulillah. Mana yang naikkan, mana yang turunkan, mana yang pasang balai, semua ada bekerja sama. Kerja pun cepat selesai. Cuma tinggal 2 khemah besar yang dekat jalan belum di pasang, tunggulah dah dekat nanti, hari sabtu. Sebab kat jalan besar tentunya mengganggu lalu lintas utama. Mudah mudahan segala kerja kerja kenduri nanti berjalan dengan lancar.

Selasa, 27 Mac 2012

Bergunting lagi ala botak.



   Selasa, 27 Mac 2012, jam 5 petang aku ke kedai Fauzi depan bergunting rambut lagi. Biasalah aku bergunting senang jee, pasang je mesin mata no 1. haa boleh tahan 3 bulan sekali baru bergunting. Dah tua tua ni apa nak berfesyen fesyen sangat bergunting. Aku lebih selesa bergunting pendek2 begini saja. Tak perlu bersikat, tak perlu berminyak dan jarang jarang pun bersyampo. Kebetulan pula petang Selasa ada pasar tani, singgah lah sekejap, belilah sikit makan2, entah apa namanya tu aku tak ingat. Tu yang ada bentuk2 makanan segera tu, campur2, celur kat air panas, kemudian bubuh kuah nya yang khas. Apa tu?. Kemudian belilah pula air soya, dah petang dijualnya murah pula 2 bungkus rm3.00. cukuplah untuk menu makan malam tu. Alhamdulillah.....

Sabtu, 24 Mac 2012

Rombongan Pengantin ke Muar.



    24 Mac 2012, Sabtu. Sa buah bas telah di sewa khas untuk tujuan rombongan pengantin ke Kesang Laut, Muar, Johor. Kos sewa di tanggung sepenuhnya oleh pehak tuan rumah (tuan pengantin). Jadi kita orang ni semua naik free sahajalah. Alhamdulillah.... terima kasih di ucapkan. Perjalanan bermula jam 8.30 pagi dan sampai ke tempat di tuju jam 11.30 pagi. Pertamanya kita orang di tempatkan di sabuah rumah homestay untuk berehat dan solat zohor. Selepas zohor barulah kita semua bergerak ke rumah pengantin yang jauhnya lebih kurang 5 km lagi. Aku biasa lah bawa kamera dan tangkap beberapa gambar. Tapi sayang semua gambar2 kehadiran dan pertemuan 2 pengantin semuanya kabur, tak nyata langsung, geram juga aku dengan kamera ni. Nak buat cam ne, kamera dah lama agaknya, tu la sebab kadang2 timbul masalah. Tunggulah kalau betul dapat durian runtuh dari Felda nanti nak beli je kamera baru.
     Makan di tempat pengantin dah hampir pukul 2.00 petang, tentunya perut kami semua dah lapar, nak buat cam ne, dah gitu program diaorang, konon nak tunggu kompang, tapi kompang tak datang, penyudahnya pengantin berjalan di iringin selawat sahaja. Alhamdulillah jugalah, kenyang perut makan pun sedap. Ada juga tu rombongan yang makan double, makan lagi bersama pengantin, aku dah tak larat. 3.00 ptg baru beransur balik, sempat juga bersalam dengan tuan rumah pengantin, seorang guru pencen dan biasalah bagi sedikit sumbangan. Dan balik sempat pula singgah di Tangkak, apa nak di beli..? tak de apa apa Cuma seliper je dan sempat makan mee bandung muar je. 6.00ptg terus balik, pukul 8.15mlm juga baru sampai ke rumah. Alhamdulllah, selamat sampai.

Jumaat, 23 Mac 2012

Baiki moto BBQ.



    Dah lebih 3 bulan moto ini tak bergerak, terletak saja di bawah garaj tu. Cam ne nak gerak, stat tak hidup, minyak selalu meleleh kat kok, selalu terbuang gitu saja. Tayar pula tak de angin. Lagi pun moto lain ada dua lagi, jadi yang itu macam tak penting sangat, kemana je nak membawa nya pon. Sebelum ni pun perjalanannya amat sedikit, sekitar 30km sahaja sebulan, isi minyak tak pernah lebih rm5.00 dah cukup untuk sebulan. Kemana nak pergi guna moto tu, ke kebun tak lagi, kerja luar pun tak lagi, nak kekedai pun jarang2. gitulah kalau dah ada kenderaan lain. Petang ini aku bawa ke kedai Aru. Aru servis sahaja, dah OK balik. Senang jugalah kot dah ada 3 moto yang elok elok. Lagi pun moto tu ada lampu, boleh keluar malam.

Khamis, 22 Mac 2012

Baiki lampu lampu.



    Setiap kali nak buat kenduri barulah lampu2 ini di keluarkan. Sejak bulan 12 tahun lalu ianya tersimpan di dalam stor blok 4. semut dah bersarang di dalamnya, mentolnya pun dah kelabu berhabuk. Pagi ini ada kesempatan aku membersihkannya. Betulkan mana wayer yang terputus dan test semuanya. Alhamdulillah, semuanya ada lapan buah boleh menyala semula. Minggu depan ada jiran blok nak buat kerja kenduri kahwin anaknya. Sudah tentunya lampu lampu ini di perlukan. Lampu ini adalah milik aku, bukan milik blok. Walaubagaimana pun setiap kali ada ahli blok yang nak menggunakan lampu lampu ini, aku akan memasangkannya, secukupnya nya memenuhi semua balai yang ada. Dan semuanya ini hanya Free sahaja, tanpa bayaran sewa. Ini adalah merupakan sumbangan iklas dari aku.

     Selalunya kalau kenduri besar besar tidak cukup 8 buah lampu ini. Aku tambah lagi dengan lampu lampu jenis U kecil putih 20waat. Lampu lampu jenis baru ini senang di pasang, tak banyak ragam. Cuma memandangkan sayangnya dengan lampu lampu lama ini, akan aku terus menggunakannya, selagi hayatnya ada.

Rabu, 21 Mac 2012

Dapat senaskah Tafsir Aq-Quran dari Felda



    Semalam petang 21 mac 2012, aku ke pejabat untuk mengambil duit pendahuluan pendapatan Felda. Biasanya tak pernah pun aku tahu, hari hari tu ada pandahuluan atau ada gaji, pandai2 sendiri saja mancari maklumat. Tapi semalam tu baiknya lah pegawai Felda tu siap telefon ke rumah bagitau pendahuluan sudah keluar, tolong bagitau kawan kawan dan datang segera untuk mengambilnya. Aku tengok jam pun dah hampir pukul 4.00ptg, aku pun segera pergi. Mimang tak ramai pun orang lagi, munkin masih ramai yang belum tahu. Sesudah ambil pendahuluan, salah seorang lagi pegawai memanggil dan membagi bagikan tiap seorang senaskah Tafsir Al-Quran yang begitu tebal. Hati aku pun tertanya tanya, apahal pulak Felda nak bagi buku tafsir ni. Aku pun tanya pegawai tu. Pegawai tu jawap, ini Wilayah yang nak bagi, mimang semua orang Islam di baginya suruh baca katanya. Kalau bagitu terima kasih lah banyak banyak. Aku pun tandatangan dan mambawa pulang senaskas Tafsir Al Quran dengan senang hati. Cadang nak kekedai pun tak jadi, terus balik saja dulu. Alhamdulillah...

Selasa, 20 Mac 2012

Cek TDT, ambil darah dan ambil ubat.



    Rabu, 21 Mac 2012, jam 8.00 pagi lagi aku dan isteri sudah pergi ke klinik depan untuk tujuan pemereksaan tekanan darah, berat badan dll. Hari ini juga kena ambil darah untuk tujuan cek kandungan gula dan kolestrol. Ini memerlukan kita berpuasa makan dari jam 12 tengah malam. Hanya di bolehkan minum air kosong sahaja. Pemereksaan biasa di buat 3 bulan sekali, manakala ambil darah ini Cuma di lakukan setahun sekali. Setelah di pereksa tekanan darah ku 108/86, OK lah tu kira normal, lebih rendah pada pereksa 3 bulan yg lalu. Bertimbang pula 80.8kg, turun sedikit pada yang lepas. Alhamdulillah lah. Yang penting sehat. Bagus juga makan ubat klinik ni, terjamin pengawalan nya. Ada beberapa orang kawan yang kononnya mengamalkan makan ubat2 tradional, atau memakan ubat ubat cara persendirian, cakap bukan main hebat, mereka tak ada darah tinggi, tak ada kencing manis. Tapi kenapa bila di buat pemereksaan klinik, darah mereka masih tinggi, kencing manis juga tinggi. Pelik juga aku. Mulalah pelbagai alasan dan jawapan mereka berikan, sebab demam lah, sebab pening kepala lah, ini hanya untuk sementara kata mereka. Entahlah ...yang pastinya aku kurang mempercayai ini semua. Aku hanya percaya ubat2 yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan sahaja.

Shafiq wakil lawan catur di SMK Dato’ Mansor.



    Selasa, 20 Mac 2012, hari ini anak aku Shafiq ikut untuk mewakili sekolahnya berlawan main catur di antara sekolah sekolah peringkat daerah Jempol ini. Tahun ini SMK Dao’ Mansor Bahau menjadi tuan rumah. Jadi semua peserta berkumpul di sekolah tersebutlah untuk tujuan berlawan main catur itu. Boleh kata tiap tiap tahun anak aku ni terpilih mewakili sekolahnya bermain catur, dari sekolah rendah lagi. Bukan sorang anak ku yang bungsu ni saja. Dari kakaknya yang sulung dulu, abangnya (anak aku no 2) dan Shafiq kini terlibat dalam permainan catur ini. Sebenarnya tak semua orang boleh bermain catur ini, tak semuanya pandai. Hanya mereka mereka yang biasa dan berkebolehan saja dapat bermain. Sebab utama permainan ini banyak gunakan otak, tak banyak punya tenaga. Perlu banyak berfikir bagaimana harus mengalahkan atau menyerang pihak lawan dan berfikir juga bagaimana harus mengekalkan atau mempertahankan diri dari serangan pihak lawan. Berat sebenarnya memerah otak bermain catur ni. Kalau fikir cincai cincai je, memang kejap je boleh kalah.  Gitu lah catur.
     Sebenarnya aku pun dulu2 minat juga main catur ni, pernah juga main berlawan masa sekolah dan masa kerja dulu, Cuma tak pernah menang besar. Ya lah, otak aku ni bukanya bijak sangat, ada orang lain yang lebih bijak. Maka itu aku tanamkan semangat dan aku ajarkan anak anak aku bermain catur. Alhamdulillah, semua anak anak aku pandai bermain catur. Walau pun tidak sehebat mana, tapi sekurang kurangnya dapat juga ikut bertanding hingga ke peringkat daerah. Syukurlah tu.

Beli lagi tambahan barang blok.



    Isnin, 19 Mac 2012, petang semalam isteri dan beberapa ahli blok wanita telah keluar ke Maybank Bahau menunaikan cek rm2500.00 dari tabung Blok 04. tujuannya untuk membeli lagi barang barang pakatan blok untuk kegunaan kenduri kendara. Apa yang aku lihat yang di belinya lagi satu set dapur gas besar, satu set periok nasi gas besar, sabuah kuali 30in, satu set kembar termos air, 2 batang sudip besar, 18 unit senduk lauk@nasi, satu tapis kelapa dawai, 10 buah besen plastik sedang kecil (2 warna), 10 buah tapis plastik biru sedang kecil, empat dulang besar buffer rendah dan 12 penutup plastik buffer. Selain barang2 perkakas masak, mereka juga membeli kain ela untuk 40 alas meja. Tak tau lah berapa jumlah duit yang sebenarnya di belanjakan. Tak pee lah, tak kisah lah itu semua. Itu semua untuk keperluan kita orang juga sebagai ahli blok 04.

     Walaubagaimana pun barang barang ini untuk keperluan kita melayu sahaja, India tidak boleh guna sama. Maka itu potongan di buat pada 14 orang melayu sahaja yang terlibat. Duit blok hanya di guna sebagai pinjam dahulu dan akan di bayar semula oleh 14 orang melayu yang terlibat. Kalau rm100.00 sorang, baru rm1400.00. rasa rasanya dah tentu lebih rm100.00 sorang tu. Nak buat macammana, itulah pakatan namanya. Nak beli sendiri, tak munkin boleh terbeli semua tu. Kita pakai guna pun bukannya selalu, Cuma untuk kenduri sahaja. Malam ni dah mula berkampung, Hujung bulan 3 ni ada lah salah seorang ahli blok yang nak buat kerja kenduri kawin 2 anaknya sekali gus. Itu sebab kita senantiasa memantau keperluan asas kenduri yang di perlukan.  

Ahad, 18 Mac 2012

Program bantuan OKU & Gerak Gempur.



    Ahad, 18 Mac 2012, jam 3 petang semalam bermulanya program menghulurkan bantuan kepada anak anak yang kurang upaya di Gugusan SHK ini. Program anjuran UMNO ini di sempurnakan oleh YB Dato’ Shamsul Kahar, Dun Serting ini. Program bergerak ini berkunjung dari satu rumah ke satu rumah terpilih. Satu rumah mewakili satu rancangan antara 1 hingga 7. dan tiap tiap rancangan ada 5 keluarga yang menerima bantuan tersebut. Program ini juga di iringi dengan konvoi 120 buah motosikal yang di tunggang oleh belia belia (Pemuda) UMNO gugusan Serting Hilir ini. Termasuklah seorang anak aku yang menyertai konvoi tersebut. Dengar ceritanya mereka semua mendapat duit minyak rm10 seorang, siap di belanja makan dan minum di kedai depan sana. Juga mendapat sehelai baju gerak gempur pemuda UMNO berwarna biru. Bini aku juga terlibat dalam Skuad Sayang yang menunggu di salah sebuah rumah yang di kunjungi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Budak budak memang suka sangatlah mereka kalau ada program2 bermotosikal begini. Walaubagaimana pun ia nya tetap terkawal, ada pihak Polis yang ikut sama mengawasi program tersebut. Gitulah gamatnya, nak pilihan raya ni.



Sabtu, 17 Mac 2012

Belikan Gitar Shafiq.



    Sabtu 17 Mac 2012. Balik dari rumah pengantin di Seremban singgahlah di Bahau. Hajat nak belikan Shafiq sebuah gitar Kapok. Masuklah ke kedai Aneka Bahau, tengok harganya, semua paling kurang rm98.00. cuba mintak kurang, katanya dah offer, tak boleh lagi kurang. Tak beli dulu, masuk pula Pasaraya Billion, cuba tengok2 dan cari sampai ke tingkat atas, tak ada pulak berjual gitar. Jadi keluar sajalah dari Billion. Bagi saja RM100.00 pada Sfafiq dan suruh sahaja dia beli sendiri di kedai Aneka tu. Sebenarnya aku malas nak tolong pilih2 takut pula tak berkenan di hati dia. Jadi biarlah dia sendiri yang pilih, biar puas hati dia. Alhamdulillah di belinya sudah, ke perhati betul2 sebiji macam rupa gitar yang pernah aku beli dan miliki semasa zaman bujang aku kelmarin. Agaknya tu lah,,, sikit sikit ada juga ikut ayahnya. Kemana lagi kuah kalau tak tumpahkan ke nasi.

Kenduri kahwin Hamizah.



    Sabtu, 17 mac 2012. jam 9.30pagi lagi aku dengan isteri dan seorang anakku mula bergerak ke Seremban bagi menghadiri majlis perkahawinan salah seorang anak angkat aku yang bernama Hamizah Abd Aziz. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai. Nak menuju ke kawasan taman tu tak lah sesusah mana, jalan biasa saja, ia itu di depan sikit pada simpang penutup lebuhraya Likas di Seremban. Sesudah masuk ke taman tu yang terpusing pusing untuk mencari Jalan Semarak 21, Taman Panchor Jaya. Setelah puas berpusing pusing, berhentilah sekejap, dan bertanya pada salah seorang penduduk di situ. Dia pun tunjukkan. Rupa rupanya plan yang tertulis di kad itu agak berbeza dengan keadaan sebenar. Dalam kad masuk arah kanan, tapi sebenarnya masuk simpang kiri. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Tengok jam pun dah hampir pukul 12 tg. Tuan rumah menyambut ketibaan kami dan terus mempelawa untuk jamuan makan. Apa lagi ambil sajalah makanan, memang perut pun sudah terasa lapar.
     Lepas makan rehat lah seketika. Dengar pengumuman juru acara, majlis persandingan di adakan jam 1.45 petang. Nak tunggu rasa lama lagi. Aku suruhlah isteri aku masuk sekejap kerumah pengantin untuk berjumpa pengantin. Pengantin sedang bersolek, tak dapatlah berborak sangat. Dan bini aku pun meminta izin untuk pulang lebih awal. Jam 1.00ptg kami pun beransur pulang. Apa apa pun kami semua mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk Hamizah dan pasangannya Hazamuddin. Semuga berbahagia dan kekal untuk selamanya.

Rabu, 14 Mac 2012

Buatkan kandang pelastik anak2 lada.



   Pagi ini aku tak kerja di mana mana. Lagi pun cuaca masih mendung dan hujan renyai2 sahaja. Terfikir oleh ku nak buat sesuatu. Aku potong potong kerat 2 setiap bekas botol minyak masak 5 kilo. Dan aku sarungkan botol2 berkerat itu ke anak anak lada yang telah bini aku tanam beberapa hari/minggu lepas. Subur nampaknya anak2 lada itu, maklumlah tanah bawahnya baru aku tambak beberapa bulan yang lepas. Tujuan aku buatkan sarung itu ialah supaya, bila aku nak mesin rumput nanti, tidaklah tertebas anak lada itu. Lagi pun buat begitu senang nak membaja dan menjaga anak lada itu. Nampaknya pun lebih kemas. Harap harap hidup subur dan berbuah lah semua lada lada itu nanti. Dapat juga kurangkan kos perbelanjaan dapur, tak perlu lagi membeli cili api.

Habis lenyap semua pisang.



   Dua hari aku memerhati saja dari rumah, malas nak jenguk2 ke belakang. Dua hari juga sabuah jentera JCB yang di sewa olih jiran sebelah rumah mengerjakan tanah di sekeliling kolam yang di benanya lebih setengah tahun yang lalu. Dah semak jadi belukar terbiar begitu saja. Apa yang menyedihkan aku, habis semua anak2 pisang yang aku tanam di kawasan belakang rumah aku di lenyeknya. Kawasan itu sudah terang, aku sudah bersihkan 2 bulan yang lalu. Anak2 pisang yang ku tanam sudah hidup subur. Tapi hari ini semuanya jadi lenyap. Nak buat macammana, dah tak de rezekilah nampaknya. Walaubagaimana pun tengahari tadi, datang jua jiran itu menemui aku dan memohon maaf atas kemusnahan semua pisang2 itu. Alasannya katanya laluannya yang sempit, maka terpaksalah terlenyek jua semua pisang2 itu. Katanya lagi, lepas ni tanamlah balik semula. Mudahnya dia bercakap. Tak pe lah. Aku maafkan. Demi jiran aku tidak mau berjiran bermasam muka sampai tidak bertegur sapa. Munkin itu sudah ketentuan Ilahi. Terima sajalah dengan reda.
Sebaris anak2 pisang dan kelapa ku tanam di sini

Selasa, 13 Mac 2012

Shafiq cabut gigi.



   Sudah agak lama juga Shafiq sakit gigi tu. Rasanya dah lebih 2 minggu yang lalu. Pada sakit yang mula2 dulu, bawa ke klinik gigi di BSJ, hanya ubat yang di bagi oleh doktor. Sebab masih sakit dan bengkak, doktor tak berani nak cabut. Nanti sakit. Bila makan je ubat, maka beransurlah hilang sakit gigi tu. Hinggalah berlarutan hingga kini. Sakit gigi datang kembali. Mujur jua ada baki ubat hari tu, dapatlah kurangkan kesakitan.
   Hari ini Shafiq pun dah setuju ambil keputusan, cabut jee gigi yang biasa sakit tu. Selagi tak di cabut selagi tu lah ia akan berulang ulang sakit lagi di kemudian hari. Kebetulan minggu ini pun cuti sekolah, bolehlah pergi ke klinik BSJ untuk mencabut gigi. Itulah pengalaman pertama Shafiq cabut gigi.

Ahad, 11 Mac 2012

Penyerahan semula anak2 angkat.



    Semalam petang 11 Mac 2012, berlangsungnya acara penyerahan semula anak2 angkat dari CUCMS yang telah menunaikan khidmat bakti mereka selama 2 hari, 2 malam di kawasan sini. Program yang telah di jayakan bersama oleh JKKR SH 01 dengan peneroka/wati SH 01. Hanya kami 3 keluarga dari F SH 04 yang terlibat dalam pengambilan 12 orang anak2 angkat ini. Dalam hal ini kami 3 keluarga yang terlibat ini terasa jua sedikit emosi, terasa kecik hati ini, terasa kami ini macam di pinggirkan. Entahlah kami pun tak berapa faham kenapa mereka bersikap begitu. Semuanya yang di sebut2 adalah berkenaan SH 01, yang dapat2 cendrahati atau apa2 semuanya orang2 SH01. mimang nampak sangatlah kami ini di pinggirkan. Sebenarnya kami semua tak mintak apa apa pun itu semua, cukuplah sekadar di sebut sikit pun jadilah, kami juga terlibat dalam pengambilan anak2 angkat ini. Ini tak ada, seolah2 kami semua ini tidak wujud langsung dalam program mereka ini. Tak mengapalah, kami pun tak kisah lagi akan semua itu. Maafkan lah kami.

Sabtu, 10 Mac 2012

Program penyerahan boucer BR1M.



     Satu lagi majlis yang berlangsung semalam ialah Program penyerahan Boucer BR1M kepada penduduk SHK di bawah naungan DUN Serting. Lebih 400 orang yang layak datang semalam untuk mengambil boucer tersebut. Ini adalah kali ke dua program itu di laksanakan di sini. Biasalah kalau di buat begini, YB kita akan berucap dulu, sambil kempen sikit2, tak lama lagi PilihanRaya. Tak kisah lah itu semua. Itu semua untuk kesenangan rakyat juga. Pemberian ini sebenarnya tidak pun berunsur politik, semua yang layak, terutama yang berpendapatan Rm3000.00  ke bawah, dapat menerimanya tak kira mereka parti apa sekali pun. Lebih di utamakan pada warga2 emas dan ibu2 tunggal atau mereka2 yang tiada kemampuan lagi bekerja berat.
    Majlis bermula dengan pendaftaran masuk, setiap yang mendapat surat kelulusan di beri satu kopon kecil. 10.30 pagi bermula ucapan YB seterusnya beratur naik ke pentas untuk mendapatkan boucer RM500.00 yang di serahkan oleh YB seorang demi seorang. Seterusnya berbaris lagi sekali untuk terus menunaikan boucer tersebut dengan BSN yang bersedia menunggu di bahagian belakang dewan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan majlis berakhir kira2 jam 12.30 tengahari.

Program berkhatan beramai ramai.



    Program ini sebenarnya telah pun berlangsung semalam pada hari Sabtu 10 Mac 2012. di Surau Felda SH 01. Program di jayakan bersama JKKR SH 01 dengan pelajar serta kakitangan Kolej Universiti Siver Jaya (CUCMS). Di dalam program ini aku Cuma terlibat dengan pengambilan anak2 angkat dari pelajar kolej tersebut. Program bermula pada petang Jumaat lagi dengan kehadiran pelajar2 sebanyak 2 buah bas, dan di agihkan agihkan kepada beberapa keluarga angkat. Hanya 3 keluarga luar dari Sh 01 yang terlibat termasuklah aku. Isteri aku yang mengambilnya pada  petang Jumaat itu seramai 4 orang perempuan. Pada sebelah malamnya di adakan majlis kenduri bacaan Yasin dan Doa Selamat di adakan di surau tersebut.
    
 Pagi Sabtu semalam adalah majlis peresmian yang di sempurnakan oleh DUN Serting YB Dato’ Shamsul Kahar. Seterusnya acara mandi bomba kepada 38 anak anak yang akan di khatankan. Aku tidak dapat menunggu lama di situ, kerana ada satu lagi program yang lebih penting bagi aku di Dewan SHK yang bermula jam 10 pagi. Harap2 majlis berkhatan berjalan dengan jaya dan sempurnanya.

Khamis, 8 Mac 2012

Potong dawai talian Telefon.



    Sebenarnya sudah lama, dah lebih 3 tahun yang lalu telefon di rumah ini aku matikan. Malas dah nak guna, bukannya pakai sangat, hanya bayar sewa saja tiap2 bulan. Dahlah sewa di kiranya pekej, konon panggilan percuma, manalah ada percumanya, bah kan kena bayar lebih lagi dari sewa bulanan biasa. Rasa geram juga aku, pergilah ke pejabat Telekom di Kuala Pilah minta di tamatkan. Selesai. Lagi pun handphone dah ada, semua anak2 pun dah ada. Tak ada masalah untuk berhubung bercakap. Dulu guna pun pasal ada talian internet, guna dail Up, lembab teramat sangat. Kini tak perlu lagi guna tu, dah guna broadband, internet tanpa wayer. Itu lebih baik.
    Pagi ini aku potong saja talian wayer dari jalan ke rumah tu. Sebab apa, ia menjadi jalan semut, banyak semut bersarang di dalam rumah, sampai ke dalam2 bilik, mana boleh tahan. Entah dari mana2 datangnya semut, berderet deret meniti di talian telefon dan bersarang di dalam bilik. Dan wayer yang aku potong tu, aku tak buang, sebaliknya aku buat dawai penyidai pakaian, gantikan yang lama. Namapaknya ia lebih kukuh dari wayer biasa yang aku guna selama ini. Alhamdulillah. Aku harap2, tak de lah pehak telekom marah. Lagi pun aku rasa rasa tak munkin aku akan masukkan lagi talian telefon tetap kerumah. Sudah ada kemudahan cara lain yang lebih baik.

Rabu, 7 Mac 2012

Semburan Asap cegah denggi.



    Setiap kali ada kes yang kena denggi, pasti pehak kementerian kesihatan akan datang membuat semburan di rumah rumah sekitar pengidap denggi. Kali ini ada 2 orang terkena denggi, sorang isteri peneroka, dan sorang lagi anak peneroka, kedua duanya masih berada di hospital. Sepatutnya semalam lagi dah kena sembur, tapi di sebabkan cuaca hujan, maka di tangguhkan ke hari ini. Semalam juga 2 pegawai kesihatan telah datang ke rumah rumah berhampiran untuk memereksa keadaan, di mana ada tempat2 air bertakung bagi pembiakan nyamuk aedes. Kalau ada di jumpainya pasti saja akan ke keluarkannya surat saman. Atau sekurang kurang nya amaran keras di keluarkannya. Jadi berhati hatilah, jangan biarkan nyamuk aedes membiak. Pastikan tidak ada air yang bertakung melebihi seminggu. Bubuh ubat jentik2 di dalam kolah dan senantiasa bersihkan persekitaran keliling rumah kita. Tiada AEDES, tiada DENGGI.

Selasa, 6 Mac 2012

Tanam anak limau kasturi.



    Dua hari lepas semasa program pentandingan Marhaban, ada juga jabatan pertanian memberikan anak anak benih limau. Isteri aku ada juga mendapat 2 pokok anak limau tersebut dengan bajanya sekali. Puas memikir di mana hendak menanamnya, penyudahnya aku tanam saja dekat tepi rumah dapur sempadan rumah jiran sebelah. Harap harap elok lah ianya hidup nanti. Kalau berbuah pun senang mengambilnya, dekat saja dengan dapur. Semasa program hari sukaneka warga emas dulu, aku ada juga mendapat satu benih limau macam tu. Dan sudah pun aku tanam di tepi rumah sebelah bilik tidur utama aku. Nampaknya dah hidup tu, tinggal lagi nak bela saja supaya ia terus hidup dengan subur.
   

 Kerja luar dah tak ada ni, apa lagi nak buat. Pagi berjogging, lepas tu buat lah apa apa kerja di luar rumah, berkemas sampah ke atau sebagainya. Dah agak penat baru masuk kerumah rehat dan mengadap laktop. Nak melepak lepak di mana2 aku tak reti. Kalau keluar pun hanya jika ada hal sahaja. Kalau tidak duduk sajalah dirumah, tak kemana mana. Gitulah rutin harian ku.

Mesyuarat PIBG-SMKSHK.



   Petang ini sekali lagi YB kita Dato’ Hj Lilah Hj Yasin datang ke kawasannya. Kali ini bagi meresmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKSHK. Ketibaan YB tepat jam 3.00ptg, di sambut dengan paluan kompang dan persembahan seni silat oleh murid2 sekolah tersebut. Seperti biasalah bila beliau bercakap, maka pasti di selitkan sikit2 kempen kerajaan yang di terajuinya kini. Tak pee, elok lah tu, untuk kemudahan dan kesenangan kita semua juga. Di akhir ucapannya, YB sudi menyumbangkan RM10,000.00 untuk PIBG sekolah tersebut. Tak sangka pula sebanyak tu YB beri. Terima kasih lah banyak2.
    Seperti biasanya tentang kehadiran pasti lebih ramai kaum wanita. ¾ adalah wanita, hanya ¼ kaum lelaki. Tak pee lah jangan tak ada langsung kaum lelaki, walaubagaimana pun kesemua AJK adalah kaum lelaki, hanya seorang dari wakil guru ia itu bendahari seorang wanita. Sebelum mesyuarat di adakan, sempat juga di adakan pemberian Netbook percuma kepada 50 ibubapa yang terpilih. Alhamdulillah, ada lagi rupanya pemberian netbook. Begitu baik nya kerajaan kita sekarang ni. Senantiasa perihatin dan senantiasa membantu kepada rakyatnya yang memerlukan. Terima kasih sekali lagi. Setelah mesyuarat di mulakan, tiada banyak masalah di timbulkan, majoriti semua bersetuju dengan apa yang di bentangkan dan di cadangkan. Dalam perlantikan AJK baru pun tiada masalah, sebulat suara mencadangkan di lantik sahaja semua AJK yang lama. Cuma seorang AJK baru yang di lantik, menggantikan AJK yang tidak aktif. Di akhir nya cabutan no bertuah. Tak de tuah nampaknya aku dan isteri aku ptg ini. Walaubagaimana pun Alhamdulillah jua di ucapkan, kerana semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Isnin, 5 Mac 2012

Pertandingan Marhaban GPW Serting Hilir Kompleks.



   Petang ini sempat juga aku menyaksikan pertandingan Marhaban GPW peringkat Gugusan Serting Hilir Komplek di Dewan baru SHK. Peresmian di laksanakan oleh YB Dato’ Hj Lillah Hj Yasin, Ahli Parlimen Jempol. Biasalah dah dekat dekat pilihan raya ke 13 ini, sibuklah YB memenuhi undangan apa apa juga majlis yang di adakan. Boleh sikit sikit cerita kempen. Tak pee lah, untuk kebaikan kita semua juga. Program ini pun di kelolakan oleh ketua2 Wanita UMNO cawangan dari Felda Serting Hilir Komplek ini.
   Ada lapan kumpulan Mahaban yang bertanding tadi. Selain itu ada juga pertandingan masakan, (3 jenis masakan) persembahan dan pameran anak2 OKU, pemereksaan kesihatan, bantuan anak benih limau dari Jabatan Pertanian serta juga penyampaian cendrahati2 kepada anak anak kurang upaya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Setelah keputusan di umumkan, pemenang johan marhaban di menangi oleh Kumpulan Nur Iman dari GPW Serting Hilir 04. Wah suka sangat lah dia orang, tak sangka2 dapat johan. Naib johan GPW SH 07, tempat ke 3 GPW SH 06. Tahniah lah di ucapkan untuk semua pemenang. Yang lain2 tu OK juga, boleh bertanding lagi di tahun2 akan datang.

Ahad, 4 Mac 2012

Semut bersarang di bonet kereta.



    Sejak bulan puasa tahun lalu kereta tu tak pernah lagi jalan keluar. Dan tak pernah stat pun, entah kan hidup atau tidak belum teragak nak cuba. Kereta tu dah jadi macam stor saja, tempat simpanan perkakas kerja wayering aku. Di sebabkan dah tak ada kerja, maka terbiar begitu saja. Mana semut tak bersarang di dalamnya. Pagi ini aku keluarkan semua barang dan perkakas yang tersimpan di bonet mau pun di dalam kereta. Simpan semua barang dan perkakas tersebut di dalam stor belakang rumah sahaja. Dah kosong kereta tu, Cuma abuk2 dan sampah2 kecil saja lagi yang tinggal. Nanti2 lah aku akan kemaskan lagi. Hari ni rasa letih pulak, tak tau kenapa, rasa macam tak ada tenaga langsung pulak nak buat kerja, sampai rasa menggigil kaki dan tangan. Jadi aku rehat sajalah dulu sambil menaip cerita hari ini.

Jumaat, 2 Mac 2012

Tebang pokok kelapa.



    Sudah lama aku bercadang nak tebang saja kelapa yang ada kat depan di Taman Pesona tu. Maka hari ni sampailah masanya. Anak dan menantu aku tolong sama, seronoklah sikit buat kerja ramai ramai. Pokok kelapa tu dah tua juga, hampir 24 tahun. Tapi tak lah tinggi sangat, Cuma pucuknya mencecah kabel letrek di atasnya. Kelapa tu jenis rendah, lagi pun hidup di tanah tinggi, tempat yang kurang air, maka pembesaran nya juga terbantut. Buahnya pun kecil kecil sahaja. Jarang sangat di ambil untuk kegunaan harian. Jadi elok sangatlah di tebang saja. Benihnya pun aku dah tanam semula 5 pokok di tanah ban belakang paya. Mintak2 hiduplah sebagai ganti.
     Hari ini puaslah makan kelapa muda. Kelapa yang sedang di buat inti pun ada. Umbutnya juga di ambil untuk di masak tengahari ini. Sedap, manis rasanya, lagi pun dah lama tak makan umbut kelapa. Tu yang buat terasa sangat sedapnya. Alhamdulillah, ramai yang buat tak lah letih sangat, siap kemas semua sampahnya.

Khamis, 1 Mac 2012

Giliran Bacaan Yasin Blok 04 di Surau.



    Malam ini sekali lagi giliran bacaan yasin di surau SH04 di sediakan oleh blok 4. Perkara ini sebenarnya sudah begitu lama di adakan di surau ini, yang mana tiap tiap minggu akan bergilir mengadakan bacaan yasin atau pun tahlil. Di SH 04 ini ada 9 blok. Ini bermakna setiap hampir setiap dua bulan sekali akan sampailah giliran blok itu semula. Alhamdulillah ianya masih berjalan lancar. Bila tiba giliran blok itu, maka blok tersebutlah yang akan menyediakan menu untuk jamuan selepas habis majlis. Tak kiralah nak masak apa pun, terserah pada kemahuan atau kemampuan blok itu sendiri.
     Giliran blok 4 malam ini, menunya rengkas sahaja. Nasi putih berlauk rendang betik campur ayam. Kononnya nak buat gulai itek, tapi tak jadi, sebab itik terlalu mahal, lagi pun sukar nak mendapatkannya. Jadi cukupkan lauk yang biasa biasa sahaja. Cuma agak sedikit dukacita tentang kehadiran sahaja. Ada ahli blok yang langsung tak nak datang, baik lelaki mau pun perempuannya. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu. Dah macam tak nak bercampur dengan orang langsung pulak. Kalau bagitu, macammana kalau dia nak buat kenduri nanti di rumahnya?. Duduk di Felda ni kenalah rajin bercampur masyarakat, jangan duk mementingkan diri sendiri sahaja, sibuk dengan kerja dia sendiri sahaja, sampai tak pedulikan jiran2. tak baik begitu. Entahlah aku pun tak berapa faham dalam hal2 ini. Pada aku lantak dialah, sendiri mau ingat sajalah. Tentang kehadiran orang ramai pun begitu juga, yang mana dah biasa2 datang itulah orang nya. Nak kira peratus tak sampai 10 peratus agaknya. Nak buat macamana, kalau hatinya tak terbuka, duduk sebelah atau hampir sangat dengan surau pun, tak nak datang. Apa apa pun aku mengharap dan mendoakan semuga terbuka pintu hati mereka2 ini nanti. Kita hidup di dunia ini hanya semantara, akhirat jua yang kita tuju. Sama2lah kita memperbanyakkan amal ibadah kita semua. Amin ya rabbal alamin.