Sabtu, 21 April 2012, jam 9.00
pagi ini aku terpaksa membawa anak ku ke Hospital Jempol. Sebelum tu (pagi) aku
suruh anakku itu ke klinik depan saja, malangnya hari ini sabtu, klinik tak
buka. Jadi kenalah bawa ke hospital Jempol. Alhamdulillah, orang pun tak ramai.
Sebaik sampai terus saja buat pendaftaran di unit kecemasan pesakit luar. Dan
lebih beruntung Shafiq terus di panggil masuk sebagai orang yang pertama di
rawat pagi itu. Shafiq di beri rawatan injek dan ubat ubatan. Bayaranya Cuma
rm1.00 sahaja. Beruntungnya duduk di Malaysia ni, perubatan boleh di katakan
percuma sahaja. Bayaran rm1.00 cuma di kenakan sebagai cas pendaftaran sahaja.
Rasa2nya di luar luar negara tidak ada yang kerajaannya menyediakan rawatan dan
perubatan percuma sebegini. Semuanya perlu di bayar dengan kos yang tinggi. Di
Malaysia ni hanya hospital swasta sahaja yang kena bayar. Hospital kerajaan
percuma. Jadi terpulanglah kita nak pilih mana hospital kita nak pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan