FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING BERHAD
Jumaat, 27 April 2012, pagi tadi
aku ke Dewan Besar FSHK untuk membuka akaun simpanan dengan AmIslamic Bank.
Bayaran pendahuluan cuma RM10.00 sahaja. Cukup murah. Kalau nak buat sendiri di
Bank Bahau tak dapat semurah tu. Ini pehak Bank yang datang ke Felda ni untuk
memberi kemudahan kepada semua warga Felda di sini membuka akaun secara beramai
ramai. Memang ramai pun, seluruh peneroka gugusan SHK ini hanya di buka hari
ini sahaja.
Keduanya hari ini juga aku
menghantar dan menandatangani borang untuk membeli saham yang di keluarkan oleh
Felda untuk dibuat pelaburan di dalam Felda Global Ventures Holding. Sebenarnya
ada 7 buah bank yang terlibat dalam hal ini. Namun di FSHK ini kesemua nya akan
di uruskan oleh AmIslamic Bank. Kita hanya perlu menunggu dan menerima hasilnya
yang akan di mulakan pada awal Jun nanti. Berapa jumlah saham yang perlu di
beli dan berapa pula harga setiap saham belum dapat di ketahui. Itu semua hanya
setelah Perdana Menteri kita membuat kenyataan nanti. Sama samalah kita tunggu.
Janganlah risau risau. Kita tak perlu pun keluar duit kocek sendiri untuk
membeli saham tersebut. Semuanya pehak Bank yang mengeluarkan modal pendahuluan
pelaburan. Apabila saham itu sudah di apongkan di dalam Busar Saham Utama,
lonjakan keuntungan pelaburan itu nanti akan membayar balik pinjaman kita
kepada Bank. Hanya baki keuntungan yang akan di masukkan ke akaun AmIslamic
Bank kita nanti. Sama sama je lah kita menunggu dan berdoa semuga ianya akan berjaya.
Insyaallah...mudah mudahan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan