Jumaat, 20 April 2012, jam 11.00
pagi telah kembali seorang anak bujang di blok 8 ke Rahmatullah. Beliau yang di
panggil Man (tak tau pula nama sebenarnya), berusia 25 keatas, adalah seorang
budak yang baik, akan tetapi cacat sedikit pemikirannya, tapi taklah sampai
gila, atau tak juga suka kacau2 orang. Cuma cara hidupnya yang tersendiri
sahaja. Allah lebih sayangkan dia, kita doakan sajalah moga rohnya bersama
orang2 yang di redai oleh Allah swt.
Dengar cerita sebelum
pemergiaannya, dia selalu sakit kaki sahaja, dah 3 atau 4 hari sakit kaki dan
selalu agak mengamuk di rumahnya dengan menghantuk hantukkan kepalanya ke
dinding. Jadi pagi jumaat tu emaknya bawa ke klinik depan, seterusnya pihak
kelinik bawa pula ke Hospital Daerah Kuala Pilah. Belum sempat di periksa dan
di rawat, budaknya pergi ke bilik air dan tiba2 terjatuh tidak sedarkan diri.
Apa lagi terusnya di masukkan ke unit ICU. Malang sekali nyawanya sudah tidak
dapat selamatkan. Beliau menemui ajal sebelum sempat di rawat lagi. Innalilla
hirajiun. Nak buat macam mana, kuasa Allah tidak dapat di halang. Kita terima
sajalah pemergian beliau. Semuga Rohnya tenang dan di gulungkan bersama orang2
yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan