Jumaat, 13 April 2012,
alhamdulillah, hari ni nampaknya dah sihatlah sikit, tak macam semalam,
langsung tak bangun, baring saja berharian. Dengan badan yang rasa seram sejuk,
tekak perit di ikuti pula batuk terkongkong kongkong. Letih sangat rasanya.
Munkin juga itu satu cubaan dari ALLAH swt. Namun aku reda akan segalanya.
Walau pun aku demam, namun makan ku tetap berselera, alhamdulillah...syukur
sesangat, itulah kelebihan yang Allah bagi pada aku. Kalau demam, makan selera,
senang makan ubat maka senanglah sembuhnya. Saingat aku dari dulu dulu lagi aku
begitu, demam macammana pun, makan tetap mahu juga. Itu yang bini aku tak
pernah risau tu.
Pagi tadi hampir 3 jam aku
mengadap laktop, OK je. Dan tengahari tadi dapat memandu kereta untuk ke masjid.
Balik je, lelaplah sekejap. Pukul 3.30ptg tadi stat moto pula raund ke pejabat,
konon nak tengok dah ada gaji ke,, tapi tak ada nampaknya, balik sajalah
jawapnya dan apa lagi on laktop lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan