Jumaat, 27 April 2012

Hantar borang Saham FGVH


FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING BERHAD
    Jumaat, 27 April 2012, pagi tadi aku ke Dewan Besar FSHK untuk membuka akaun simpanan dengan AmIslamic Bank. Bayaran pendahuluan cuma RM10.00 sahaja. Cukup murah. Kalau nak buat sendiri di Bank Bahau tak dapat semurah tu. Ini pehak Bank yang datang ke Felda ni untuk memberi kemudahan kepada semua warga Felda di sini membuka akaun secara beramai ramai. Memang ramai pun, seluruh peneroka gugusan SHK ini hanya di buka hari ini sahaja.
    Keduanya hari ini juga aku menghantar dan menandatangani borang untuk membeli saham yang di keluarkan oleh Felda untuk dibuat pelaburan di dalam Felda Global Ventures Holding. Sebenarnya ada 7 buah bank yang terlibat dalam hal ini. Namun di FSHK ini kesemua nya akan di uruskan oleh AmIslamic Bank. Kita hanya perlu menunggu dan menerima hasilnya yang akan di mulakan pada awal Jun nanti. Berapa jumlah saham yang perlu di beli dan berapa pula harga setiap saham belum dapat di ketahui. Itu semua hanya setelah Perdana Menteri kita membuat kenyataan nanti. Sama samalah kita tunggu. Janganlah risau risau. Kita tak perlu pun keluar duit kocek sendiri untuk membeli saham tersebut. Semuanya pehak Bank yang mengeluarkan modal pendahuluan pelaburan. Apabila saham itu sudah di apongkan di dalam Busar Saham Utama, lonjakan keuntungan pelaburan itu nanti akan membayar balik pinjaman kita kepada Bank. Hanya baki keuntungan yang akan di masukkan ke akaun AmIslamic Bank kita nanti. Sama sama je lah kita menunggu dan berdoa semuga ianya akan berjaya. Insyaallah...mudah mudahan....

Rabu, 25 April 2012

Mesyuarat UMNO Cawangan.



    Rabu, 25 April 2012, pukul 3.00ptg ini bermula mesyuarat UMNO Cawangan SH04 di Wisma Belia SH04. Alhamdulillah, kehadiran pun mencukupi korom dan berjalan dengan lancarnya. Tidak ada apa apa perkara berbangkit pun. Mesyuarat tahun ini cuma membuat pemilihan untuk ke perwakilan UMNO Bahagian sahaja. Tidak ada isu isu panas yang di bangkitkan. Dalam ucapan Ketua UMNO Cawangan lebih menitik beratkan dalam hal Pilihan Raya yang akan berlangsung tidak lama lagi sahaja.
    Aku ni walaupun tak begitu aktif dalam politik ni, namun aku tetap menyokong UMNO dan BARISAN NASIONAL, ia ni kerajaan yang ada sekarang. Pada aku siapa lagi kalau bukan UMNO sahaja yang boleh memajukan kita kaum melayu ini. Dah terang dan nyata pelbagai pembangunan, kemajuan dan bantuan bantuan yang di salurkan kepada kita kaum Melayu di Malaysia ini. Syukur Alhamdulillah. HIDUP UMNO.

Isnin, 23 April 2012

Bersihkan rumput semak di bawah ubi.



    Isnin, 23 April 2012, balik dari jogging pagi tadi aku terus ke belakang paya membawa cangkul dan parang untuk menebas dan membersihkan rumput2 yang dah menjadi semak tumbuh di bawah dan sekitar ubi ubi yang aku tanam sebulan lalu. Terasa cepat sangat pulak semak rumputnya menyelaputi ubi itu. Terasa juga letihnya aku menarah dengan cangkul semak2 itu, padahal bukannya banyak sangat pun ubi yang aku tanam. Alhamdulillah.... bersih sudah nampaknya. Ada pula pokok labu yang hidup di semak itu, bukan main subur, lebar2 daunnya. Aku kemaskan sahaja sebaiknya. Harap2 berbuahlah labu itu nanti. Dan ubi ubi tu munkin juga 3 atau 4 bulan lagi baru berisi. Kena sabar sajalah menunggu untuk makan ubi kayu.

Hantar Nana ke Bahau.



     Ahad, 22 April 2012, jam 3 petang, aku bersama isteri ke pekan Bahau menghantar anakku Nana yang nak balik semula bertugas di Bangi Selangor. Dah jadi kebiasaan, asal dia nak balik je, maka kena jemputlah di Bahau. Dan hantar semula keBahau kalau dia nak balik kerja. Dia hanya naik bas dan komuter saja untuk sampai ke sana. Belum pernah sekali pun lagi aku menjemput atau menghantar berkereta terus ke sana. Kalau nak kira mau 3 jam juga berkereta baru sampai ke sana tu. Tak apelah Nana pun dah biasa senang naik bas sahaja. Tak payah lah nak menyusah nyusahkan orang tuanya. Nana pun selalu balik, dalam sabulan tu kekadang 2 atau 3 kali dia balik. Tak pee...asal dia selamat sahaja.

Sabtu, 21 April 2012

Kenduri potong jambul dan berendoi.



    Sabtu, 21 April 2012, tengahari ini satu lagi majlis kenduri potong jambol dan berendoi di adakan di rumah seorang jiran di blok 01 SH04. begitulah lazimnya penduduk di sini, asal ada saja kelahiran, sekarangnya cucu cuculah yang ramai, pasti saja di buatkan kenduri potong jambol, berendoi dengan doa Selamatnya. Di ikuti jamuan makan. Begitulah lazimnya penduduk di sini. Itu menggambarkan ekonomi mereka pastinya stabil, berkemampuan. Kalau tak berduit cam ne nak buat, kenduri macam tu pun biasanya tak kurang rm1000.00 juga akan habis. Kebiasaannya majlis sebegini akan di sertakan dengan bacaan Berzanzi dan Marhaban, yang di bawakan oleh kumpulan Marhaban GPW SH04. zaman dah berubah, kalau dulu2 marhaban ni orang2 lelaki, tapi kini kebanyakannya sudah di kuasai oleh kaum wanita. Kalau kenduri kahwin lagi lah, tak kurang dari rm5000.00, itu baru untuk jamuan makan, kalau nak tambah exsesori mau juga rm10,000.00 hingga rm20,000.00, bergentunglah pada kemampuan seseorang.

Shafiq kena sakit gatal2 seluruh badan.



    Sabtu, 21 April 2012, jam 9.00 pagi ini aku terpaksa membawa anak ku ke Hospital Jempol. Sebelum tu (pagi) aku suruh anakku itu ke klinik depan saja, malangnya hari ini sabtu, klinik tak buka. Jadi kenalah bawa ke hospital Jempol. Alhamdulillah, orang pun tak ramai. Sebaik sampai terus saja buat pendaftaran di unit kecemasan pesakit luar. Dan lebih beruntung Shafiq terus di panggil masuk sebagai orang yang pertama di rawat pagi itu. Shafiq di beri rawatan injek dan ubat ubatan. Bayaranya Cuma rm1.00 sahaja. Beruntungnya duduk di Malaysia ni, perubatan boleh di katakan percuma sahaja. Bayaran rm1.00 cuma di kenakan sebagai cas pendaftaran sahaja. Rasa2nya di luar luar negara tidak ada yang kerajaannya menyediakan rawatan dan perubatan percuma sebegini. Semuanya perlu di bayar dengan kos yang tinggi. Di Malaysia ni hanya hospital swasta sahaja yang kena bayar. Hospital kerajaan percuma. Jadi terpulanglah kita nak pilih mana hospital kita nak pergi.

Pasang HardDisk lama Ucu ke komputer lama.



    Sabtu, 21 April 2012, pagi pagi lagi aku dah buka komputer lama tu. Cuti jogging hari ini. Aku sambungkan terus hardDisk bekas komputer Ucu tu ke komputer lama aku. Dan aku pun ON komputer. Alhamdulillah, masih elok lagi nampaknya, masih boleh di baca semua apa yang terkandung di dalamnya. Cuma munkin adanya virus telah bersarang di situ. Tak kisahlah itu semua. Boleh ku delete mana yang tak perlu. Asalkan ianya masih baik dan masih boleh di gunakan. Apa yang aku nampak adanya perisian MP3 bacaan al quran penuh 30 juzuk, itu yang aku idam idamkan dari dulu. Memandangkan masa yang amat terhad, aku stop dulu komputer tersebut, sebab nak menghantar Shafiq ke Hospital 

Anak Jiran blok 8 ke Rahmatullah.



   Jumaat, 20 April 2012, jam 11.00 pagi telah kembali seorang anak bujang di blok 8 ke Rahmatullah. Beliau yang di panggil Man (tak tau pula nama sebenarnya), berusia 25 keatas, adalah seorang budak yang baik, akan tetapi cacat sedikit pemikirannya, tapi taklah sampai gila, atau tak juga suka kacau2 orang. Cuma cara hidupnya yang tersendiri sahaja. Allah lebih sayangkan dia, kita doakan sajalah moga rohnya bersama orang2 yang di redai oleh Allah swt.
    Dengar cerita sebelum pemergiaannya, dia selalu sakit kaki sahaja, dah 3 atau 4 hari sakit kaki dan selalu agak mengamuk di rumahnya dengan menghantuk hantukkan kepalanya ke dinding. Jadi pagi jumaat tu emaknya bawa ke klinik depan, seterusnya pihak kelinik bawa pula ke Hospital Daerah Kuala Pilah. Belum sempat di periksa dan di rawat, budaknya pergi ke bilik air dan tiba2 terjatuh tidak sedarkan diri. Apa lagi terusnya di masukkan ke unit ICU. Malang sekali nyawanya sudah tidak dapat selamatkan. Beliau menemui ajal sebelum sempat di rawat lagi. Innalilla hirajiun. Nak buat macam mana, kuasa Allah tidak dapat di halang. Kita terima sajalah pemergian beliau. Semuga Rohnya tenang dan di gulungkan bersama orang2 yang beriman.

Rabu, 18 April 2012

Buatkan kayu sokong untuk kacang botol & labu air.



    Khamis, 19 April 2012, pagi ini aku dengan isteri aku mula buatkan kayu sokong untuk tanaman kacang botol dan labu air di tepi pagar halaman itu. Kayu kayu tak susah mencari, kat hutan depan rumah sahaja. Dah mula hidup besar nampaknya. Kawasan tu dulu hanya bertanam bunga bunga puding, semuanya aku dah buang habis. Tambak semula kawasan itu dengan tanah hitam dan tanah bercampur baja. Lepas tu bini aku yang tanam, alhamdulillah hidup nampaknya. Tanam pun bukannya banyak, cukup sakadar keperluan sendiri sahaja. Mintak mintak berhasil lah nanti hendaknya. Mudah mudahan.

Pasang jaring dawai pada tingkap.



    Rabu, 18 April 2012, pagi tadi aku pasang pula jaring dawai 2”x2” pada satu tingkap utama depan. Tujuan utamanya untuk mengelakkan kucing yang senang senang hati nak masuk ke rumah. Selama ini tingkap itu jarang dapat di buka, ia lah tak nak kucing masuk menyelongkar di dapur. Kalau dah tingkap selalu tutup, nanti orang kata, macam tak de orangnya pula di dalam. Haa mulai hari ini, boleh lah buka tingkap tu besar besar, tak takut lagi kucing boleh masuk. Angin dan udara pun senang masuk. Dan mata pun senang juga memandang mandang keluar apa apa yang berlaku.

Jumaat, 13 April 2012

Demam



     Jumaat, 13 April 2012, alhamdulillah, hari ni nampaknya dah sihatlah sikit, tak macam semalam, langsung tak bangun, baring saja berharian. Dengan badan yang rasa seram sejuk, tekak perit di ikuti pula batuk terkongkong kongkong. Letih sangat rasanya. Munkin juga itu satu cubaan dari ALLAH swt. Namun aku reda akan segalanya. Walau pun aku demam, namun makan ku tetap berselera, alhamdulillah...syukur sesangat, itulah kelebihan yang Allah bagi pada aku. Kalau demam, makan selera, senang makan ubat maka senanglah sembuhnya. Saingat aku dari dulu dulu lagi aku begitu, demam macammana pun, makan tetap mahu juga. Itu yang bini aku tak pernah risau tu.
    Pagi tadi hampir 3 jam aku mengadap laktop, OK je. Dan tengahari tadi dapat memandu kereta untuk ke masjid. Balik je, lelaplah sekejap. Pukul 3.30ptg tadi stat moto pula raund ke pejabat, konon nak tengok dah ada gaji ke,, tapi tak ada nampaknya, balik sajalah jawapnya dan apa lagi on laktop lah.

Selasa, 10 April 2012

Jumpa Dr Pakar di Kuala Pilah.



      Selasa, 10 April 2012, seawal jam 7.40pg sudah mula bergerak dari rumah menuju ke hospital Kuala Pilah. Bini aku yang nak buat pemereksaan dengan doktor pakar sebab tangannya selalu kebas kebas, kekadang sampai tak berasa. Kononnya nak cepat dapat giliran awal. Sesampai di sana nak parking kereta pun susah, dah terlalu jauh, penghujung sekali. Orang jangan cerita laa, begitu ramainya kali ini. Tersangatlah boringnya aku menunggu. Letih dah duduk membaca Sinar Harian sampai berulang ulang. Sesekali terlelap mata menyandar di kusyen kayu tu. Nak ke kedai makan pun sorang2 rasa malas. Nak merokok memang tak boleh di dalam kawasan hospital. Jadi tahan jee lah. Apa tak boring nye. Sesekali aku bawalah berjalan jalan keliling bangunan hospital. Dan ada juga aku cuba berjalan di atas batu refrasi tanpa memakan seliper. (kaki ayam jee). Lama lama rasa tak tertahan pulak, sakit2 kaki menahan memijak batu berbenjol benjol. Tapi bagus juga kalau di amalkan berjalan di situ, keluar angin dari badan, sendawa tak berhenti sampai letih sendawa, tinggal lagi segan ada orang yang perhati.
      Tungu punya tunggu hampir jam 1.00ptg baru bini aku keluar, api lagi teruslah menonong arah ke kereta dan terus balik jee. Tapi singgah Bahau pulak, beli ikan/sayur sikit kat Econsave dan yang ianya nak makan tengahari dulu. Dah terlewat ni, perut perlu di isi dulu. Alhamdulllah.... kenyang makan di Restoren bunga Raya tu. Balik2 sampai rumah dah jam 2.45 petang. Apa lagi mandi, solat dan rehatlah lelap sekejap.

Isnin, 9 April 2012

Majlis Konvokesyen ke 9, Kolej Komuniti Wilayah Perak


Majlis Konvokesyen ke 9, Kolej Komuniti Wilayah Perak, telah berlangsung pada hari Sabtu 07 April 2012, bertempat di Grand Valley Ballroom, Kinta Riverfront Hotel, Ipoh Perak. Salah seorang anak aku yang belajar di Kolej Komuniti Telok Intan terlibat dalam pengambilan sijil di majlis tersebut.
    Mulai petang Khamis 5 April lagi kami dah mula bergerak dari rumah dengan 2 buah kereta menuju ke Ipoh. Pergi sekeluarga seramai 8 orang termasuk seorang cucu. Singgah rehat Asar dan Magrib serta minum di hentian Restoren Jejantas Sungai Buloh. Dan meneruskan perjalanan melalui lebuhraya terus ke Ipoh, dan menuju ke rumah abang pada menantu di sana. Sebaik sampai kira2 jam 10 malam kami di sajikan pula makan malam oleh keluarga abang menantu itu. Seterusnya kami di bawa ke sebuah rumah homestay untuk kami sekeluarga bermalam.
    Pada hari Jumaat kami sekeluarga hanya rehat di rumah homestay, Cuma Suhaimi yang pergi untuk pendaftaran serta taklimat. Itu pun semua hanya Rizal yang memandu arah kerana dia saja yang tahu jalan2 di Ipoh. Semalam lagi tidur di rumh homestay.



    Pada pagi Sabtu 07 April, seawal jam 7.30pagi lagi kami mula bergerak menuju ke hotel tersebut. Hanya Amy, ayah dan ibunya sahaja yang boleh masuk ke situ. Rizal hanya menghantar sahaja memandu arah. Lepas tu mereka entah kemana mana berjalan jalan sambil melancong. Pukul 10.30 pagi baru majlis bermula, semuanya sudah di atur begitu rapi dan tersusun. Sehinggalah selesai kira2 jam 12 tengahari. Walau bagaimana pun kena tunggu juga lagi untuk memulangkan jubah serta mengambil sijil yang sebenarnya. Jam 1.30 baru beransur pulang ke rumah homestay, singgah makan dan membeli buah limau tambun pula dulu. Sebelah petang rehat lagi di rumah homestay.
   Jam 5.30ptg mula bergerak meninggalkan rumah homestay menuju ke kampung Sg Besar. Singgah lagi makan di kedai RM2.00 di Telok Intan. Teruskan perjalanan dan sampai ke rumah nenek di parit 11 kira2 jam 10.00 malam. Tetapi sebuah kereta yang di pandu Rizal, hanya singgah sekejap dan terus balik ke Kapar kerana urusan kerja. Tidurlah semalaman di rumah emak yang baru bantuan kerajaan.
    Pagi2 Ahad sempat juga aku dan isteri ke Bagan Terap bermotosikal untuk membeli sarapan lontong berdaun pisang, yg tidak ada di tempat lain. Memang sedap lontongnya. Jam 10.30 pagi kami mula bergerak menuju ke Kapar pula, singgah rehat di rumah anak/cucu. Suhaimi pula terpaksa meninggalkan Kapar pada jam 11.30pg itu ke Seremban sendiri kerana urusan kerja. Kebetulan pula hari itu 08 April adalah hari lahirnya genap 1 tahun. Sempat juga Nabila memotong keknya.
     Jam 2.00ptg aku meneruskan perjalanan memandu sendiri balik ke negeri sembilan bersama isteri, Nana dan Shafiq. Hanya singgah rehat sekejap di hentian Seremban dan di Bahau sahaja. Hampir jam 6.00ptg baru sampai ke rumah. Alhamdulillah... syukur sangat sangat kerana di permudahkan perjalanan kami dan di selamatkan segalanya.

Isnin, 2 April 2012

Kenduri kahwin sepasang anak Ani Osman Blok 04.




    Ahad, 01 April 2012, hari ni adalah kenduri besar perkahwinan 2 pasang anak jiran Blok 04. majlis bermula dari pagi semalam lagi. Pagi semalam bermula rewang, aku biasalah pasangkan lampu2 balai, 17 mentol semuanya ku pasang. Yang lain ada yang pasang balai kat jalan, masak2, basuh membasuh biasalah kerja kenduri. Petang semalam rewang cincing ayam dan daging dan masak2. manakala pengantin no 2 berakad nikah di masjid selepas solat asar semalam. Pada malamnya majlis arakan pengantin di iringi paluan kompang dan bersanding bertepung tawar. Yang tukang masak biasalah tentunya sibuk di belakang menyiapkan persediaan untuk makan kenduri. Sehingga lah jam 11.30 mlm baru ku balik.


     Hari ini Ahad kenduri besarnya. Aku bertugas di bahagian hadapan sahaja. Letih jugak turun naik mengangkat pinggan dan cawan kotor. Sehinggalah jam 12.45tg pengantin pun sampai untuk bersanding. Memang meriahlah sebab waktu tu jemputan tengah memuncak ramainya. Sehingga jam 3.00ptg maka beransurlah mula buka turunkan khemah yang di jalan raya, tinggalkan yang kat halaman sahaja. Jemputan pun dah tak ramai. Selepas asar sambung lagi berkemas dan membasuh periok kuali dan sempat juga menghantar balik khemah blok ke stornya. Tapi belumlah sempat semuanya, baru 3 trip lori yang di antar balik, esok ada 2 trip lagi. Alhamdulillah, nampaknya majlis pun berjalan lancar, semuanya mendapat kerjasama dari jiran jiran tetangga.

Shafiq ke Karnival Belia Felda di Dataran Merdeka KL.



    Jam 12.00 tengah malam 31 Mac, 2 buah bas mula bergerak dari perkarangan Masjid SHK ke KL. Ini bererti lebih kurang 80 orang yang pergi dari Felda gugusan SHK ini. Program ini melibatkan seluruh Felda yang ada di Malaysia ini, berkumpul di Dataran Merdeka untuk membuat satu rekod dalam Book of Malaysia. Dengar ceritanya lebih 20 ribu yang hadir pada majlis tersebut. Bebudak memanglah seronok dapat pergi macam tu, inikan pulak percuma, di bagi lagi elaun makan rm15.00 seorang. Program itu berlangsungnya hari ini lah 1 April, jam 7.30pg semua sudah berkumpul di situ, tu lah sebabnya mereka kena pergi dari jam 12 tengah malam lagi. Ada siaran langsung kat TV satu pagi tadi, sayang tak dapat tengok sebab pergi rewang kat kenduri jiran 1 blok. Alhamdulillah, magrib tadi dah selamat semuanya sampai balik. Selesai saja solat aku terus menjemput Sfq di masjid untuk balik ke rumah.
     Jam 8.30 mlm ni pula Amy menalifon mengajak ibunya dan Sfq pula ke Bahau. Padahal dia belum sampai lagi kerumah setelah dari pagi semalam meminjam kereta, alasannya nak pergi kerja kesorangan semalam. Tak nak pulak dia cari kereta sewa, tahan balik jauh2 semata2 nak pinjam kereta. Malam ni Yang aku peliknya tak penat ke bini aku tu nak pulak ke Bahau dah jauh malam, padahal dah seharian penat rewang kat kenduri. Begitu juga Sfq, tak penat ke, dah berharian berjalan jauh ke KL, nak pulak lagi ikut. Pelik memang pelik. Tapi aku bagi juga amaran pada diaorang tu.....jangan sampai keterlaluan.