Petang tadi terpaksalah aku meninggalkan rewang kenduri jiran sebelah rumah. Jiran sebelah sembelih se ekor kerbau untuk Aqiqah. Semua dagingnya bukan untuk di masak, tetapi hanya di sedekahkan kepada fakir miskin sahaja. Cuma tulang tulang nya yang akan di masak sop untuk jamuan makan malam ini. Aku pergi sebab nak jemput anak bungsu tu nak balik juga. Sebenarnya minggu ni dia tak boleh balik, jadi terpaksalah di jemput, kenalah bagitau Cikgu Warden Asrama tu sebab apa nak bawa balik. Alhamdulillah, suka sangat budak tu dapat balik, boleh lah dia ada bersama semasa kenduri besok pagi. Lagi pun semua abang dan akak nya dah balik, tinggal dia sorang, mana boleh jadi... mesti balik juga.
Balik dari asrama tadi sempat singgah di BSJ, minum dan makan kuetieu, juga belikan sebiji kek hadiah untuk hari lahir abang nya pada 24 hb ni. SELAMAT HARI LAHIR ke 21 untuk Amy. Semuga di panjangkan lagi umur, di murahkan rezeki dan di lindungi ALLAH selalu. Amin............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan