Sabtu, 23 April 2011. Hari ini perut ku kenyang dengan sate, nasi ayam dan air cendol saja. Apa tak nya, jiran sebelah rumah ku buat kenduri potong jambul cucunya. Selain itu di sertakan juga majlis bacaan Yasin, Marhaban dan berendoi. Kendurinya pula di buat ala orang bandar, semuanya pakai ketering, jadi tak ada kerja langsung lagilah kita sebagai orang kampung. Semuanya sudah di siap sediakan oleh 3 kumpulan ketering, ia itu sate, nasi ayam dan celdol. Jadi kita ni datang cuma makan sahaja. Alhamdulillah.............. senang juga, tapi rasa tak seronok pun ada, ye lah biasanya segala kenduri kat kampung ni kita buat secara gotong royong, masak sama sama, basuh pingan sama sama, ni dah tak buat semua tu. Mintak mintak janganlah lagi selalu selalu buat begitu, kurang baguslah, nanti masyarakat kita boleh jadi sombong, dah tak mau tolong menolong, siapa yang susah .... kita juga akhirnya.
Cerita pasal kenduri ni tadi, tersangat banyak nya lah lagi lebihan nasi ayam dan lainnya, munkin jemputan tak seberapa ramai yang datang, sebab kat kampung SH 04 ni saja ada 3 kenduri di hari yang sama hari ini, jadi tentulah kena bagi bagi bagi orangnya. Maka banyaklah juga jiran tu bagi kat kita, sampai tak terhabis nak makan...... simpan jee lah kat peti ais, esok esok pulak makan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan