Mulai hari ini naiklah pangkat aku sebagai 'Atok', bukan nya datuk. Anak sulung ku dah selamat melahirkan seorang bayi pompuan di Hospital Klang pada jam 12.30 tengahari tadi. Sebelum berkumandangnya Azan Jumaat. Alhamdulillah sihat dan selamat je khabarnya. Namun setakat malam ni ia masih berada di Wad Hospital Klang lagi, entah esok atau lusa baru boleh keluar. Itu pun kalau tak ada apa apa masalah lagi. Ini bererti aku pun belum dapat tengok lagi, tunggu sajalah bila dia bawa balik ke sini nanti.
Apa yang penting mereka semua selamat dan sihat sejahtera. Hanya Doa yang dapat ku pohonkan ke hadrat ALLAH (swt).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan