Tiap tiap petang Selasa ada pasar tani di adakan di depan sana. Yang agak sedihnya ianya kurang mendapat sambutan, tak ramai orang yang berniaga dan tak ramai juga pengunjungnya. Adaa masanya boleh di kira dengan jari jer. Sepatutnya pasar tani untuk orang orang kampung atau petani menjual hasil mereka sendiri, ini tidak. Yang ada orang menjual pakaian lelong dan sikit sikit tu adalah jual makanan seperti apam balik, yong taufu, ayam goreng, bihun/mee goreng. Rasa dah jemu pula dengan makanan makanan tersebut.
Nak beli sayur kampung atau ikan darat kat pasar tani sini, Sorry lah... tak de jual. Cam ne pasar tani ni agak nye. Tak tau lah, tu sebab lah pasar tani ini tak ada sambutan. Agaknya orang orang kat sini lebih suka membeli ikan sayur kat pasarraya Econsave di Bahau, atau Aktif di Bandar Seri Jempol.
Berbeza dengan pasar tani kat Bandar Seri Jempol, memang senantiasa ramai pengunjungnya pada tiap tiap pagi Jumaat. Nak cari sayur/ikan apa pun semuanya ada.... Macam tu lah pasar Tani yang sebenarnya. Moga pasar Tani akan terus berkembang maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan