Sabtu, 30 April 2011

Backup Files

     Sejak Laktop ini di beli, baru malam ni aku buat backup dari Disk C ke Disk D. Ini bermakna segala apa juga document, catitan, gambar, lelagu yang aku buat di dalam User C kini telah aku simpan di dalam HardDisk D sebagai simpanan atau salinan. Jadi sekiranya laktop ini rosak, terpaksan di format pada C, masih ada salinanya di dalam D, kira selamat lah tu. Sebab selalunya kalau komputer/laktop rosak perisiannya, ia hanya melibatkan HardDisk C sahaja, di mana segala perisian Window dan apa apa program ada di situ. maka bila Disk c di format untuk perisian baru, segala yang ada di situ semuanya akan hilang. Jadi kena ingat ingat lah selalu.
     Adalah lebih baik menyimpan terus segala hasil kerja di dalam HardDisk D, tak perlu lah backup. Dan lebih baik lagi buat salinan terus ke dalam pendrive, atau kedalam CD/DVD untuk simpanan. Satu lagi alat simpanan yang bagus ianya berupa USB-harddisk luaran. aku dah tengok kat kedai Kiara tu, harganya RM185.00 untuk 500GB, besar tu banyak bende boleh di simpan. Nanti lah dah dapat duit lebih, bolehlah beli satu. Tak rugi beli tu, ianya lebih selamat dan lebih mudah di gunakan. Insyaalah.

Jumaat, 29 April 2011

Mesyuarat Khas Blok 04

     Dah 2 hari tak on line, kenapa, sebab tak masukkan topop lah. Ni baru pagi tadi masuk. Tapi kenapa line DiGi ni terlalu lembab malam ni, lama menunggu baru dia keluar.
     Ni aku baru balik dari makan kat kedai depan, selepas habis mesyuarat blok berlangsung. Mesyuarat khas bertujuan memilih semula supaya di adakan semula sistem individu. Undian di jalankan secara sulit, tulis rait atau pangkah pada secebis kertas. Setelah di kira daripada 19 ahli yang mengundi, 12 undi memilih pangkah ia itu mahukan sistem blok di teruskan hingga pokok habis di tebang. Ini bermakna cuma 7 ahli yang mahukan sistem individu. Jadi keputusan nya...... kena teruskan lah sistem blok. Tak pee lah, bukan lama pun lagi, lebih kurang 6 atau 7 bulan saja lagi. Dah alang kepalang. Tapi sebenarnya ada juga baiknya sistem individu di mulakan, sekurang kurangnya mereka semua tahu lah kedudukan lot sebenar masing masing, esok nak tebang tahu lah sempadan masing masing. Ni nampaknya diaorang ni tak mahu susah sikit. Tau nya nak hasil cara senang saja, tak payah jenguk kebun pun dapat juga hasil.... semua nak serah pada biro ladang jee. ni haa mesyuarat pun dah cadangkan buat giliran untuk biro ladang, biar semua rasa macam mana susahnya. dah tu di tambah lagi dengan usul jaga kebun secara bergilir gilir 4 orang pada setiap malam. Sebabnya sistem blok ni buah selalu hilang.... tak tau kemana pergi nya. Kalau dulu 1 tan cuma 30 atau 40 tandan, kini sudah jadi 50 ke 60 tandan untuk 1 tan. tapi mungkin jugak ni kan sistem blok, kawasan buah tak sama besarnya, lagi pun buah dah hujung hujung, bila di bagi per/tan tentulah tinggi bilangan nya.
      Apa apa pun kenalah tanggung bersama. Sikit sama sikit, banyak sama banyak...... adil juga. Kalau jadi juga sistem individu, ada lah ahli yang tak dapat hasil, kawasan barunya pokoknya sudah banyak yang mati dan tak berbuah lagi. kesian jugak.......... Jadi untuk keadilan biarlah kita teruskan sistem blok ini sampai habis pokok di tebang. Yang penting bersyukur lah kita selalu dengan apa yang kita perolihi kini.

Selasa, 26 April 2011

Pen Drive Baru

     Baru tadi aku beli 1 lagi pendrive 8GB, harganya cuma RM45.00 sahaja. Kira dah murah lah tu. Tahun lepas aku beli 4GB harganya rm50.00. Masa awal awal keluar dulu kira kira 5 tahun lepas harganya memang mahal. Ye lah aku beli 512MB (setengahGB) masa tu hargaanya RM80.00. Tapi sekarang dah jauh turun harganya. Dah tak de jual yang bawah 1 GB, paling kurang 2 GB ke atas, harganya pun dah mampu di beli.
      Bende ni agak penting sebenarnya, kita boleh buat salinan segala ducoment kita agar tidak hilang kalau komputer rosak. Bukan hanya documents, kita juga boleh simpan gambar, lelagu MP3 dan segala apa juga yang ada dalam komputer tu untuk salinan. Tambahan pula sekarang banyak jenis Radio atau pemain DVD di sertakan port (lubang) untuk cucuk pendrive tu. Boleh lah kita mendengar lelagu MP3 melaluinya. Tahu kah anda pendrive 8GB tu boleh menyimpan sehingga lebih 2000 buah lagu MP3, banyak kan........
     Kalau di fikir fikir macam tak logik pulak, ye lah bende sekecil itu boleh menyimpan sebanyak lagu tu. Itu lah teknologi canggih nama nya. Kalau dulu2 kita dengar lagu melalui keset, sekeping keset hanya ada 10 atau 12 lagu jee. Tapi kini 1 pendrive boleh menyimpan cukup banyak lagu dan senang di bawa kemana mana. Alhamdulillah............... Bersyukurlah kita selalu hendaknya......................

Ahad, 24 April 2011

Selamat Hari Lahir untuk Amy

     Hari ini genap umur Amy 21 tahun. Selamat hari lahir Ayah ucapkan, semuga di panjangkan lagi umur, di permurahkan rezeki, di berikan kesihatan dan di jauhkan dari segala bala bencana. Semuga menjadi insan yang berguna di dunia ini, di gulungkan ke dalam orang orang yang beriman, taat kepada segala suruhan ALLAH, dan menjauhi segala yang di larang NYA. Amin ya rabbol alamin. Hanya Doa yang dapat ayah panjatkan ke hadrat ALLAH swt.
     Dua hari lepas dia dah balik sini, tak de bagitau pun. Tetiba saja sampai bermoto sendiri dari Telok Intan. Alhamdulillah...... selamat dia sampai. Dan semalam dia menjadi jurugambar pada majlis bercukur jambul anak/cucu jiran sebelah rumah. Petang ni dah balik semula ke Telok Intan meneruskan pengajian. Mudah mudahan selamat sampai. Amin..........................


Sabtu, 23 April 2011

Kenduri Potong Jambul Jiran Sebelah Rumah.

     Sabtu, 23 April 2011. Hari ini perut ku kenyang dengan sate, nasi ayam dan air cendol saja. Apa tak nya, jiran sebelah rumah ku buat kenduri potong jambul cucunya. Selain itu di sertakan juga majlis bacaan Yasin, Marhaban dan berendoi. Kendurinya pula di buat ala orang bandar, semuanya pakai ketering, jadi tak ada kerja langsung lagilah kita sebagai orang kampung. Semuanya sudah di siap sediakan oleh 3 kumpulan ketering, ia itu sate, nasi ayam dan celdol. Jadi kita ni datang cuma makan sahaja. Alhamdulillah.............. senang juga, tapi rasa tak seronok pun ada, ye lah biasanya segala kenduri kat kampung ni kita buat secara gotong royong, masak sama sama, basuh pingan sama sama, ni dah tak buat semua tu. Mintak mintak janganlah lagi selalu selalu buat begitu, kurang baguslah, nanti masyarakat kita boleh jadi sombong, dah tak mau tolong menolong, siapa yang susah .... kita juga akhirnya.
     Cerita pasal kenduri ni tadi, tersangat banyak  nya lah lagi lebihan nasi ayam dan lainnya, munkin jemputan tak seberapa ramai yang datang, sebab kat kampung SH 04 ni saja ada 3 kenduri di hari yang sama hari ini, jadi tentulah kena bagi bagi bagi orangnya. Maka banyaklah juga jiran tu bagi kat kita, sampai tak terhabis nak makan...... simpan jee lah kat peti ais, esok esok pulak makan lagi.

Jumaat, 22 April 2011

Shafiq nak balik jugak................

     Petang tadi terpaksalah aku meninggalkan rewang kenduri jiran sebelah rumah. Jiran sebelah sembelih se ekor kerbau untuk Aqiqah. Semua dagingnya bukan untuk di masak, tetapi hanya di sedekahkan kepada fakir miskin sahaja. Cuma tulang tulang nya yang akan di masak sop untuk jamuan makan malam ini. Aku pergi sebab nak jemput anak bungsu tu nak balik juga. Sebenarnya minggu ni dia tak boleh balik, jadi terpaksalah di jemput, kenalah bagitau Cikgu Warden Asrama tu sebab apa nak bawa balik. Alhamdulillah, suka sangat budak tu dapat balik, boleh lah dia ada bersama semasa kenduri besok pagi. Lagi pun semua abang dan akak nya dah balik, tinggal dia sorang, mana boleh jadi... mesti balik juga.
     Balik dari asrama tadi sempat singgah di BSJ, minum dan makan kuetieu, juga belikan sebiji kek hadiah untuk hari lahir abang nya pada 24 hb ni. SELAMAT HARI LAHIR ke 21 untuk Amy. Semuga di panjangkan lagi umur, di murahkan rezeki dan di lindungi ALLAH selalu. Amin............

Khamis, 21 April 2011

Hadiah untuk Cucu

     Tengahari tadi aku ke pekan Bahau dengan isteri ku. Pergi lah kat tabung haji kejap, tambah lagi sikit pelaburan, kemudian pi shoping kat Bilion. Beli apa nak tau.... beli Enjut enjut tempat baby tidur. Entah aku sendiri tak tau apa namanya bende tersebut. Bila aku nampak je terus capai dan bayar. Benda itu nak hadiahkan pada Cucu aku tu. Kemudian pi makan tengahari kat gerai yang banyak pilihan jenis lauk tu, sampai rambang mata mana satu nak pilih lauk, akhirnya ku capai juga lemak ikan parang, sedikit sambal udang goreng dan telor dadar, air ais kosong jer... cukup selera aku makan.
     Lepas tu singgah kejap kat kedai radio/TV, terbeli pulak 1 set mini Radio/AM, boleh cucuk kat laktop atau komputer untuk kuatkan suara, juga boleh cucukkan pendrive untuk dengar lelagu, bateri nya cuma guna charge kat laktop atau komputer, bila di tanggal boleh bawa kemana mana untuk dengar radio atau pun lelagu mp3. best jugak......... harganya pula cukup murah, ye lah barang buatan Cina, tak tau lah berapa lama boleh tahan. Barang ni  pun cadang nak buat hadiah juga pada anak aku yang no 2 tu, 24 hb April ni hari ulang tahun dia. Tunggu sajalah dia balik esok.

Isnin, 18 April 2011

Meracun Rumput

     Hari ni awal aku balik dari kerja. Apa lagi aku capai pam racun isi roundoup + ally ikut sukatan dan  isi air penoh tangki pam. Aku pun sembur kat keliling stor blok 4 yang dah semak tu, selebihnya semburlah kat tepi longkang jalan dan kat bawah cempedak atas tu. Habislah  2 tong pam. Lega rasa dah siap meracun...... bolehlah tahan sampai 3 bulan.
      Tapi sebelah petang tadi hujan pulak........ enthlah, mati ke rumput2 semak tu nanti. Insyallah mati lah kut, sebab dah lebih 3 jam meracun baru kena hujan. Kalau tak mati, esok esok kenalah racun lah semula jawap nya.

Ahad, 17 April 2011

Nur Nabila Najwa

     Dah 10 hari umur Nur Nabila Najwa (Cucu aku) hari ini. Semalam petang misi datang kerumah. Misi suruh bawa baby ini ke Hospital Jempol sebab demam kuningnya masih ada. Mau tak mau terpaksalah Neneknya yang driver bawa ke hospital. Hari ini hari minggu, semua klinik biasa tutup, hanya klinik kecemasan Hospital BSJ saja yang buka. setelah di periksa, Alhamdulillah, demamnya dah menurun dan insyaalah akan sembuh. Sepatutnya neneknya ada marhaban di SH 03 pagi ini, tapi terpaksanya dia menarik diri.
     Aku pulak kerja hari ni. Bukan kira hari Ahad atau hari cuti, ada peluang kerja, kerjalah tak kira masa atau hari. Ye lah kerja sendiri lah katakan, bila masa nak kerja atau bila masa nak cuti, tak kisah bila bila saja.........

Sabtu, 16 April 2011

BN menang di Sarawak.

      Badan rasa tak berapa sedap hari ini. Tekak rasa perit, kekadang keluar batuk. Tapi pasal makan selera semacam saja. Kena pulak lauk sambal lemak petai + ikan keli, huiih... selera sungguh makan. Kerja pulak pagi sahaja tadi, petang dah malas, lagi pun kerja dah tak banyak lagi, esok jee lah sambung, kerja sendiri tak kisah apa pun.
       Malam ni tengok TV majalah 3, kisah durian Kuala Kurau Perak, syok jugak, dah lama tak makan durian ni, harap durian sendiri kat belakang rumah tu tak berbuah pulak tahun ni.
      Sambil itu dapat juga mengetahui keputusan Pilihanraya Umum Sarawak. setakat blog ni di taip malam ni, nampaknya BN sudah menang lebih 3/4. bermakna kerajaan BN boleh memerentah Negeri Sarawak dengan selesa. Cuma aku tengok beberapa kerusi yang di menangi oleh DAP dengan majoriti yang agak besar. Tak tau lah kenapa agaknya di bandar bandar orang Cina dah kurang sokong BN lagi. Tak dapat nak komen....... sebab aku ni bukannya minat sangat hal hal politik ni.

Jumaat, 15 April 2011

ON KOMPUTER

     Dah setengah bulan tak bukak komputer, asyik bukak Laktop jer. Komputer tu untuk buat catitan kerja kerja harian, macam Diary lah. Tapi ada jugak buat salinan kat pendrive. Bukan itu saja ada, macam2 ada, ada banyak simpan lagu, gambar, games dan sebagainya. Cuma komputer tu tak boleh nak bukak internet, sebab RAM dan Pemprosesnya terlalu rendah, komputer lama lah katakan. Walaubagaimana pun dah banyak jasanya tu, dah lebih 10 tahun ia berkhidmat. Di situlah aku mula mula mengenali dunia komputer. Dulu komputer tu boleh juga internet, guna talian dail up tm net, ni telefon rumah dah di potong, tak boleh lagi lah, dah di tamatkan pun perkhidmatanya.

Pergi Bahau

      Semalam baru gaji (bukannya gaji tapi hasil pendapatan sawit Felda), jadi adalah duit, boleh tahan pendapatan bulan ni, sebab harga sawit pun mahal. Biasalah kalau ke Bahau tu bagi aku mesti ada sebab atau tujuan. Pertamanya sebab nak antar duit pada anak yang masih belajar kat Perak tu, malam tadi dia telefon mintak kirim duit, macam tau tau saja ayahnya ni baru dapat duit. Tak pee lah, memang itu lah keperluan duit, untuk anak anak dan keperluan keluarga. Kalu ada lebih tu simpan simpanlah, mana boleh kita berbelanja boros boros atau duit tu di gunakan untuk berfofa foya saja. Kita ada tanggung jawap.
     Keduanya apa lagi shopinglah sikit sikit barang keperluan dapur harian, buat stok untuk seminggu, tak perlulah keluar selalu. Lagipun kalau nak beli ikan/sayur kat kedai dalam ni mahal.... ada  peluang keluar belilah kat pasaraya ECONSAVE.... harganya berpatutan.
      Ke tiganya balik dari Bahau terus jemput anak yang tinggal kat Asrama tu balik, 2 minggu sekali dia balik. Esok petang Ahad hantarlah balik ke Asrama.

Khamis, 14 April 2011

Giliran YASIN Blok 04 di Surau.

     Malam ni kenalah giliran Blok 04 jadi Tuan Rumah untuk bacaan Yasin/Tahlil di Surau. SH 04 ni hanya ada 9 blok, jadi kalau tak de apa apa program lain, lebih kurang 2 bulan lebih sampai lah giliran semula. Biasa lah tu, sebagai tuan rumah kena lah sediakan juadah untuk jamuan makan.
     Dari petang lagi ahli blok 4 sudah mula rewang untuk memasak. Menu nya hari ni rengkas jer. masak nasi putih. Lauk ikan keli dan ikan caru goreng sambal dan lemak putih petola+Soon&tahu kering, serta sambal belacan. itu pun dah cukup selera nak makan. Tentang kehadiran pula biasanya 10% hingga 20% saja dari seluruh penduduk SH 04 ini, biasa lah tu. Syukur Alhamdullillah jugalah majlis sebegini masih berjalan sepanjang masa.

Rabu, 13 April 2011

Ke MAHSAN

     Petang tadi terpaksallah aku memandu sorang ke Mahsan, untuk membeli barang keperluan kerja ku. Selalunya bini aku ngikut saja, ni aku tengok dia tidor. Agaknya letih melayan cucunya tu. Lagi pun cucu ku itu demam kuning, dah 3 pagi bawa ke klinik depan ambil darah, cek... tapi tak turun turun. Kata misi esok kalau tak turun juga siap lah nak di hantar ke Wad H BSJ. Tu yang merisaukan nenek ibu dan ayah nya tu. Tapi pagi tadi bapaknya pergi Bahau belikan ubat kat Seng Seng, mudah mudahan ubat tu mujarap.
      Sebut pasal ke Mahsan tadi, hei boringnya memandu.... apa tak nya 40 km saja, sebab terpaksa ngekor konvoi India mati, nak potong tak dapat, banyak kenderaan dari depan. nasib baik tak sepanjang jalan, kalau tak entah lah....... Walau bagaimana pun aku tetap bersyukur selamat sampai dan selamat balik kerumah. Alhamdulillah.....

Selasa, 12 April 2011

PASAR TANI

     Tiap tiap petang Selasa ada pasar tani di adakan di depan sana. Yang agak sedihnya ianya kurang mendapat sambutan, tak ramai orang yang berniaga dan tak ramai juga pengunjungnya. Adaa masanya boleh di kira dengan jari jer. Sepatutnya pasar tani untuk orang orang kampung atau petani menjual hasil mereka sendiri, ini tidak. Yang ada orang menjual pakaian lelong dan sikit sikit tu adalah jual makanan seperti apam balik, yong taufu, ayam goreng, bihun/mee goreng. Rasa dah jemu pula dengan makanan makanan tersebut.
     Nak beli sayur kampung atau ikan darat kat pasar tani sini, Sorry lah... tak de jual. Cam ne pasar tani ni agak nye. Tak tau lah, tu sebab lah pasar tani ini tak ada sambutan. Agaknya orang orang kat sini lebih suka membeli ikan sayur kat pasarraya Econsave di Bahau, atau Aktif di Bandar Seri Jempol.
      Berbeza dengan pasar tani kat Bandar Seri Jempol, memang senantiasa ramai pengunjungnya pada tiap tiap pagi Jumaat. Nak cari sayur/ikan apa pun semuanya ada.... Macam tu lah pasar Tani yang sebenarnya. Moga pasar Tani akan terus berkembang maju.

Isnin, 11 April 2011

Perah Susu Kambing

     Balik dari kerja tengahari tadi aku terus pergi kerumah kawan yang bela kambing di blok 09. Setelah beborak aku tanya dia ada tak susu kambing. Rasanya ada katanya, nanti tengok dulu. Sebab kambing tu dah beranak besar, susunya dah kurang. Lalu dia tangkap dan peluk kambing tu dan cuba perah teteknya, haa ada sikit. Aku pun tadah lah dengan tupperware kecil. Dia suruh aku perah, aku cuba berkali kali, tapi tak keluar pun susunya. Sebenarnya tak reti pun, tak pernah buat seumur hidup. Hanya dia yang tolong perahkan, tapi tak dapat banyak, susu kambing nya dah habis kut. dapatlah sikit.
     Aku bawak balik susu kambing tu dan bini aku tapis dan masukkan dalam botol susu cucunya, dan beri cucu itu menghisapnya. Huh.... macam sedap je cucu menghisapnya, sampai hampir habis setengah botol susu tu.
     Sebenarnya tujuan bagi susu kambing tu untuk menghalang kena jangkitan demam kuning. Pagi tadi misi dah cek, katanya baby ni nak kena demam kuning, tu yang cuba segera bagi susu kambing. kata orang bagus susu kambing ni untuk cegah sakit kuning baby. Mudah mudahan betul2 sembuh. Amin......

Ahad, 10 April 2011

CUCU ATOK YG PERTAMA

     Hari ke tiga selepas lahir ke dunia ini baru atok dan nenek nya dapat melihat dan memegang cucu nya yang pertama ini. Ia lahir pada tengahari jumaat kelmarin, di hospital Klang. Hari ni Ahad baru di bawa balik ke Felda ini. Syukur Alhamdulillah selamat semuanya. Neneknya lah yang nampak gembira sangat. Begitu asyik mendukung nya. Apa tak nya baby tu macam tak nak di letak jee... asyik nak berpangku jer... Ye lah baru nampak dunia ni agaknya... munkin merasa takut dan tak mahu di tinggalkan.
     Ini dia gambar cucu Atok yang baru berumur 3 hari.

Sabtu, 9 April 2011

Makan kat kenduri jer

     Hari ni bini aku gantung periok lah kat rumah. Sampaikan kucing2 kesayangannya pun tak dapat makan nasi berlauk ikan hari ni. Terpaksa lah makan makanan kering yang biasa di beli kat kedai tu. Tengahari tadi makan kat kenduri di rumah jiran Blok 03. Kenduri Tahlil dan doa selamat jer, tapi dia buat besar, siap pasang balai khemah, macam nak kenduri nikahkan anak gamaknya. Jemputannya pun agak ramai juga. Tak pe lah, dah hajat tuan rumah gitu.
     Malam ni juga baru balik dari kenduri. ni kat rumah jiran blok 02 pulak. Pun kenduri tahlil dan doa selamat. Sama juga gamak nya, buat kenduri besar, makan cara layan diri kat bawah balai khemah. Meriah rasanya. Ye lah dah begitu hajat tuan rumah, nak menjamu semua saudara jiran rakan dan taulan. Syukur Alhamdulillah. Semuga tercapai hasrat kedua dua tuan rumah itu mengikut kehendak apa yang di hajatkan nya. Amin Ya Robbal Alamin.

Jumaat, 8 April 2011

Amy balik Selangor

     Petang ni tadi juga Amy dah balik semula ke Selangor. Alhamdulillah juga kerana dia tak balik naik bas, tapi menumpang kereta anak jiran sebelah rumah yang kebetulan juga nak ke Selangor di kampung yang sama. Ini can baiklah, kalau tidak Amy kan balik pada esok Sabtu naik bas jer. Syukur.....
     Mudah mudahan selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke destinasi.

LAHIR NYA CUCU PERTAMA

     Mulai hari ini naiklah pangkat aku sebagai 'Atok', bukan nya datuk. Anak sulung ku dah selamat melahirkan seorang bayi pompuan di Hospital Klang pada jam 12.30 tengahari tadi. Sebelum berkumandangnya Azan Jumaat. Alhamdulillah sihat dan selamat je khabarnya. Namun setakat malam ni ia masih berada di Wad Hospital Klang lagi, entah esok atau lusa baru boleh keluar. Itu pun kalau tak ada apa apa masalah lagi. Ini bererti aku pun belum dapat tengok lagi, tunggu sajalah bila dia bawa balik ke sini nanti.
      Apa yang penting mereka semua selamat dan sihat sejahtera. Hanya Doa yang dapat ku pohonkan ke hadrat ALLAH (swt).

Khamis, 7 April 2011

Bungkus Nangka

    Menung sekejap kat pintu belakang, nampak banyak buah buah nangka yang masih kecil, lalu aku cari kain lama, gunting2 dan jahit sebesar sarung bantal. Lalu aku ambil tangga dan bungkus beberapa buah nangka kat belakang rumah tu. Kakau tak di bungkus.... memang tak dapat nak makan, busuk jee dia. Tapi kalau di bungkus -, cukup cantik buahnya, amat manis rasanya. Sampai tak terhabis pulak nak makan. Ye lah gigi dah tak kuat ni mana nak makan sangat bende benda macam tu. Selalunya sedekah kan saja buah nangka masak yang elok elok tu. Mudah mudahan bertambah murah rezeki.
     Ni tadi baru balik dari surau, giliran yasin blok 3. Konon dulu tak nak makan malam, tapi malam ni dah terlanggar pantang, nampak lauk kari daging dan sayur kobis goreng serta sambal belacan.... sungguh menyelerakan bagi ku untuk makan. alhamdulllah..... habis la sepinggan. Kenyang sungguh....

Rabu, 6 April 2011

Longkang tersumbat.

     Lepas sembahyang magrib, aku baringlah depan TV konon nak tengok berita..... mata rasa amat mengantuk dan tertidur............. sampai bini aku kejutkan, abang belum sembahyang isyak. Rasa macam tak percaya, aku pandang jam dah pukul 10 lebih. termangu mangu aku ketika bangun. padahal petang tadi sempat juga aku tidur lebih kurang sejam.
     Macam letih sangat aku hari ni. padalah kerja pagi tadi sikit je. korek tanah yang menimbus sebahagian saluran longkang di belakang rumah. Ini akibat jiran sebelah rumah tu buat kolam ikan di belakang paya tu, sebahagian tanahnya menimbus saluran longkang, kenalah cangkul semula, kalau tak air busuk bertakung di penghujung longkang tu. alhamdulillah..... dah siap korek, tak de lah lagi air bertakung. OK lah tu.

BERGUNTING RAMBUT

     Ni semalam punya cerita. sementara menunggu Amy belum sampai, aku masuklah dulu kedai gunting Cina kat bas stand tu. Cina tu tanya, sudah lama talak nampak?. Aku pun sengeh lah lalu jawap, saya jarang keluar, bergunting pun sana kedai dalam kampung. Ni mau jemput anak balik, keluarlah sini mari.
      Ingat lagi rupanya cina tu kat aku, walhal dah lebih setahun rasanya tak bergunting kat kedai dia. Ye lah bergunting pun jarang sekali, 3 bulan sekali, sebab tu aku selalu bergunting botak no 1 atau no 2 saja. kekadang tu cukur botak habis senang tak perlu di urus sangat, nak keluar pakai lah topi atau kopiah je... Dah tua-tua  ni tak kan nak bergunting melawa lagi kot!

Selasa, 5 April 2011

Jemput AMY

     Hari ini aku dan bini aku ke Bahau. Biasa lah setiap awal bulan wajib pergi ke pekan tu, untuk apa ?. Apa lagi bayar kereta lah dan bayar segala bil2 sekali. Ni pon dah terlewat 2 hari. Tengok dompet dah tak cukup pulak duit tunai yang ada, mahu tak mau cucuk jee lah kad pada mesen Bank tu...... keluarlah duit. Itu pun kalau ada simpanan. Boleh lah shoping sekali untuk keperluan makan/pakai harian.
      Kebetulan anak aku yang no 2 tu nak balik SH, cuti semester 1  minggu, jemputlah dia sekali, sebab dia naik bas saja. Sejak sambung semester awal Januari dulu baru ni dia dapat balik cuti, dah lebih 3 bulan. Ye lah bukannya senang nak balik selalu, jauh kat Perak sana, kalau setakat cuti sehari dua mana cukup masa nak balik kampung, buat letih jee. Tak pee lah kita sebagai ibu ayah tak kisah sangat pon kalau tak dapat balik selalu. Yang penting biarlah Selamat selalu, tak de apa apa masalah yang menimpa. Ayah & ibu senantiasa mendoakan kebahagian, keselamatan dan kesejahteraan anak anak nya. Amin................

Isnin, 4 April 2011

BERAT BADAN BERTAMBAH

     Sejak kebelakangan ini, hati ini bertambah risau, kenaapa berat badan ku bertambah tambah, Setiap kali timbang pasti akan naik. Yang nyata nya banyak seluar aku yang dah tak boleh nak kancing butang atau di zip. Perut yang makin boroi. Bunting jantan ke aku ni?. Sepatut nya makin risau makin kurus, ni tak pulak, makin naik ade lah. Nak kata makan banyak, tak jugak.... biasa jee dari dulu. Malam ni malas la nak makan. Nak cuba lah tak nak makan lagi malam malam, makan tengahari dah cukup. Itu azam aku tahun ni...... Kalau nak ikutkan tekak aku ni, tak pernah tak selera, apa saja pun lauk, tak kira sedap ke atau tidak pada orang lain, pada tekak aku semacam je seleranya aku menelannya. Sampai bini aku pun naik heran. Tapi dia dah tak kisah pun, dah faham dengan makan ku.
      Kalau ikut rutin pun, setiap pagi aku tak pernah minum atau sarapan kat kedai, apa yang bini aku buat sudah cukup, kalau tak ada apa apa buat, cukup lah sarapan biskut jer. Makan tengahari pun gitu juga, jarang sekali makan kat kedai, melainkan pergi jauh atau masa yang panjang... terpaksa lah makan kat kedai. Tu pun bini yang mengajak.....  Entah lah... Asalkan jangan jadi penyakit sudah lah....

Ahad, 3 April 2011

Dah Terpaksa

     Petang tadi terpaksa lah aku yang antar Shafiq balik asrama. Bini aku ada proram yasin GPW pulak, selalunya yasin orang pompuan ni petang Jumaat, ni ari ni pulak petang Ahad, sebab katanya tuan rumah tu merangkap nak buat majlis ulang tahun cucunya hari ni. Tak pee lah, kalau dah terpaksa aku tak kisah lah, boleh saja. Tapi tu lah... hantar saja, sampai terus balik kerumah, tak de nak selimpang kemana mana. Nak buat ape???... kalau tak de tujuan, betul tak?. Yang penting segala kerja dan apa yang kita buat harus iklas dan jujur. Mudah mudahan di redai ALLAH selalu.

Sabtu, 2 April 2011

MESIN RUMPUT

        Dah jadi rutin bulanan aku mesin rumput ni. Tapi sekitar kawasan rumah sendiri saje lah. Tak de lah pernah ambil upah mesin rumput orang lain. Bulan ni cepat pulak panjangnya rumput, belum sampai sebulan dah nak kena tebas lagi, munkin sebab hati hujan selalu, subur lah rumput tu kena siram.
         Yang baik nya mesin aku ni tak pernah rosak teruk, sikit2 tu ada lah, selalunya servis sendiri saja. padahal dah lama guna mesin ni, dah lebih 20 tahun tuu. Masa tu beli cara ansuran di kedai D'Mart pada tahun 1990.
       Ok tu saja cacatan aku hari ini. By....

Jumaat, 1 April 2011

Malas jemput Shafiq.

             Lepas jumaat tadi, bini aku mengajak pergi jemput Shafiq. Aduh...... malas nyerrrrrrrr. Bab bejalan ni memang aku ni tak gemar, Aku  lebih suka memerap kat rumah. (macam orang betina pulak yo) Kalau nak keluar pun kalau ada hal2 penting saja. Kalau tak... malas jawap nyer..........
             Penyudahnya pergi lah bini aku sorang2, elok lah tu. Tu pasal dari dulu lagi aku suruh dia ambik lesen memandu, Alhamdulillah... senang jugak aku.
          Oh ye.... semalam aku tak de on line, tu sebab tak de apa apa catitan, kenapa, nak tahu.?. sebab kredet topop habis tempoh lah. Ni baru pagi tadi aku isi semula RM10.00. cukup lah untuk belayar selama 6 hari. lain kali topop lagi. Ok Selamat semua..............

INTERNET

                  Aku bukannya pandai sangat bab bab menulis blok ni. tadi baru aku buat cerita hal malas jemput anak balik asrma. maner dia..... dah hilang tak masuk dalam catitan harian ni. MASYAALLAH>>>> Entah lah cam nee boleh termasuk dalam draf jee. tapi tak pee itu semua jadi pengalaman. Bab komputer ni memang aku tak pernah belajar pon di mana mana, semua belajar sendiri jer... hadap lah komputer setiap hari, insyaalah... lama lama pandai lah. Tu setelah umur setengah abad, baru dapat pegang LAKTOP, dapat berinternet..... dan macam macam lagi. SEMUANYA TERLETAK DI HUJUNG JARI ANDA. Kalau baik yang kita cari, baiklah hasilnya. kalau yang tak baik kita cari, maka tak baik lah hasilnya. Begitu lah ceritanya.