Isnin, 21 Mac 2011

PERGI KLINIK

Bangun pagi tadi terpaksalah tak bersarapan, kena puasa sebab nak pergi klinik, misi nak ambil darah nak tengok kandungan gula dalam darah. pas tu cek pula tekanan darah, alhamdulillah masih di paras normal 110/70, OK la tu. ingatkan naik tinggi sebab banyak kenduri, makan daging, ayam itu ini, semuanya di balum semacam jee. tapi yang tak sedapnya masa timbang berat badan pula naik, tambah sekilo lagi jadi dah 78 kg. patut lah pakai seluar dah jadi ketat, sendat rasa kat perut yang makin membuncit. Cam ne nak kuruskan badan yee?. rasanya makan macam biasaa jee, tak de banyak mane pun. Agaknya kurang bersenam kut, Tak pernah bersenam PON..............
Tapi tak pee la kot, umur pun lebih setengah abad, asalkan sihat sudahlah. BERSYUKUR LAH......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan