Setiap malam Jumaat kami kariah surau (F)SH 04 akan mengadakan majlis bacaan Yasin atau pun tahlil secara bergilir mengikut Blok. Malam ni giliran Blok 01. Bermula dengan jemaah sembahyang magrib, seterusnya bacaan YASIN atau Tahlil dan solat Isyak. selepas itu ada lah jamuan makan yang di sediakan oleh blok tersebut.
Bagitulah rutin nya kehidupan kami di Felda ini. Pada peringkat permulaan dulu, sebelum surau di bena di tempat kami ini, majlis ini berjalan dari rumah kerumah mengikut giliran penduduk di FSH 04 ini. meriah sungguh dan seronok. Tapi sejak kebelakangan ini, kami hanya buat di surau pada setiap malam jumaat.
Walau bagaimana pun kumpulan GPW (gerakan persatuan wanita) Felda SH 04 ini masih meneruskan bacaan Yasin dari rumah kerumah, mengikut giliran sehinggalah sekarang. Ia di buat pada setiap petang jumaat bermula jam 3.00 ptg di ikuti juga dengan jamuan makan yang di sediakan oleh tuan rumah.
Alhamdulillah............... segalanya masih berjalan lancar. semuga bertambah berkat lagi kehidupan kami di Felda SH 04 ini. Amin.................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan